Sunday, January 8, 2012

JELAS, bukan jealous =P

Assalamualaikum warahmatullah.

sedikit coretan yang lahir dr pemerhatian.....dikisahkan...

"Rasulullah pernah menulis surat kepda maharaja Rom agar raja itu memeluk islam dan mendapat jaminan keselamatan. Setelah mendapat surat tersebut, Hiraql (Hercules) telah memanggil rombongan perdagangan Quraisy yg berada di Syam ketika itu. Abu Sufyan ada bersama-sama rombongan tersebut dan dia dipilih utk disoal siasat oleh Hiraql kerana mempunyai hubungan kerabat dgn penulis surat itu iaitu Rasulullah s.a.w.

Ketika itu Abu Sufyan belum lagi beriman dan merupakan seorang penentang tegar terhadap dakwah Rasulullah. Abu Sufyan telah ditanya tentang perjuangan dan dakwah Nabi, sifat peribadi, sifat dakwah serta kandungan ajaran dan dakwah Rasulullah.

"Apa yang diperintahkan Muhammad kpd kalian?" Hiraql bertanya.
Abu Sufyan menjawab; "Sembahlah Allah sahaja dan jangan melakukan syirik terhadapNya. Tinggalkan apa-apa yg dikatakan oleh nenek moyang kalian. Muhammad juga memerintahkan kami untuk mengerjakan solat, bersikap jujur, menjaga kehormatan diri dan menyambung hubungan silaturrahim."

Hebat. Seorang yg belum lagi Muslim seperti Abu Sufyan boleh memberikan maklumat tentang Islam dlm masa yg singkat dan kandungannya tepat lagi padat. Keupayaan sedemikian menggambarkan bahawa Abu Sufyan begitu memahami kandungan dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Mesej kenabian begitu jelas sehingga seorang non Muslim boleh menyampaikannya kpd pihak lain. Kejelasan maklumat yg ada pada Abu Sufyan ialah hasil drpd kejelasan kandungan dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah dan para sahabatnya."


ingin bertanya pd diri dan akhawati...sudah JELAS kah kita dgn kandungan dakwah yg kita laungkan? mesej tauhid. mesej islam. apakah yg telah sampai kepada mad'u kita? adakah sekadar tajuk2 pengisian, atau nama2 program....or mesej2nya?

dlm kita menyusun program mahupun usrah, adakah kita JELAS dgn mesej dan tahapan dakwah yg sesuai kpd mad'u, ataukah kita sibuk mengejar flow?

dan dlm kita berdakwah mengikut flow, adakah semua penggerak dan pelapis telah JELAS, kenapa flow tersebut dibuat? sudahkah diterangkan fiqh dakwah disebalik flow tersebut?  apakah sebenarnya masih boleh diubah flow tersebut kpd ijtihad baru?

jika asas kpd flow tersebut adalah mesej/content dakwah dan fiqh dakwah yg bertahapan, mengapa tidak tercetus idea2 baru? mengapa tidak lahir penyampai2 baru yg lebih creative? dgn tajuk2 atau pendekatan yg berlainan tapi mesej, nilai dan taujih yg sama dasyat.

kalau dlm muntalaq, org yg betul2 memahami dakwah sepatutnya boleh menghasilkan formula2 baru pd zamannya. ke belum khatam dan master lagi formula2 yg sedia ada? huhu. tepuk dada tanya amal. tepuk buku sampai mata terbeliak. rajinkan kaji dan kaji. elakkan keji dan keji. elakkan fobia itu ini. cari kejelasan dan penjelasan. jangan hidup diselubungi misteri. hehe.

k lah, xleh lama2 dpn comp.

Allahumma a'inni 'ala zikrik wa syukrik wa husni 'ibadatik.

wassalam.

Friday, November 25, 2011

ummati ummati ummati

Assalamualaikum warahmatullah.

Firman Allah SWT  dalam surah At-Taubah ayat ke 105 ;
Maksudnya ;  "Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah 
dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat 
pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) 
yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu 
diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan".


sharing msia...........

last week sy sgt cuak kalau ape yg sy sampaikn dlm daurah sukar difahami sbb sy suka belit2kn ayat. huu. dats me.

skali mas'ulah text mendoakan: xpe, smoga dimudahkn dan semoga adik2 mendapat kefahaman dan mengamalkannya.

huu sentap sekejap......yg penting faham dan amal kan. kalau faham sgt2 tp tak beramal pon xgune jugak. dh le adik2 tu core group kat tempat belajar masing2.


ok tu bukan cerita utama entry nih....

nk citer sebenarnya, after bfg, alhamdulillah selain diserap ke dalam sistem tarbiyyah di kawasan sy di msia, sy juga diizinkan Allah utk turut sama membantu akhawat2 yg membawa usrah adik2 dari pusat2 persediaan dan ipt.

mengenali mereka dan berganding bahu dlm daurah2 utk adik2 mereka.......

sy bleh nmpk satu trend yg sangat sihat........yg kurang jumpe di UK.


setiap kakak/murabbi sgt berusaha utk menyediakan adik2 mereka....xckup usrah, aturkan daurah, TZ dan RI.

daurah pulak everyweek sgt2 byk, sbb nk cater setiap pusat persediaan....

kalau ade mad'u yg terlepas dr menghadiri daurah disebabkn jadual exam/deadline yg tak sama, murabbi dh siap sedia buatkn daurah susulan pula...atau export ke daurah kolej lain (tumpang).

satu kegilaan membina adik2 yg tak kenal penat.

kegilaan to organise and to create something beneficial for mad'u binaan.

xdelah tunggu daurah yg dijadualkn sahaja. [tiga kali setahun?] lps tu kalau adik tu xdpt datang, biarkn je. paling2 pon just bagi rekording. kalau xde rekording, citer je dlm usrah. xpon suruh tanya kawan je. sedangkan daurah itu sendiri ade unsur2 tarbiyyahnya. dan kenapa tajuk2 dlm daurah bukanlah silibus usrah, sbb usrah spatutnye pelengkap kpd daurah yg agak berat. bukan daurah pelengkap kpd usrah yg cair. lagi sedih kalau daurah lebih cair dr usrah.

program di msia pulak tak gah sgt pon, kebanyakannya happen xde poster, xde video promosi program, link pendaftaran yg sistematik, ajk yg tersusun rapi........

tp yg ade adelah concern yg sgt besar terhadap mad'u, doa, tahajud dan tadarus/tadabbur quran dan support sistem yg kuat subhanallah.

dan program2 di msia nampak lebih seimbang. ada smua unsur. dr pengisian fikrah dan ilmiah, amalan2 ruhiah dan tazkirah hati, qawiyul jismi ie games yg berobjektif dan mknn sederhana, resolusi dan plan2 seterusnya.

daurah tanpa resolusi dan muhasabah/perencanaan langkah2 utk masa hadapan.....adalah sgt kaku dan ilmiah.

kerana aqidah dan fikrah itu sepatutnya mengalir dan menggerakkan.


begitulah yg ditunjukkan sendiri by qudwah oleh akhawat2 di msia....

dan sy rs sgt sgt kerdil......pengalaman di uk dan hak2 yg sepatutnya sy tunaikan dan budaya yg sepatutnya sy hidupkn.......mcm byk yg sy abaikan....dgn alasan sy dh xde support group...usrahmate smua dh grad. lame excuse.

[mcm tak bleh pakai je jwpn tu dpn Allah kelak]

ok ni sharing, luahan hati campur harapan buat generasi murabbi yg sedang membina mad'u. moga lebih baik dari sy yg hina, dan doakan sy thabat ila jannah.


tulis laju2 sambil rombak2 slide presentation ntuk daurah sok. pardon the simple language =P

Sunday, October 2, 2011

kesihatan hati



Assalamualaikum.

copy paste sahaja buat mujahid2 yg sudah mula beraksi di gelanggang. moga bahagia selalu hendaknya. 


"Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.


Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.


Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.
Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati."

moga bermanfaat. 

Friday, September 23, 2011

ape yg best?

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg masih mengizinkan kita utk bertawajuh menghadapNya sbg seorang hamba dan juga seorang pejuang aqidah.

bbrp musim telah berlalu, dan pelbagai program telah kita lalui dan kita kemudi. subhanallah. tentu saja kita dapat melihat pelbagai perbezaan dan kesan setiap program tersebut melalui pandangan iman.

mungkin ada yg lebih selesa berprogram sesama sisters sahaja, sebab kalau mix dgn brothers je mcm tak feeling sgt, tak open sgt, tak itu tak ini....susah pulak tu kerja2 belakang tabir nk mesyuarat etc. kita quote contoh pms 2010 yg sgt besar dan tak mendalam kesannya. tp kibar 2011 mix jugak dgn brothers, lama jugak, ramai....namun Allah hadiahkan kesan yg mendalam di hati para peserta dan AJKnya.

terkadang kita ade negative mindset bila bertukar usrah. ala mesti tak best dah tak satu group dgn org yg kita selesa, tak terkesan la dgn kakak naqibah yg ddk jauh/kurang kenal dgn kita etc. subhanallah selepas setahun, usrah itulah yg kita sayang, naqibah itulah yg byk mengajar kita akhlak dan kesabaran dlm mendidik manusia. ade pulak usrah yg sgt selesa, sgt open boleh luah dan boleh qadhaya apa saja, tapi kenapa amal dan akhlak kurang meningkat....bukankan usrah itu majlis ingat-mengingati?

begitu juga dlm program2 santai kita. ada yang berjaya dan berbuah ukhuwwah yg disemai. tapi ada pula yg terlalu kosong dan tidak ketara kesannya kepada ukhuwwah mahupun biah solehah dan qudwah. salah aktiviti yg dipilih, atau tempat atau mad'u? berapa ramai jundi yg turun padang membina ukhuwwah? adakah terlalu sibuk dgn urusan teknikal dan duduk dikalangan jundi shj etc?

aku bukanlah yg terbaik, selalu sahaja membuat salah. namun kita manusia, perlu belajar dari pengalaman dan kesilapan.

setiap program, sgt penting dititikberatkan hubungan dgn Allah dan kebergantungan kpdNya. doa dan doa. kalau nampak ada yg letih sampai tak larat nk bangun solat, kejutkan, lps tu kurangkan kerja utk org tu ke. itu tahap ithar kita kpd sahabiah. tapi kpd diri sendiri, mujahadahhhh. lwn segala anasir yg melemahkan dan melemaskan. siapa yg dekat dgn Allah, tentu Allah beri dia kekuatan yg tiada pd mnsia biasa. [provided mkn n tidur la jugak ya]

setiap perancangan dan setiap keputusan, perlu letak dlm otak, bukan keselesaan dan kehebatan tema/nama program/video program tapi apakah ruh program tersebut? ke mana hala tujunya? dptkah dirasai sehingga mengalir ke dalam pembuluh darah di hati mnsia? dapatkan dihayati dan dijiwai oleh seluruh tenaga kerjanya?
kerna ruh program yg membezakan kejayaan sesebuah program.

maka terkadang apa yg diperlukan adalah pembuka kata yg jelas. atau keberadaan di sisi mad'u utk mentop-up dan menghidupkan suasana. juga qudwah kesederhanaan dan kezuhudan hidup sang daie tapi kehebatan menggunakan segala nikmat utk islam dan proses penghayatannya. eg: kalau nk promote hp di uk, selain function2 biasa, promote jugak knp kita gune smartphone (slain tujuan email2), lagi senang set waktu solat, quran software, hadith dsbg. eg: kalau kita promote psl belajar dan apa buku rujukan yg dibeli, cerita jugak yg kita buat peruntukan setiap bulan ntuk beli buku islamic supaya seimbang dunia akhirat etc.

itu untuk mad'u yg baru tiba, bagaimana pula dgn rakan2 yg telah sedia ada di uk. mulakan jugak dgn mengambil hatinya. kerna dakwah kita dakwah kasih sayang. kemudian berikan penjelasan dan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab. bertahap dlm memberikan tanggungjawab. tapi jika mmg tiada orang lain yg available, dan terpaksa meminta tolong muka2 baru, maka sentiasa support dan mempermudahkan kerjanya. "Make things easy and do not make them difficult, make people happy and do not repel them." [hadith bukhari & muslim]

so insyaAllah kemanisan berhubung dgn Allah dan bergerak bersama2 ke arah matlamat imaniyyah yg jelas di mata ajk dan peserta, secara sunnatullahnya akan menatijahkan rasa best dan ruh yg menyala2. namun hidayah itu milik Allah, kita hanya ditaklifkan utk berusaha dgn ihsan, itqan dan optimist.

i'll leave you readers to Allah s.w.t as the Prophet s.a.w. said in one of his khutbah:

When anyone dedicates himself to Allah, Allah takes care of all his needs in this life.
And he who dedicates himself to the worldly life, Allah hands him to it (the dunya).
And whoever improves his relationship with Allah, Allah will improve his relationship with people.
And whoever improves his mind (strategy), Allah will improve his open-actions.
And whoever works for his heavenly life, Allah takes care of his worldly life.

Oh people, whoever fears the night attack, keeps moving all night.
And whoever moves all night arrives safely to his destination.
You will know the result of your deeds after you die.
[*night attack = godaan dunia, night = dunia, moves = bergerak, beramal, destination= akhirat]

wallahu'alam.

salam perjuangan dari kajang.

(rujukan: Kajian Fikrah dan Harakah 2 - Amal Tajmik - terbitan TTS, Sermons of the Prophet Muhammad by Abu Nasr Muhammad Ibn Wad'an - terbitan Goodword)

Thursday, July 21, 2011

marjan

Assalamualaikum.

Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhlukNya (Al Qayyum). Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman. Dan siapa mengerjakan amal-amal soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka dia tidak akan khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan (haknya). [Surah Toha: ayat 111-112, zikir mathurat kubra]

subhanallah. mindaku terus terfikir tentang dia ketika melagukan ayat ini. Dia yang baru datang menziarahiku pagi tadi. Dia yang lebih muda dariku, tetapi berpegang teguh dgn islam dan celupanNya sehingga menjadi qudwah buatku sepanjang perkenalan kami. (Dia tak salam dgn lelaki even waktu graduation day atas pentas)

Aku amat tertarik dgn akhlak dan prinsip dirinya. Dia yg sgt dahagakan ilmu kemudian jarang pula berlengah utk beramal. Dalam permasalahan seharian mahupun permasalahan tarbiyyah dan dakwah, dia selalu tampil memberikan pendapat yang neutral, atau kecenderungan yang sopan.

mcm mane tu ye?

pernah beberapa kali aku merungut itu ini dan berkata tentang sesuatu yang tidak aku sukai pada diri seorang daie lain yg bekerja bersama2 kami. tapi temanku ini tidak menambah-nambah mahupun menyokong aku berkata tidak baik. dia cuma diam dan mengangguk tanda memahami rintihanku. Bila giliran dia pula yang mengalami masalah/rintangan yang hampir sama, dengan orang yang sama pula tu...dia cuma memberi komen pendek: "Saya takkan bertindak begitu jika suatu hari nanti saya berada di position tersebut insyaAllah!"
Tahulah aku dia turut membenci perlakuan tersebut, tetapi tidak langsung memburukkan si pelakunya, atau mengungkit itu ini dari kisah2 lama. itulah yg ku maksudkan dgn kecenderungan yg sopan. tidak bercakap kasar, mahupun mengasari hatinya sendiri dgn ketidakpuasan hati terhadap orang lain.

bukankah akhlak itu apa2 yg kita tonjolkan di depan orang lain termasuk sahabat karib kita.

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui kekanganku untuk keluar ke program. Di datangkan sahabat seperjuangan yang baik akhlaknya, lemah lembut dgn ibuku dan pemberi semangat kepadaku.

"Akak, xpelah. as long as niat kita baik, Allah akan tolong mudahkan jalan2nya."

 Dan kami totally agree, walau dimana pun kita berada, rasa lemahnya kita dgn input yg sedikit, apa yg telah kita fahami, itulah yg kita amalkan dan dakwahkan. Dan Allah akan sentiasa mengatur hidup kita dlm bbrp fassa dan meletakkan mad'u dengan fokus-fokus tertentu di depan kita. Hanya sahaja jika kita menyedari dan meraih peluang2 yang ada sebanyak2nya bersandarkan kesabaran dan doa yg tidak putus2.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu dengan beransur-ansur.Maka bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan Tuhanmu dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa atau orang yang kufur ingkar di antara mereka.Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhandan bertasbihlah memujiNya, pada sebahagian yang panjang dari waktu malam." [Surah Al Insan: ayat 23-26]


 ujian kehidupan dan kesabaran membina character mad'u itulah yg banyak menjadi tarbiyyah kpd diri kita. samada dr kalangan famili, senior, junior atau kawan2 sebaya. semoga hubungan dengan Allah menjadi sumber kekuatan kita selain ilmu fiqh dakwah yg perlu diupdatedkan dan akhlak yang perlu dimurnikan setiap masa.

kuarantin till sept insyaAllah,
Afifah.
moga kuarantin ini bukanlah kuarantin perasaan, iman dan himmah. ameen.
balik utk kebaikan.

Saturday, May 14, 2011

3 perkara yg tak disukai =(



Assalamualaikum warahmatullah.
copy paste saja. tapi sgt relevan dgn diriku. harap relevan dan bermanfaat utk antunna juga. 

pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may…  pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.

Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama  ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada!

sy mungkin lebih byk dosa dr org lain, sbb sy lagi lame hidup. so mungkin lagi selalu kena 'hukum' diri dan buat perkara yg tak disukai.  huhu. btw, cari perkara yg DIRI SENDIRI tak suka buat, atau perkara yg tak disukai oleh orang lain....bukannya tak disukai PADA org lain k.  
hidup kalau mencari salah orang dan menuding jari memang byk dan cepat je. tapi kalau bab membetulkn silap sendiri, kenapa masih slow dan bertangguh? ke tak prasan pon kelemahan diri? sbb tu le kna cari sisters dan membina tafahhum ie saling mengenali, memahami dan berlapang dada menerima nasihat/komen org lain. syaitan dicampak keluar dr syurga sbb ego. manusia yg nk masuk syurga, mestilah buang dan buang sifat ego tu. susahhhnya. waaa. 
hurmm relevan ke dgn mode nk masuk exam ni? heee. insyaAllah relevan kan? a part from study dan jawab soalan yg susah, mesti byk benda lagi yg termasuk dlm kategori tak disukai tapi perlu buat sepanjang bulan may ni. tepuk bahu, check buku amal sendiri. heee.
nnti nk cerita ttg pengalaman dgn seorang sister, but since kna buat dlm bentuk cerita...payah sket la for me yg tak pandai bercerita dlm tulisan. so hold dulu lps abes exam nnti insyaAllah.
ya Allah hidupkan dan matikan aku dgn iman, bangkitkan aku dgn iman, masukkan daku ke dlm syurgaMu dgn iman.
ya Allah kurniakan daku iman yg sempurna, hati yg fokus, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar dan cara hidup yg lurus. 

Tuesday, May 3, 2011

cahaya terang benderang

Assalamuailaikum.

sy tanye seseorang: patut ke tukar blog ni kepada PELITA YG MALAP? sbb that's my condition now.

beruzlah utk mencari ketenangan dan secangkir iman. surely need to put a stop to this condition!

bila? entah? bila2 pun boleh.
tapi boleh ke sampai bila2?

itu persoalan besar yg menghantui. boleh ke sampai bila2? when i'm not taking any medicines or therapy.

http://en.wikipedia.org/wiki/Social_anxiety_disorder

serotonin imbalance yg bg sy a bit of migraine, a bit of depression, and alot of anxiety.

afwan adik2, sgt tak qudwah. tp sgt struggle juga melawan kesan ketidakseimbangan hormon dlm badan dgn berbentengkan iman.

article ni sgt kena dgn keadaan saya sekarang;
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa...cukup-sekadar-untuk-melihat-mentari

doakan sy diteguhkan hati. penat melawan rasa ingin bunuh diri stiap kali sujud dan mohon ampun pd Allah.

 islam inhibits my suicidal thought~~~
~~~coz i wanna be in a land called paradise and i wanna go to the valley of The King~~~

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.   Al-Maidah : 16

 till then.