Sunday, January 8, 2012

JELAS, bukan jealous =P

Assalamualaikum warahmatullah.

sedikit coretan yang lahir dr pemerhatian.....dikisahkan...

"Rasulullah pernah menulis surat kepda maharaja Rom agar raja itu memeluk islam dan mendapat jaminan keselamatan. Setelah mendapat surat tersebut, Hiraql (Hercules) telah memanggil rombongan perdagangan Quraisy yg berada di Syam ketika itu. Abu Sufyan ada bersama-sama rombongan tersebut dan dia dipilih utk disoal siasat oleh Hiraql kerana mempunyai hubungan kerabat dgn penulis surat itu iaitu Rasulullah s.a.w.

Ketika itu Abu Sufyan belum lagi beriman dan merupakan seorang penentang tegar terhadap dakwah Rasulullah. Abu Sufyan telah ditanya tentang perjuangan dan dakwah Nabi, sifat peribadi, sifat dakwah serta kandungan ajaran dan dakwah Rasulullah.

"Apa yang diperintahkan Muhammad kpd kalian?" Hiraql bertanya.
Abu Sufyan menjawab; "Sembahlah Allah sahaja dan jangan melakukan syirik terhadapNya. Tinggalkan apa-apa yg dikatakan oleh nenek moyang kalian. Muhammad juga memerintahkan kami untuk mengerjakan solat, bersikap jujur, menjaga kehormatan diri dan menyambung hubungan silaturrahim."

Hebat. Seorang yg belum lagi Muslim seperti Abu Sufyan boleh memberikan maklumat tentang Islam dlm masa yg singkat dan kandungannya tepat lagi padat. Keupayaan sedemikian menggambarkan bahawa Abu Sufyan begitu memahami kandungan dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Mesej kenabian begitu jelas sehingga seorang non Muslim boleh menyampaikannya kpd pihak lain. Kejelasan maklumat yg ada pada Abu Sufyan ialah hasil drpd kejelasan kandungan dakwah yg disampaikan oleh Rasulullah dan para sahabatnya."


ingin bertanya pd diri dan akhawati...sudah JELAS kah kita dgn kandungan dakwah yg kita laungkan? mesej tauhid. mesej islam. apakah yg telah sampai kepada mad'u kita? adakah sekadar tajuk2 pengisian, atau nama2 program....or mesej2nya?

dlm kita menyusun program mahupun usrah, adakah kita JELAS dgn mesej dan tahapan dakwah yg sesuai kpd mad'u, ataukah kita sibuk mengejar flow?

dan dlm kita berdakwah mengikut flow, adakah semua penggerak dan pelapis telah JELAS, kenapa flow tersebut dibuat? sudahkah diterangkan fiqh dakwah disebalik flow tersebut?  apakah sebenarnya masih boleh diubah flow tersebut kpd ijtihad baru?

jika asas kpd flow tersebut adalah mesej/content dakwah dan fiqh dakwah yg bertahapan, mengapa tidak tercetus idea2 baru? mengapa tidak lahir penyampai2 baru yg lebih creative? dgn tajuk2 atau pendekatan yg berlainan tapi mesej, nilai dan taujih yg sama dasyat.

kalau dlm muntalaq, org yg betul2 memahami dakwah sepatutnya boleh menghasilkan formula2 baru pd zamannya. ke belum khatam dan master lagi formula2 yg sedia ada? huhu. tepuk dada tanya amal. tepuk buku sampai mata terbeliak. rajinkan kaji dan kaji. elakkan keji dan keji. elakkan fobia itu ini. cari kejelasan dan penjelasan. jangan hidup diselubungi misteri. hehe.

k lah, xleh lama2 dpn comp.

Allahumma a'inni 'ala zikrik wa syukrik wa husni 'ibadatik.

wassalam.

No comments:

Post a Comment