Showing posts with label Tunisia. Show all posts
Showing posts with label Tunisia. Show all posts

Monday, January 31, 2011

berita buat ummah

Assalamualaikum warahmatullah.

Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillah ilhamd.

2011 menyaksikan satu era baru kesedaran rakyat.

Di Tunisia, rakyatnya bangkit menjatuhkan kerajaan Ben Ali atas kemelut isu sosial dan politik yg sgt menekan di negara itu.

Seorang tokoh yg diancam di negaranya sendiri, kini bebas kembali setelah bertahun-tahun melarikan diri ke London. Beliau adalah Rashid Al Ganushi, pengasas dan pemimpin Harakah Nahdah Islamiyyah.

Kerajaan Tunisia yg zalim dan sangat sekular itu sebelum ini tidak membenarkan an Nahdah membentuk sebuah parti politik berasaskan agama Islam, kerana mengikut perlembagaan negara yg dibuat selepas merdeka dari tangan Perancis. Rashid Al Ganushi yg pernah mendapat sentuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimun ketika belajar di Mesir, telah dilarang oleh pihak berkuasa daripada memberi sebarang bentuk ceramah, khutbah atau motivasi setelah fikrah dakwahnya berkesan mempengaruhi rakyat, terutamanya golongan mahasiswa. Bahkan kemudiannya, Rashid dan tokoh-tokoh aktivis Islam ditangkap dan dipenjara atas tuduhan mengancam keselamatan negara menyebabkan beliau hidup dlm pelarian selama 21 tahun.

Rashid Al Ganushi menyifatkan kepulangan beliau bukanlah untuk mengisi kerusi president negara atau merebut apa2 jawatan rasmi, tetapi untuk memimpin gerakan an Nahdah dan rakyat Tunisia ke arah pilihanraya yg legal dan bersih untuk membina sebuah kerajaan yg adil dari segi kuasa, sosial, ekonomi, pendidikan dan juga kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

""No to extremism, yes to moderate Islam!" and "No fear of Islam!" laung para penyokong an Nahdah ketika menyambut ketibaan Rashid Al Ganushi di lapangan terbang.

Reformasi yg lahir dari suara rakyat yg tertindas di Tunisia ini meletuskan kesedaran yang sama di negara-negara Arab berhampiran, seperti Algeria, Syria, Jordan, Yaman dan yang kini semakin berlarutan; di Mesir, bumi Anbiya.

Husni Mubarak, didesak rakyat Mesir supaya berundur seperti Ben Ali. Demonstrasi rakyat di Tahrir's Square di Kaherah dan tekanan berterusan kepada kerajaan kuku besi turut disokong penuh oleh pemimpin parti pembangkang Muhammad Mustafa El Baradei. Namun dikhuatiri El Baradei adalah salah seorang lagi sekutu Amerika berdasarkan propaganda dan sokongan media massa mainstream terhadap beliau. Sedangkan pada masa yg sama, ramai pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang ditangkap, menjadikan jemaah tersebut kehilangan tokoh-tokoh hebat yang berpotensi untuk mengisi vakum pimpinan negara Mesir selepas kerajaan sementara mengisyhtiharkan pilihanraya.

Ikhwanul Muslimin, yang diasaskan oleh Hasan Al Banna pernah bergerak secara rasmi sbg parti politik, kemudiannya diharamkan, anggota-anggotanya ditangkap, dan Hasan Al Banna sendiri ditembak mati selebihnya ramai yg berakhir di tali gantung. Namun demikian, perjuangan Ikhwanul Muslimin tidak pernah mati hingga ke hari ini. Ahlinya bertanding dalam pilihanraya Mesir sebagai calon bebas, dakwahnya masih terus menular di pelusuk negara. Terbaru, setelah mendapat persetujuan jemaah, ribuan anggota Ikhwanul Muslimin melibatkan diri dlm demonstrasi rakyat di Mesir, malah mengisyhtiharkan kehadiran mereka secara terang-terang melalui laman facebook. Mesir yg begitu anti IM, terus menutup laman tersebut, memutuskan saluran internet serta satelit bertujuan menutup juga menghalang suara-suara rakyat Mesir dari kedengaran.

Konflik besar di Mesir ini bakal membuka lembaran baru kepada perkembangan dakwah dan gerakan Islam jika diizinkan Allah dan didokong rakyat Mesir sendiri. Mungkinkah Yusuf Qardawi yang kini berlindung di Qatar, dapat kembali semula ke Mesir seperti Rashid al Ganushi? Apakah pula nasib ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yg di dlm tahanan? Rakyat yg menderita? Semoga Allah membantu gerakan tersebut untuk menumbangkan sepenuhnya kezaliman pemerintah, membela hak asasi rakyat Mesir dan juga ummah keseluruhannya. Tambahan, Mesir adalah pintu kepada pembebasan Al Quds dan Palestin. Sekatan di sempadan Raffah oleh pihak berkuasa Mesir yg bersekongkol dengan Israel dan Amerika perlu dihentikan. Negara-negara Arab perlu disatukan, menjauhi sikap mementingkan diri dan membebaskan bangsa Arab dari cengkaman pengaruh ideologi secular Barat.

Kalian sedang berhadapan dengan masa kritis dalam sejarah umat kalian, masa yang kelak tidak terjadi lagi setelahnya, karena itu jadilah karakter yang dicintai dan diridhai oleh Tuhan kalian, dan perlihatkanlah yang terbaik dihadapan Allah dalam jiwa kalian, berikanlah teladan dari jiwa kalian pada setiap jaulah (perjalanan) dan harakah(gerak) kalian, hiasilah diri kalian dengan akhlak Islami, prinsip-prinsip dan nilai-nilainya di setiap  waktu dan kondisi. Tetaplah pada pendirian dan prinsip-prinsip kalian, berpegang teguhlah pada kebenaran, satukanlah barisan kalian, ikhlaslah karena Allah dalam niat kalian, dan serahkanlah hasilnya kepada Allah swt. [Prof Dr Mohammed Badie, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimun]

p/s: As much as I want the safety of Malaysian students in Mesir, but history shows that Hasan Al Banna's death gaves birth to the new awaken Syed Qutb. Mohamed Bouazizi bunuh diri mencetuskan kesedaran rakyat Tunisia.Kematian orang yg ditindas, akan menyebabkan jiwa-jiwa yang hanif tersedar. Namun aqidah yg kukuh, tarbiyyah islamiah yg jitu dan penggabungan diri dengan ikhlas ke dalam gerakan islam akan memainkan peranan penting dlm memastikan kesedaran dan proses perubahan/islah menjadi sesuatu yang realistik, bertahan lama dan tinggi impaknya dengan izin Allah. Semoga tampuk kepimpinan islam akan kembali dan kita menjadi sebahagian daripada golongan yang berusaha untuk mengembalikan dan memenangkan acuan Allah di atas muka bumi ini tidak kira di mana pun kita berada kerana islam itu solusi dan rahmat kpd seluruh alam, bukan negara Arab sahaja, bukan ntuk org Melayu sahaja.

Maha Suci Allah dari apa yg dipersekutukan.


Sumber Rujukan Online: