Friday, December 3, 2010

salji akan cair

Assalamualaikum.

sepatutnya saya tgh sibuk menaip proposal, but something came up yg rs sgt2 nk share. bagus jugak ade blog, since ym slalu terbiar offline je. no distraction diluar waktu break kak mag ckp. though kdg2 layan jugak la blackberry yg dok vibrate tu.

ha...ni lah yg nk cerita...

ade orang tegur saya dekat blackberry messenger...testing2.

erm siapa ya? setahu saya sister ni dah tak guna blackberry tersebut sbb dh tamat kontrak.
perlu berhati2 sebelum curhat or bertanya khabar yg tak sepatutnya.

subhanllah. rupa2nya sister tu hadiahkn blackberrynya kpd seseorang yg lebih2 memerlukan di msia.
utk lebih mudah membaca email2 perbincangan dakwah seluruh dunia.

dna orang tersebut pula hanya menerima setelah mendahulukan teman dakwahnya yg tak kurang aktif dan rancak mengendalikan tarbiyyah mahasiswa.

begitulah generasi dakwah yg ku kenali.
mereka menggunakan dan memberi apa yg mereka ada utk dakwah ini.

sebutlah apa sahaja yg diperlukan ntuk study dan buat dakwah dgn laju.
medical dictionary, laptop, hard disk...even sebuah hanzalah...

kini kumpul duit ntuk hadiahkn projektor dan blackberry kpd petugas2 dakwah ilallah yg memerlukan.

orang lain ade beratus2 pound dlm account, mereka yg kerja tp ade 17pound je di akhir bulan. belum tgk lagi ape yg mereka makan kalau di waktu bersendirian. bila mkn dgn mad'u je baru beriya sedikit.

skrg sgt sibuk ntuk pastikan mereka dpt cuti ketika ade program...melompat kesukaan bila ade rakan sekerja yg sanggup tukar jadual tugas dgn mereka....ntuk buat program???

orang lain seronok sbb sekolah tutup, or lecturer demam (haih, sy lah tu)...tp mereka seronok sbb bleh buat dakwah.

ok. i'm motivated now. tak sabar nk tunggu weeken. kna pulun siapkn kerja sebelum dpt enjoy buat dakwah.

xsabar nk grad juge. nk jadi mcm mereka. nk menyumbang lebih byk dr time jadi student. biiznillah. doakan sy thabat. [plus doakan sy stabil..sbb susah nk focus n tak rebel time solat, hence choose ntuk solat sendiri ntuk mencari rasa iman yg manis...but tak bagus dan salah sbnrnye]


p/ss: nk servis hanzalah tapi risau cost service dh 200. belum masuk cost ganti itu ini. ya Allah selamatkn kuda dakwah kami dgn rezki drMu. salji akan cair. duit akan mengalir. tp dakwah ini tetap perlu diteruskan dan dikembangkan. so dimanakah longgokan duit kita...pd dakwah atau pd makanan/pakaian etc.

ok lah..hp dah vibrate2 bout isk weeken nih. gtg.

wassalam.

Monday, November 29, 2010

Allah itu satu

Assalamualaikum warahmatullah.

pernah dengar fastabiqul khairat? berlumba-lumba buat kebaikan.

term ini sgt selalu saya gunakan. kerana apa...sbb sgt motivating dan menyalakan jiwa. tanpa rasa sedih, jealous or sakit hati dgn mana2 pihak.

sebaliknya...berfikir dan terus bergerak...menabur dan menunjukkan jalan kebaikan...mengatasi arus jahilliyyah yg menyeronokkan dan berlumba dgn para penegak kebenaran.

kerana itulah focus kita...

tapi tentu susah nk hadapi pelbagai jenis mad'u, soalan, diamnya mereka etc.

insyaAllah nk share sedikit bacaan yg sy kira perkara asas dlm menentukan gerak langkah kita:

EMPAT GOLONGAN MNSIA - dakwatunna, himpunan risalah Hassan Al Banna

1) Orang yang yakin

Orang yg meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita, tertarik dgn prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini.

-> Orang ini kita akan ajak supaya bersama kita, dan bekerja bersama kita supaya dgn ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. 


Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dgn amalan. 
Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia utk merealisasikannya dan berkorban deminya.


2) Orang yg sangsi:

Orang yg masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yg tidak meyakini betapa pentingnya apa yg kita katakan ini. Inilah orang yg tidak berpendirian dan sangsi.

-> Orang ini akan kita biarkan dgn kesangsiannya.
-> Namun kita nasihatkan orang ini untuk terus berhubung dgn kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita, atau melawat cawangan-cawangan kita, atau berkenalan dgn saudara-saudara kita. 


Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dgn kita.


3) Orang yg berkepentingan

Orang yg tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yg bakal kita perolehi hasil segala pengorbanan yg dicurahkan.

-> Bagi mereka ini kami katakan : MAAF, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran melainkan pahala yg Allah berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yg kami miliki. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah. 


4) Orang yg berprasangka

Orang ini prejudis dgn kita dan terlalu dikuasai prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dgn pandangan yg sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dgn kata-kata yg memburukkan kita.  Orang ini begitu degil dgn kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya.

-> Orang seperti ini kita doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. 
-> Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita, dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita.
-> Walau bagaimanapun kita tetap mengasihi orang ini. Kita berharap suatu hari nanti dia akan bersama kita dan yakin dgn dakwah kita. 




Wallahu'alam...

nk highlightkan banyaknya lagi kita perlu buat untuk meyakinkan manusia. termasuk membaca dan menggalakkan mad'u membaca atau meringkaskan bahan bacaan ntuk mad'u, menjaga diri dan adik2 dlm biah solehah

afwan, ni je yg sempat tulis sambil2 usrah online. bukan dari hati atau dari pengalaman...tapi dari pembacaan only. cume harapnya adelah yg antum boleh nmpk melalui amal di luar kaca blog ini. kalau bukan ana (yg sgt kurang amal ni), tengoklah dari amal dan gerak kerja orang lain, kwsn lain etc.

Tuesday, November 9, 2010

sleepless nights

Assalamualaikum dunia.

"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika allah menjadikan malam itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain allah yg akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?

"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya.
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari kurniaNya (pd siang hari) dan agar kamu bersyukur kpdNya."

[Al Qasas: 71-73]


susah betul ntuk tidur dan merehatkan minda sekarang ni. mungkin terlalu banyak kja final year yg perlu disiapkan dan jugak tuntutan dlm tarbiyyah yg sentiasa bergerak dan tak pernah sunyi dari cabaran2nya.

teringat kunjungan teman mesra dari negara jiran minggu lepas. kesibukanku, rasa nk putus asa dan jugak rasa terbebanku seakan hilang dikambus dgn cerita2 mereka yg begitu mencabar. walau usia mereka masih muda.

mereka pernah dihantar surat warning dari kedutaan supaya tidak mengikuti mana2 program agama anjuran org msia setelah ada yg menceritakan dari a to z kpd kedutaan di london.

lalu mereka terpaksa mengorak langkah sendiri, dan senyap2. tanpa boleh mengharapkan bantuan luar.

di negara asal mereka, setiap sms ditrace dan dibaca oleh pihak kerajaan. maka tiada istilah usrah, daurah dsbg yg boleh digunakan dlm sms. setiap pertemuan diatur dgn pelbagai nama samaran.

baru2 ini, seorang ikhwah menerima sms dr unknown number bertanyakan dimanakah gathering seterusnya, dan tiada siapa yg mengenali tuan empunya number. lantas semua daurah yang dirancang dibekukan sebagai langkah keselamatan dan berjaga2.

kerana dakwah dan tarbiyyah ini terlalu sayang utk dibiarkan mati atau ditangkap semua penggeraknya.

kita bukanlah hidup di zaman ghulam, yg dapat mengislamkan satu negara dgn kematian kita.

kita adalah umat Muhammad s.a.w. kita adalah umat yg diamanahkan ntuk membawa islam ini sehingga hari Kiamat nnti berbekalkan tarbiyyah Al Quran. mata rantai dakwah ini tidak boleh terputus. unless Allah dh murka dgn kita lalu menggantikan terus kita dgn kaum lain yg lebih sanggup memikul tugas khalifah dan abid dgn ikhlas,redha dan teliti.

sambil terkesima, aku terus bertanyakan lagi update mereka.

rupa2nya, disebalik halangan, gertakan dan penolakan yg diterima, kerja2 dakwah mereka tetap berjalan. usrah tak pernah tinggal. weeken lepas, teman2 mesra ku itu meluncur ke bandar mandi, dan istana baru. seolah2 mengendalikan daurah adalah tanggungjawab yg sama penting dgn menjawab soalan tutorial uni. seolah2 jarak, masa, tenaga dan wang ringgit itu perkara terakhir yg perlu difikirkan selepas mengambilkira kelangsungan tarbiyyah generasi seterusnya.

aku jadi sangat kaget. manusia apakah mereka ini. usia mereka masih muda. banyak lagi yg mereka baru pelajari. kenapa mereka sanggup buat itu semua?

dari sebesar2 isu keselamatan negara, sehinggalah sekecil2 isu ketawa dan jugak kelantangan suara ketika bergurau senda menjadi fokus tarbiyyah seharian mereka.

allahuakbar.

rasa diri ini sangat kecil ya Tuhan. rasa diri ini sangat cepat berkeluh kesah. rasa diri ini sangat sempit hanya memikirkan diri sendiri dan bbrp orang mad'u terdekat sahaja.

patutlah syukur dan sabar itu tiada sempadan dan limitnya.

"Maka nikmat yg manakah dari Rabbmu yang kamu dustakan?" [ar rahman]


limpahkan kami kesabaran dan kehendak yg kuat ya Rabb.
bertitik tolakkan "unconditional love" towards You ya Ilahi.

ana abdu.

Monday, November 1, 2010

interest related priority

assalamualaikum warahmatullah.

sementara menunggu usrah online start, nk share sedikit mengenai satu fiqh yg sy belajar dlm pharmacy, tp boleh dijadikan fiqh dakwah kita.

waktu belajar mengenai law n ethics in pharmacy, kami diajar mengenai mental capacity act (akta). sesiapa yg mempunyai capability ntuk menerima, memahami dan membuat keputusan, berhak menentukan samada mahu menerima rawatan atau tidak.

maka sebagai seorang doktor atau pharmacist, setiap rawatan yg hendak diberi perlu dipertimbangkan mengikut keperluan dan priority berikut.

3) medical interets - ada penyakit yg perlu dirawat atau dicegah ke, ada symptom yg boleh diubati ke,

2) personal interest - setuju dan mahu dirawat, tiada refusal atau phobia terhadap rawatan,

1) public interest - orang awam akan terjejas tak kalau kita tak ubati pesakit?

contoh A:

seorang gadis telah menelan ubat dgn sgt byk untuk membunuh dirinya setelah putus cinta. sekeping nota bunuh diri telah ditulis bersebelahan dgn katilnya. gadis tersebut dijumpai oleh keluarganya lalu dihantar ke hospital. ketika disorang ke wad kecemasan, gadis tersebut tersedar dr pengsan dan berulang2 kali mengatakan dia tidak mahu dirawat.

apakah yg anda akan lakukan?

a) merawat gadis tersebut kerana beliau memerlukan rawatan, serta tidak mahu dituduh kejam dan tidak buat kerja oleh ahli keluarga dan masyarakat?
b) tidak merawat gadis tersebut kerana beliau tidak mahu dirawat.

jawapannya: b.

by law, personal interest lebih diutamakan daripada medical interest.
even semua orang kt hospital tu tahu gadis tersebut memerlukan rawatan dan boleh dirawat.
tp kalau rawat jugak, doctors boleh disaman sbb against the patient will.
walaupon doctors akan rs sgt kesian or akan dipersalahkan oleh msrykt yg tak faham undang2 dunia perubatan.

contoh B:


seorang pemuda datang ke hospital dan disahkan mempunyai jangkitan virus yg berbahaya yg tersebar melalui udara. setelah mengetahui situasi, bahaya dan risiko virus tersebut, pemuda tersebut hanya ingin menelan paracetamol utk menurunkan suhu badannya, dan tidak mahu mengambil antibiotik yg diberikan apatah lagi bersetuju ntuk dimasukkan ke wad.

namun pemuda tersebut telah dipaksa ntuk menelan antibiotik dan juga dikuarantin di hospital sehinggalah disahkan bebas dari virus tersebut.

kenapa?

sebab sekiranya pemuda tadi dibiarkan balik ke rumah tanpa menjalani rawatan, pemuda tersebut akan menyebarkan virus yg berbahaya kpd semua orang yg berdekatan dgnnya. dan setiap orang yg berjangkit pula akan menyebarkan virus kpd orang lain. ini boleh menyebabkan seluruh negara dijangkiti virus.

maka public interest wins over personal interest.


hurmm dua kes je dulu lah. byk lagi yg lebih complicated dlm workshop minggu lepas.

cuba letakkn diri mad'u anda sbg pesakit.
walaupun anda adalah doctor dunia aka daie, anda hanya dibenarkan merawat mad'u yg tidak menolak dakwah rabbani ini, sungguhpun hajat di hati nk merawat smua mad'u dpn mata.
so kalau nmpk mad'u, kna yakinkan dulu yg dia perlukan rawatan ntuk kebaikan dirinya, sebelum terus je bagi rawatan dan ubat berbagai warna.
lps tu br blh belah,bedah,jahit,suntik dsbg. haha ngeri tak ntuk ckp sudi terima rawatan.

cuba letakkan diri anda sbg pesakit.
walaupun anda sudah bergelar daie, mungkin ada bbrp perkara yg anda masih mahu buat ikut cara anda sendiri lalu ditahan atau disuruh membuat sesuatu yg lain oleh daie doctor pd masa itu.
kerana pada masa itu, public interest lebih utama daripada perasaan atau kekecewaan anda.
eg: tukar tentatif jaulah yg telah dipost seminggu awal vs seluruh bas tak sempat solat atau solat tak tenang.
cumenye kalau ade mana2 sikap atau cara yg tidak best dlm menyuarakan pandangan tuh, jgnlah diikut ya. setiap daie masih juga seorang pesakit. kan?

soalan: yg mana satu yg kita akan consider sbg virus spt kes B?

tak berapa yakin dan takut dgn Allah dan Hari Akhirat
atau
budaya couple dan hedonisme (arus hiburan).

okies, perlu get ready dgn tudung ntuk berwebcam. selamat berfikir dan berbincang. moga menghasilkan kefahaman dlm beramal.

wassalam.

separation to come...

Assalamualaikum warahmatullah.

br blk dr talk yg best alhamdulillah. jazakumullah buat sisters yg membantu urusan ticket. kalau Allah izinkan sesuatu yg sy nk dan bagus ntuk akhirat nnti, mmg Dia sentiasa ada caraNya tersendiri. tak patut pon berkira kalau ticket naek jd GBP12 instead of GBP10, sbb Allah dah takdirkan minggu ni usrah online shj instead of kena keluarkn GBP20 setiap kali nk pergi usrah plus d pain of travelling alone. i still owe GBP8 for my tarbiyyah purpose. subhanallah. [manusia slalu tend to bagi serendah mungkin ntuk harga sebuah syurga. ntuk simpan duit ntuk dunia dan kereta idaman. haih]

dulu sy sgt tertekan dgn jpa sbb tak bagi tukar course yg sy suka (dental technology) slps sy freak out dgn course yg ditawarkan dr awal (dentistry). dh le sy ni mmg jenis yg tak percaya dan tak beriman langsung dgn ubat2 disuruhnya buat pharmacy. but i learnt my lesson here.

"LOVE what you HAVE to do, not just DO what you love to have "

realise what your responsibility first, then try to love it.

alhamdulillah now sy dh makin fall into dunia pharmacy. Setiap yg berlaku sy kaitkan dgn pharmacy dan ubat2an. Dan setiap tazkirah or anology yg pharmacy-related, subhanallah sy akan lebih cepat sensitif dan terkesan sbb dpt bayangkan.

Mcm dlm talk td jugak. Byk points yg terkesan alhamdulillah, tp ade satu points yg buat sy tergamam, berfikir dan terus berfikir n rs nk luahkan kt blog nih.

Some people, when they see the beauty of iman n islam, they grab it all in one go.
But some people, they need time, and they change pieces by pieces, so we need to be patient.
Just like children, we give them the same medicines (the message - islam)
but in smaller dose (bit by bit)
with little sugar (humour, praise, creativity)

i do agree with what the speaker have said.

nevertheless, i do worry if i treat people like a kid when i know that i'm not going to be able to feed you days n nights, especially when time and place separated us.

would you survive or get dwell in lots of illnesses in this dunya?
would you be willingly swallowing any medicines from other pharmacist?
would you be able to stand the adult dose, with bitter taste when u have to combat with adult diseases?

its a heart pain to see people drowning after so much effort you have put in years before. just because they dont think they need a medicine to survive. they just want to follow the flow.

benarlah kajian hasan al banna dan generasi pengasas Ikhwanul Muslimin, bilamana mereka melihat penyakit yg paling bahaya bg umat ini adalah apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak berusaha untuk merawat dirinya sendiri.

subhanallah subhanallah subhanallah.

kunci kat sini bukannya berapa tinggi dose, brp byk sugar, siapa doktor dan pharmacistnya....tp kesediaan ntuk mengatakan i'm sick, i need tarbiyyah. people r sick, i need to do 'dakwatul inqaz' (dakwah penyelamat)

ntuk mereka yg masih belum mahu, hanya usaha yg berterusan serta doa dan linangan air mata yg menemani.
ntuk mereka yg sudah mahu, sudah nmpk, sudah boleh berfikir...ingin ku katakan....ambillah sebanyak mana masa yg kau mahu ntuk mengambil ubat dlm kuantiti kanak2, namun jika kau lihat seluruh umat ini juga masih dlm kategori kanak2, lantas siapakah yg patut mengambil full adult dose, dan mempunyai tahap immunity yg tinggi ntuk membasmi penyakit pd kanak2 lain. ntuk terus kekal dgn treatment tarbiyyah dzatiyyah dan tarbiyyah jamaieah yg membanteras segala penyakit malas dan mudah marah.

aku berharap tahun2 ini seperti juga tahun2 sebelumnya, aku tidak kelihatan terlalu pushy atau seolah2 meletakkan high expectation....sedangkan apa yg aku harapkan adalah semua daie itu belajar berfikir dan menjadi sgt mahu...dlm apa jua keadaan. mampu atau tidak, itu perkara kedua.

pernah dengar cerita seorang guru dgn 6org anak murid?
suatu hari si guru mengarahkan muridnya ntuk mengalihkan seekor gajah yg berada di luar kelas mereka. semua murid terus mengatakan mustahil, menggelengkan kepala dan tidak mahu berganjak dr tempat duduk masing-masing, kecuali seorang.murid yg seorang ini berjalan ke luar, meletakkan tangannya dibawah perut gajah tersebut, cuba mengangkatnya dan kemudian kembali semula ke kelas menemui gurunya. "oh guruku, aku telah cuba namun tak berdaya membuatkan gajah itu terangkat dr tanah." lantas guru tersebut tersenyum gembira dan berpuas hati dgn tindakan murid tersebut.

begitulah kita dgn Allah al khaliq.
bezanya kita disuruh melakukan sesuatu yg mmg possible dilakukan oleh manusia biasa, yakni islam dan manhaj dakwah rasulullah s.a.w....asalkan kita meletakkn sepenuh kemahuan kita.

lihatlah dlm seerah dan juga hadis2 nabi mengenai sikap para sahabat yg sentiasa berkehendakkn islam, syurga dan redha Allah. yg sentiasa mencari jln ntuk ke depan, membina diri dan meneruskan perjuangan nabi s.a.w. bukan mencari ruang ntuk maju mundur maju mundur.


Daripada Abu `Amru :
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. 
Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
[hadis ke 21 dr kumpulan hadis 40 imam nawawi]


wahai adik2ku, setinggi mana kemahuanmu utk belajar dan mentarbiyyah dirimu? jagalah kemahuanmu, perbaharuilah himmahmu...kerana ia titik tolak perubahanmu dan dunia ini adikku.


do you want to follow the flow of jahilliyyah or follow the flow of tarbiyyah? 
do not follow! put your mindset n heart into what's best for your akhirah n dunya. 
insyaAllah you will be in a good flow.


kitalah yg perlukan islam dan dakwah ini, sedangkan islam dan dakwah ini boleh sahaja bergerak dan mengalir ke mana2 lekuk yg lebih dalam, jika kita hanya memberi lekuk setinggi kanak2.

wallahu'alam.

peringatan dan muhasabah ntuk diriku jua.

Monday, October 25, 2010

have faith in Allah


Dengan menyebut asma' Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alif Lam Mim.
Allah tidak ada Ilah melainkan Dia yg hidup kekal lagi sentiasa berdiri sendiri.

Dan tunduklah semua muka kepada Tuhan yg hidup kekal,
 lagi sentiasa mengurus (makhlukNya).
Dan sesungguhnya telah merugilah orang yg melakukan kezaliman.

Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal soleh dan dia dalam keadaan beriman,
maka dia tidak khuathir akan perlakuan yg tidak adil (terhadapnya)
dan tidak pula akan pengurangan (haknya).

(Surah keluarga Imran: 1-2 dan Surah Thoha: 111-112)


self captured while driving alone pergi usrah. 


Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal,
Dia adalah Tuhan yg memiliki arasy yang agung. 

[7x]

[Surah at Taubah: 129]


Friday, October 22, 2010

kerana dunia ini bulat

ada cerita ttg masa silam...

kisah dua akhawat yg memendam rasa...

sorang ke hulu...sorang ke hilir.....

dan aku berada di tgh2. kenapa? aku ni mmg baik sgt or suka sgt ke mendamaikan orang?

taklah.

sbb aku pon ada dua2 sifat dlm kedua2 akhawat tu.

sorang agak laju dan semangat. sampaikan kwn2 dia rs dia syadid sgt dan mcm meremehkan kelemahan org lain.sorang lagi masih bertatih2 nk berubah, ambil masa dan selesa dgn style sendiri dlm berdakwah pd kwn2.

aku...laju dlm certain expect, masih bertatih dlm certain expect. (bab2 lelaki n pakaian terutamanya)
so aku faham la dua2 pihak punya perasaan dan konflik diri.

yg menakutkan aku adalah sorang rs unsupported, walaupun nmpk je dia macho n bleh berlari laju.
sorang lagi pulak rs uncomfortable to work together dgn si dia.

aku cuba menjadi pendamai, dan penghibur hati...namun aku rasa aku lebih menjadi penghibur hati kerana aku tak tahu mcm mana nk eratkan hubungan mereka.

lagipun aku rasa takdelah penting sangat hubungan yg rapat tu. as long as kitorang happy menaikkn mutabaah amal sendiri dan buat kerja dakwah masing2. mane yg tak sama pendapat tu, diam n buat donno je lah. malas nk cari titik tengah, or nk fahamkn prinsip asal. redah n survive je lah mcm nyawa2 ikan.

sampailah setelah bbrp tahun selepas itu....

seorang akhawat ni futur sbb rs unsupported n too tired.

dan akhawat yg memendam rasa itu...sangat menyesal kerana tidak mengambil peluang2 yg ada ntuk menyelami perasaan akhawat lain, utk membantu bukan menyalahkan atau membiarkan, utk open up compare to memendam sbb at last dua2 pon tak faham each other dan xdpt nk saling menguatkan.

disitulah aku mengenal erti tafahumm. salah satu rukun usrah kita.

memahami sehingga dpt menasihati dan support each other dlm jln tarbiyyah dan permasalahan dakwah.

memahami dan menerima perbezaan dan kekuatan setiap orang tanpa rasa jengkel atau tidak puas hati, menutupi kekurangan dan kesalahan diri bukan menuding pd kesilapan orang lain juga.

ahh mudah sungguh bagi yg memerhati.

tak...Allah tak takdirkan aku sbg pemerhati saja2. aku perlu menjadi pemberi peringatan. aku perlu menjadi agen perubah.

aku masih tak henti2 berdoa semoga setiap akhawat yg mendapat sentuhan tarbiyyah ini sentiasa thabat dan sabar dgn mehnah2 dunia mahupun kerenggangan ukhuwwah.

dan aku terpaksa ajarkan pd adik2...jgn rs terpaksa berukhuwwah. sebaliknya bukak hati luas2 ntuk belajar menerima dan mencintai. utk selalu ada utk si dia. ukhuwwah itu bukan meminta, tp memberi. itu yg diajar dlm hadith2 nabi. xde hadith pon yg ckp kita perlu meminta org lain itu,ini dan ini. tp kitalah yg perlu itu,ini dan ini.

ukhuwwah juga bukanlah melarikan diri. kerana dunia ini bulat dan berputar, kita takkn selamanya berdiri di satu tempat. perlu terus berinteraksi dlm suasana tafahum dan takaful.

allah... aku rindukan NNA. teman usrah yg aku belajar dan praktikkn konsep ni. walaupon hasilnya hanya nmpk setelah hujung tahun ke 4 dan bila dah berjauhan di msia-uk. kami bermula dgn kaku, tak kenal, tak tahu nk masuk dan tak tahu nk tolong each other though dgr je dr orang lain masalah masing2. but alhmdulillah Allah tautkan ikatan kemesraan ini selagi dlm kesedaran iman dan tanggungjawab shahadah.

sbb itu adalah asas yg paling kukuh. yg takkn tergugat dgn aturan2 dunia yg sering berubah di bawah kekuasaan Allah.

wallahu'alam.

byk pulak menaip mlm ni. moga bermanfaat.

ya muqalibal qulub, thabbit qulubuna ala diinik.

kuatkah sang gunung?

Assalamualaikum warahmatullah.

Aseef jiddan kerana sekian lama menyepi...mmg menulis ini bukan sesuatu yg aku reti mahupun minati. Namun dakwah ini menuntut aku mentarbiyyah diriku menjadi serba boleh dan capable dlm pelbagai sudut. Lalu aku mencuba, belajar dan terus mencuba. Doakan dan gerakkan aku selalu ya.

Pagi tadi aku aku menerima sms berupa sepotong ayat dari surah al fathu.

"Dia (Allahlah) yg telah menurunkan ketenangan ke dlm hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yg telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [ayat 4]

benar...ketenangan itu hanya Allah yg mampu hadirkan. 3minggu pertama bergelar final year student dan kakak di birm, dgn pelbagai tugasan, agenda dan juga peristiwa yg beraneka ragam. aku runsing dan hampir lelah memikirkan...mampukah aku ya Allah...baru sebulan. bagaimana dapat aku tempuh setahun lagi di sini.mampukah aku dengan baki bbrp bulan  ntuk menyediakan diriku utk menjadi daie rabbani di msia yg sungguh mencabar, utk menjadi muslim pharmacist, utk membina angkatan mujahid yg akan meneruskan langkah kaki di msia mahupun di birm ini. ya Allah rs diri tak layak dan tak cukup bersedia.

teringat titipan ucapan hari lahir dr seorang yg aku kagumi.

"semoga afifah kuat, kukuh dan tenang." 

subhanallah. susahnya. ingin saja aku berlari sambil menjerit....itu bukan aku....aku takkan jadi kuat, kukuh dan tenang bila semuanya berlaku dlm satu masa. sehingga membuatkan aku tercungap2. melemparkan senyuman sambil menahan air mata. memberi sambil melawan kelesuan badan dan minda. bertekun sambil meyakinkan diri tiada guna utk berputus asa walaupun sempurna itu seperti masih jauh utk kugapai.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. segala puji bagi Allah yg Maha Pemberi. Dia yg mendatangkan ujian dan cabaran, tapi Dia jugalah yg memberikan jalan keluar dan method penyelesaian.

Aku hanya manusia kecil yg takkan menjadi sekukuh dan sekuat gunung. namun bukankah gunung sendiri akan terpecah sekiranya menerima amanah Quran ini dari Al Khaliq. Apa lebihnya kita dari gunung sehingga Allah mencaturkan kita sebagai penerima amanah dan pembawa risalah ini?

tentunya kerana manusia itu mempunyai hati. bekas utk diisi kalimah Allah. apabila dalam hati ada cahaya Allah, maka dari cahaya iman, lahirlah kekuatan. semakin menyala iman, semakin besarlah kekuatan. melebihi kekuatan fizikal dan logic akal. menimbulkan kemahuan dan kesungguhan yg tak kenal lelah.

dan kerana manusia mempunyai hati, maka dr hati itulah bercambahnya kasih sayang dan persaudaraan. ukhuwwah fillah dan kerjasama yg erat. saling melengkapi juga saling menasihati. menjadikan kita lebih kukuh dari sang gunung. walaupun kita secara individualnya sangat takut akan kemampuan diri, sangat takut atas kelalaian dan kekurangan kita. tapi bila kita bersatu, kita akan menjadi lebih teguh insyaAllah.

"kalau sekiranya Kami menurukan al quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kpd Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat utk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yg tiada tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yg ghaib dan yang nyata. Dialah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" [al hasyr:21]

alhamudulillah. aku bersyukur aku bukanlah gunung yg kaku dan cepat terpecah. akulah manusia yg diciptakan hati dan perlu bergerak dan menggerakkan, berbekalkan kekuatan iman dan ukhuwwah.
“Manhaj ini hanya dapat direalisasikan sekiranya manhaj tersebut didokongi oleh satu kumpulan manusia yang benar benar beriman dengannya, beristiqamah sedaya mungkin dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manhaj tersebut di dalam hati dan kehidupan orang lain.” Tidak dapat tidak, “Kita mestilah berusaha ke arah kebangkitan Islam sekalipun jarak amat jauh antara usaha kebangkitan Islam dengan masa mencapai tampuk kepimpinan dan kemenangan Islam. Usaha ke arah kebangkitan Islam merupakan langkah pertama. Perjalanan tidak akan bermula tanpa langkah pertama ini.”
 Dan aku sedar, aku masih terkial2 menjaga imanku, menyalakan iman orang lain, juga masih belajar memahami adik2 dan suara hati mereka. Adakalanya ada yg tersalah catur, terguris rasa, terlebih garam. aku mintak maaf. kerana aku jua masih belajar...dlm madrasah tarbiyyah ini. benarkan aku utk terus memperbaiki diriku, seperti mana aku berharap dikau turut belajar...utk kuat dan kukuh di jalan yg paling selamat ini.

" Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam keselamatan (islam) ini secara keseluruhan. dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu." [2:208]

Kadang2 aku rasakan hobi2 jahiliyyah yg masih ada dlm hatiku, perasaan2 tak enak atau kecintaan dan keegoan yg tak bertempat yg menyebabkan aku menjadi lemah. despite best dan tenangnya jalan ini. aku pohon pd Allah memberikan kekuatan dalaman kpdku, seperti mana aku meminta kekuatan kesatuan dan  ukhuwwah.

kak mag selalu ckp padaku. islam ni utk orang yg tamak. nk apa, mintak lah pada Allah. mintak banyak2 kali pd Dia. doaku semoga hatiku dan hati2 kita sentiasa bersih, kuat dan kukuh, bersatu dan saling menyinta krnNya. kerana amanah yg kita pikul ini memang dijanjikan berat.

"inna sanulqi alaika qaulan tsaqila" [al muzammil:5]

tapi dgn izin Allah, usaha dan doa kita...insyaAllah kita akan lebih kukuh dr gunung dlm menggalas amanah Allah.

Apabila Hasan Al Banna melaungkan:
Aku adalah pengembara yg mencari kebenaran. Aku adalah manusia yg mencari makna sebenar kemanusiaan. Aku adalah warganegara yg mengimpikan sebuah watan yg dihormati, merdeka, tenteram dan harmoni dibawah naungan islam yg murni.
Aku hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya utk Allah tuhan sekelian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpdku dan aku salah seorang yg menyerahkan diri.
Inilah aku, anda siapa?
ingin ku balas...akulah manusia kecil penuh kekurangan yg terkesan dgn dakwahmu dan dakwah Rasulullah s.a.w.......dan segala dayaku, kepenatanku, poketku, sayangku dan munajatku hanya utk mengabdikan diriku pd Allah dan utk manfaat makhluk sekelian alam.

p/s: tangan tak sampai nk peluk gunung, sebab tu Allah suruh peluk akhawat.

virtual hugs from me. wassalam.

Sunday, September 5, 2010

ratuku balqis

Assalamualaikum dunia....

Mlm ni dpt msg dr safia. alhamdulillah murni telah dpt dijejaki. smoga Allah sebaik2 pemberi ujian juga sebaik2 pelindung.

Rasa mcm ade berhutang dgn anak2 usrah yg bakal berhijrah ke kwsn lain, dan bertemu dgn mad'u dan tugasan dakwah yg lebih mencabar. Ada satu cerita yg sy dpt time summer ni. Moga membantu boost confident dan menambahkan kefahaman antum dlm fiqh dakwah. 
 [ie kita bukan bwk usrah or tajmik org tertentu sbb semata2 diassign, tp sbb itulah tuntutan amal]


Slalu kan dengar kisah mengenai burung hud2 dan raja sulaiman. slalunye focus cerita mengenai hud2. kena proaktif dan sentiasa mengesan mad'u, kena laporkan tindakan kita pd ketua etc. tapi kali nk focus pd ratu balqis dan raja sulaiman pulak sbg mad'u dan daie.


Dlm ramai2 orang yg menyembah api, kenapa la hud-hud (agen perisik) bercerita mengenai wanita yg memerintah kaum tersebut aka ratu balqis. Kenapa raja sulaiman (daie) hantar surat pd ratu balqis. kenapa tak suruh je hud-hud pergi dakwah burung2 kat kawasan tu ke, pembesar2 ke, orang2 kampung ke? 


Sbb dalam dakwah...kita kna target anasir taghyir ie. agent pengubah ie. org yg sentiasa influence dan bawak perubahan/tentukan arah tuju org2 yg disekelilingnya. 


seperti ratu balqis yg mmg dithiqahi dan dituruti keputusannya oleh para pembesar. (walaupun ratu balqis ni humble dan tanya jugak pendapat pembesar2nya apa nk buat dgn surat raja sulaiman)

seperti juga dlm kes Nabi yg berdoa supaya dikuatkan islam melalui salah satu dari dua Umar.

islam dan dakwah ni mmg sangat perlukan anasir taghyir. orang yg dah ada sikap2 dan ciri2 daie. sebab orang yg seperti ini, bila dicampakkn keimanan, diberikan kefahaman yg lurus...akan besarlah hasil dan impaknya kpd dakwah insyaAllah, meneruskan mata rantai kepada manusia dan generasi kemudian.


cuma cabarannya...anasir taghyir selalunya adalah orang yg ada strong character, very confident, pandai berhujah, bijak, cepat bertindak dan sukar diubah pendiriannya. 


so camne nk tangani orang2 seperti ini?


kalau nabi s.a.w. mengajar kita ntuk berdoa, Quran pulak mengajar kita ntuk mencontohi nabi sulaiman ie. daie yang menandingi anasir taghyir tersebut.


  • Nabi sulaiman bagi surat ajak mereka menjadi org yg tunduk pd Allah. [jgn rendahkn diri or malu2 dlm hal kebenaran]
  • Nabi sulaiman tolak hadiah mereka dgn alasan bahawa apa yg diberikan Allah lebih baik dr hadiah mereka. [sentiasa rasa lebih kuat dan izzah dgn nikmat 'faqih fid deen' ie nikmat kefahaman dlm agama/cara hidup, though kalau dr segi character atau credibility mungkin mad'u lebih hebat]
  • Nabi sulaiman saje ambik singgahsana ratu balqis dan ajak ratu balqis masuk dlm istana yg berlantaikan kaca yg tak pernah dilihat dek ratu balqis. padahal takyah buat, or gi serang je pon boleh. or ajak jumpe kat serambi or tepi laut ke. [daie kena cari jalan utk impresskn mad'u n tak kasi chance mad'u nk berlagak/kacau ego dia sket]
  • Nabi sulaiman gunakn burung hud2 ntuk hantar surat, mintak tlg siapa di kalangan pembesar ntuk bwkkn singgahsana ratu balqis. [nk tajmik anasir taghyir mmg susah, amal jamaie diperlukan dan bantuan rakan2 seperjuangan boleh dimanfaatkn]
lantas tersingkaplah kebenaran sbg kebenaran dan berkatalah balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah tuhan semesta alam." [an namlu:44]

insyaAllah dgn usaha yg berlipat kali ganda dan doa pd Allah, kita akan meneruskan jejak langkah angkatan terdahulu, walaupun kdg2 or selalu rasa diri tak cukup kuat or mad'u sgt hebat. 

bersyukurlah dgn adanya mad'u yg hebat, 
carilah mad'u yg hebat ie. anasir taghyir, 
dan binalah mad'u antum menjadi hebat ie. dr qalbun taghyir (penerima perubahan) -> anasir taghyir (pembawa perubahan).


Nabi sulaiman pernah berdoa: "ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yg tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." [38:35]


so daie jgn pulak rs tertekan tak dpt nk impress mad'u mcm yg nabi sulaiman buat. Allah takkn bagi kita power ke atas angin,jin,burung etc. sebaliknya gunakanlah cara nabi dan sahabat2 dulu ketika berhadapan dgn Umar yakni menggunakan kekuatan Al quran dgn isu qiamat & akhirat (al haqqah), isu Rabb dan hamba (toha) yg akan menebak hati seorang Umar yg nmpk mcm susah nk tackle kalau guna logic akal.


insyaAllah sama2 kita pegang Quran dan sunnah, dgn kaedah2 berdakwah yg diajarkan kpd kita. semoga setiap kesusahan atau ketidakyakinan kita pd diri sendiri dikuatkan balik dgn keyakinan kpd kebenaran dan keperluan beramal dgnnya bi iznillah. 

ok, off dulu. smoga bermanfaat ntuk diri sendiri dan jugak smua daie rabbani yg lain. 

"Wahai manusia, kamulah yg berkehendak kpd Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya Maha Terpuji. Jika dia mengkehendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru (utk menggantikan kamu). -al fatir-



wassalam.

Tuesday, August 31, 2010

lagenda si zuhud

Assalamualaikum dunia...

aku bakal kehilangan...seorang zuhud...yang merupakan teman, adik, usrahmate, mas'ulah dan pembakar semangatku utk terus tegar di jalan tarbiyyah ini sepanjang aku berada di uk. 

pulang ntuk kebaikan bukanlah sesuatu yg begitu menggembirakan hatinya...malah hatiku turut dilanda kesedihan dan kegusaran....lama aku memikirkan...mampukah aku tanpa kehadirannya di birmingham nanti. 

adikku ini suatu rahmat buat diriku yg baru mula mengubah haluan diri. memandangnya membuatkan ku ingat akan tuhan, belajar bersabar dan bersyukur. tidak banyak yang aku lakukan ntuk dirinya, lantaran rs inferiorku dgn akhlaknya. sehingga pd saat2 aku futur dgn ujian dunia, aku membiarkannya berdikari merawat teman2nya sendiri sambil membina diri. hanya sempat ku titipkan pesanan kpd kakak seperjuanganku; 

"kak...tlg tengokkan dia..dh lama sy tak manjakan dia.
[ie. dh lama tak share buku dgn dia, diskas dgn dia, bg perhatian kpd tarbiyyah dirinya]


dan kakak M begitu amanah menyantuni adikku ketika jaulah ke bumi ireland. mendengar rintihan hati adikku melalui feedback kakak M, cukup membuatkan aku terkapar demam. Itulah demam paling teruk yg pernah aku lalui di UK, kerana dihantui rasa bersalah yang amat kerana mengabaikan pembinaan adikku yg zuhud ini. 

alhamdulillah dgn keberkatan dr ilahi, segala susah payah travel and so on utk mengharungi detik2 tarbiyyah dan jln dakwah ini menatijahkan seorang adik kpd seorang teman, dan murabbi kepada jundullah. melihatkan rutinnya membuatkan ku terbayang kata2 syeikh al kailani mengenai sifat2 daie :

" Daie mempunyai sifat tajarrud yg sempurna dan melibatkan diri secara total ke dlm dakwah. Dengan demikian, daie itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kpd orang yg diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kpd mad'u. Dunia daie pula adalah luas tanpa had, tiada hawa nafsu. Yang ada dalam dunia daie hanyalah para mad'unya yg didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan kebesaran pangkatnya. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah yang menjadi mad'unya. apa yg dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kpd manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah."

Itulah sifatnya yg penuh dgn tawakkal, tapi giat dgn usaha sepenuh hati. 

Lalu siapakah makhluk Allah yg dpt ku jadikan qudwah dan pembakar semangatku di birmingham nnti sekembalinya dia ke tanahair? Berbagai restriction kurasakan menghimpitku. Dengan study dan kuarantin. Rasa mahu saja berputus asa kerana tiada teman pendamping. 


"Demi Allah, sekiranya di muka bumi ini hanya ada seorang sahaja lelaki yang beriman, maka dia tidak harus merasa rela dan redha kepada kekuasaan bathil. Walaupun dia mendapati dirinya keseorangan dan ketiadaan wasilah yang mencukupi, walaupun dia boleh menyembunyikan dirinya...tetapi sebenarnya dia hanya ada satu jalan sahaja iaitu menyeru seluruh manusia kpd cara hidup yg diredhai Allah, iaitu cara hidup islam. Dan daie wajib memulakan dgn mendidik individu bersungguh2 dan merancang utk mengubah keadaan..."


Ya, aku tidak patut merendahkan himmah...kerana aku bukanlah completely alone. tambahan lagi dgn kelahiran mutarabbinya yang bakal menyambut batton dakwah ini dgn izin Allah.  

"akak jgn patah smgt k. Kak Z ada tinggalkan 2 adik yg sedia tlg akak utk islam."


subhanallah. begitulah sms yg dihantar oleh mutarabbinya, yg juga adik dan temanku. walaupun kesedihanku tidak akan menghalang pemergian si zuhud, namun kegusaranku berkurang melihat sinar cahaya yg kemilau insyaAllah. 

Buat mutarabbi si zuhud dan semua adik2 yang masih dan akan meneruskan perjuangan di UK, ku persembahkan sebuah kisah buat tangisan kita bersama. huhuu.

"Malik bin Yukhmair adalah salah seorang murid Muadz bin Jabal r.a. yg paling setia. Dia mewarisi hampir semua kelebihan gurunya itu. Ketika Muadz hendak meninggal dunia, Malik menangis. Muadz bertanya: Kenapa kamu menangis? 
Dia menjawab: Demi Allah, aku menangis sama sekali bukan kerana kepentingan dunia yang telah aku peroleh dr jasamu, tetapi demi ilmu dan iman yang telah kau ajarkan kepadaku."  
Dengan nafas yang sudah putus-putus, Muadz masih mampu menjawab:
"Jangan khuwatir. Ilmu dan iman akan tetap berada di tempatnya. Siapa yg mencarinya, pasti akan mendapatkannya."

Semoga segala kebaikannya kita amalkan dan kita tambahkan lagi kefahaman diri ntuk terus menerangi dan memayungi tentera-tentera Allah generasi seterusnya. 

semoga adikku yg zuhud terus kuat dan thabat hingga bertemu syahid dan kepuasan syurgaNya. doakan kita tetap bersama di pengakhiran yg baik nan kekal abadi.


 

Monday, August 30, 2010

nur pembukaan

Assalamualaikum dunia.


alhamdulillah nur ramadhan menyapamu lagi, dgn pesta ibadah, sedekah dan rancangan2 berunsurkan tazkirah di kaca tv utk menyeru manusia muslim supaya bertaqwa.

" wahai orang2 beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa spt mana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa." [2:183]


namun di sana sini masih ada kumpulan2 yang ingin menyalakan jiwa manusia dr kegelapan arah tuju, kepada satu tugas yg mulia. apa tidak cukupkah hanya dgn menjadi manusia bertaqwa? 


taqwa itu tidak memadai andai tidak diarahkan kpd tujuan yg paling dituntut. sepertinya, seorang lelaki yg begitu menjaga kesempurnaan wudhu' tetapi tidak tahu kewajipan bersolat, ke manakah arah kiblat dan bilakah waktu solat yg paling afdhal.

"Wahai orang2 beriman, bertaqwalah kpd Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kpdNya dan berjihadlah di jalanNya, supaya kamu beroleh kejayaan." [5:35]

dan kerana itulah aku ingin menulis...spt penulis2 lain....dari sumber cahaya yg sama, dr kefahaman yg sama, dr petikan yg sama...buat menerangi kegelapan dunia...jikalau pun tidak dapat menyinari seluruh dunia dan seisinya, cukuplah jika dapat menyuluh cahaya rabbani kepada peribadi2 disekelilingku...dan menjadi nur buat hatiku yang mudah malap, juga sebagai kesaksianku dgn nikmat teknologi.

"...Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al kitab, dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." [3:79] 


Wa La haula wa la quwwata illa billah.