Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg masih mengizinkan kita utk bertawajuh menghadapNya sbg seorang hamba dan juga seorang pejuang aqidah.
bbrp musim telah berlalu, dan pelbagai program telah kita lalui dan kita kemudi. subhanallah. tentu saja kita dapat melihat pelbagai perbezaan dan kesan setiap program tersebut melalui pandangan iman.
mungkin ada yg lebih selesa berprogram sesama sisters sahaja, sebab kalau mix dgn brothers je mcm tak feeling sgt, tak open sgt, tak itu tak ini....susah pulak tu kerja2 belakang tabir nk mesyuarat etc. kita quote contoh pms 2010 yg sgt besar dan tak mendalam kesannya. tp kibar 2011 mix jugak dgn brothers, lama jugak, ramai....namun Allah hadiahkan kesan yg mendalam di hati para peserta dan AJKnya.
terkadang kita ade negative mindset bila bertukar usrah. ala mesti tak best dah tak satu group dgn org yg kita selesa, tak terkesan la dgn kakak naqibah yg ddk jauh/kurang kenal dgn kita etc. subhanallah selepas setahun, usrah itulah yg kita sayang, naqibah itulah yg byk mengajar kita akhlak dan kesabaran dlm mendidik manusia. ade pulak usrah yg sgt selesa, sgt open boleh luah dan boleh qadhaya apa saja, tapi kenapa amal dan akhlak kurang meningkat....bukankan usrah itu majlis ingat-mengingati?
begitu juga dlm program2 santai kita. ada yang berjaya dan berbuah ukhuwwah yg disemai. tapi ada pula yg terlalu kosong dan tidak ketara kesannya kepada ukhuwwah mahupun biah solehah dan qudwah. salah aktiviti yg dipilih, atau tempat atau mad'u? berapa ramai jundi yg turun padang membina ukhuwwah? adakah terlalu sibuk dgn urusan teknikal dan duduk dikalangan jundi shj etc?
aku bukanlah yg terbaik, selalu sahaja membuat salah. namun kita manusia, perlu belajar dari pengalaman dan kesilapan.
setiap program, sgt penting dititikberatkan hubungan dgn Allah dan kebergantungan kpdNya. doa dan doa. kalau nampak ada yg letih sampai tak larat nk bangun solat, kejutkan, lps tu kurangkan kerja utk org tu ke. itu tahap ithar kita kpd sahabiah. tapi kpd diri sendiri, mujahadahhhh. lwn segala anasir yg melemahkan dan melemaskan. siapa yg dekat dgn Allah, tentu Allah beri dia kekuatan yg tiada pd mnsia biasa. [provided mkn n tidur la jugak ya]
setiap perancangan dan setiap keputusan, perlu letak dlm otak, bukan keselesaan dan kehebatan tema/nama program/video program tapi apakah ruh program tersebut? ke mana hala tujunya? dptkah dirasai sehingga mengalir ke dalam pembuluh darah di hati mnsia? dapatkan dihayati dan dijiwai oleh seluruh tenaga kerjanya?
kerna ruh program yg membezakan kejayaan sesebuah program.
maka terkadang apa yg diperlukan adalah pembuka kata yg jelas. atau keberadaan di sisi mad'u utk mentop-up dan menghidupkan suasana. juga qudwah kesederhanaan dan kezuhudan hidup sang daie tapi kehebatan menggunakan segala nikmat utk islam dan proses penghayatannya. eg: kalau nk promote hp di uk, selain function2 biasa, promote jugak knp kita gune smartphone (slain tujuan email2), lagi senang set waktu solat, quran software, hadith dsbg. eg: kalau kita promote psl belajar dan apa buku rujukan yg dibeli, cerita jugak yg kita buat peruntukan setiap bulan ntuk beli buku islamic supaya seimbang dunia akhirat etc.
itu untuk mad'u yg baru tiba, bagaimana pula dgn rakan2 yg telah sedia ada di uk. mulakan jugak dgn mengambil hatinya. kerna dakwah kita dakwah kasih sayang. kemudian berikan penjelasan dan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab. bertahap dlm memberikan tanggungjawab. tapi jika mmg tiada orang lain yg available, dan terpaksa meminta tolong muka2 baru, maka sentiasa support dan mempermudahkan kerjanya. "Make things easy and do not make them difficult, make people happy and do not repel them." [hadith bukhari & muslim]
so insyaAllah kemanisan berhubung dgn Allah dan bergerak bersama2 ke arah matlamat imaniyyah yg jelas di mata ajk dan peserta, secara sunnatullahnya akan menatijahkan rasa best dan ruh yg menyala2. namun hidayah itu milik Allah, kita hanya ditaklifkan utk berusaha dgn ihsan, itqan dan optimist.
i'll leave you readers to Allah s.w.t as the Prophet s.a.w. said in one of his khutbah:
When anyone dedicates himself to Allah, Allah takes care of all his needs in this life.
And he who dedicates himself to the worldly life, Allah hands him to it (the dunya).
And whoever improves his relationship with Allah, Allah will improve his relationship with people.
And whoever improves his mind (strategy), Allah will improve his open-actions.
And whoever works for his heavenly life, Allah takes care of his worldly life.
Oh people, whoever fears the night attack, keeps moving all night.
And whoever moves all night arrives safely to his destination.
You will know the result of your deeds after you die.
[*night attack = godaan dunia, night = dunia, moves = bergerak, beramal, destination= akhirat]
wallahu'alam.
salam perjuangan dari kajang.
(rujukan: Kajian Fikrah dan Harakah 2 - Amal Tajmik - terbitan TTS, Sermons of the Prophet Muhammad by Abu Nasr Muhammad Ibn Wad'an - terbitan Goodword)
No comments:
Post a Comment