Showing posts with label fiqh dakwah dlm quran. Show all posts
Showing posts with label fiqh dakwah dlm quran. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

ratuku balqis

Assalamualaikum dunia....

Mlm ni dpt msg dr safia. alhamdulillah murni telah dpt dijejaki. smoga Allah sebaik2 pemberi ujian juga sebaik2 pelindung.

Rasa mcm ade berhutang dgn anak2 usrah yg bakal berhijrah ke kwsn lain, dan bertemu dgn mad'u dan tugasan dakwah yg lebih mencabar. Ada satu cerita yg sy dpt time summer ni. Moga membantu boost confident dan menambahkan kefahaman antum dlm fiqh dakwah. 
 [ie kita bukan bwk usrah or tajmik org tertentu sbb semata2 diassign, tp sbb itulah tuntutan amal]


Slalu kan dengar kisah mengenai burung hud2 dan raja sulaiman. slalunye focus cerita mengenai hud2. kena proaktif dan sentiasa mengesan mad'u, kena laporkan tindakan kita pd ketua etc. tapi kali nk focus pd ratu balqis dan raja sulaiman pulak sbg mad'u dan daie.


Dlm ramai2 orang yg menyembah api, kenapa la hud-hud (agen perisik) bercerita mengenai wanita yg memerintah kaum tersebut aka ratu balqis. Kenapa raja sulaiman (daie) hantar surat pd ratu balqis. kenapa tak suruh je hud-hud pergi dakwah burung2 kat kawasan tu ke, pembesar2 ke, orang2 kampung ke? 


Sbb dalam dakwah...kita kna target anasir taghyir ie. agent pengubah ie. org yg sentiasa influence dan bawak perubahan/tentukan arah tuju org2 yg disekelilingnya. 


seperti ratu balqis yg mmg dithiqahi dan dituruti keputusannya oleh para pembesar. (walaupun ratu balqis ni humble dan tanya jugak pendapat pembesar2nya apa nk buat dgn surat raja sulaiman)

seperti juga dlm kes Nabi yg berdoa supaya dikuatkan islam melalui salah satu dari dua Umar.

islam dan dakwah ni mmg sangat perlukan anasir taghyir. orang yg dah ada sikap2 dan ciri2 daie. sebab orang yg seperti ini, bila dicampakkn keimanan, diberikan kefahaman yg lurus...akan besarlah hasil dan impaknya kpd dakwah insyaAllah, meneruskan mata rantai kepada manusia dan generasi kemudian.


cuma cabarannya...anasir taghyir selalunya adalah orang yg ada strong character, very confident, pandai berhujah, bijak, cepat bertindak dan sukar diubah pendiriannya. 


so camne nk tangani orang2 seperti ini?


kalau nabi s.a.w. mengajar kita ntuk berdoa, Quran pulak mengajar kita ntuk mencontohi nabi sulaiman ie. daie yang menandingi anasir taghyir tersebut.


  • Nabi sulaiman bagi surat ajak mereka menjadi org yg tunduk pd Allah. [jgn rendahkn diri or malu2 dlm hal kebenaran]
  • Nabi sulaiman tolak hadiah mereka dgn alasan bahawa apa yg diberikan Allah lebih baik dr hadiah mereka. [sentiasa rasa lebih kuat dan izzah dgn nikmat 'faqih fid deen' ie nikmat kefahaman dlm agama/cara hidup, though kalau dr segi character atau credibility mungkin mad'u lebih hebat]
  • Nabi sulaiman saje ambik singgahsana ratu balqis dan ajak ratu balqis masuk dlm istana yg berlantaikan kaca yg tak pernah dilihat dek ratu balqis. padahal takyah buat, or gi serang je pon boleh. or ajak jumpe kat serambi or tepi laut ke. [daie kena cari jalan utk impresskn mad'u n tak kasi chance mad'u nk berlagak/kacau ego dia sket]
  • Nabi sulaiman gunakn burung hud2 ntuk hantar surat, mintak tlg siapa di kalangan pembesar ntuk bwkkn singgahsana ratu balqis. [nk tajmik anasir taghyir mmg susah, amal jamaie diperlukan dan bantuan rakan2 seperjuangan boleh dimanfaatkn]
lantas tersingkaplah kebenaran sbg kebenaran dan berkatalah balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah tuhan semesta alam." [an namlu:44]

insyaAllah dgn usaha yg berlipat kali ganda dan doa pd Allah, kita akan meneruskan jejak langkah angkatan terdahulu, walaupun kdg2 or selalu rasa diri tak cukup kuat or mad'u sgt hebat. 

bersyukurlah dgn adanya mad'u yg hebat, 
carilah mad'u yg hebat ie. anasir taghyir, 
dan binalah mad'u antum menjadi hebat ie. dr qalbun taghyir (penerima perubahan) -> anasir taghyir (pembawa perubahan).


Nabi sulaiman pernah berdoa: "ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yg tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." [38:35]


so daie jgn pulak rs tertekan tak dpt nk impress mad'u mcm yg nabi sulaiman buat. Allah takkn bagi kita power ke atas angin,jin,burung etc. sebaliknya gunakanlah cara nabi dan sahabat2 dulu ketika berhadapan dgn Umar yakni menggunakan kekuatan Al quran dgn isu qiamat & akhirat (al haqqah), isu Rabb dan hamba (toha) yg akan menebak hati seorang Umar yg nmpk mcm susah nk tackle kalau guna logic akal.


insyaAllah sama2 kita pegang Quran dan sunnah, dgn kaedah2 berdakwah yg diajarkan kpd kita. semoga setiap kesusahan atau ketidakyakinan kita pd diri sendiri dikuatkan balik dgn keyakinan kpd kebenaran dan keperluan beramal dgnnya bi iznillah. 

ok, off dulu. smoga bermanfaat ntuk diri sendiri dan jugak smua daie rabbani yg lain. 

"Wahai manusia, kamulah yg berkehendak kpd Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya Maha Terpuji. Jika dia mengkehendaki, nescaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yg baru (utk menggantikan kamu). -al fatir-



wassalam.