Showing posts with label zuhud. Show all posts
Showing posts with label zuhud. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

menimba pengalaman mengaut mutiara

Assalamualaikum.

ya Allah janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri (kerana Engkaulah yg paling baik dlm menguruskan dan menentukan takdir hambaMu).

offer letter yg lebih best dr offer letter gi oversea =P 

Alhamdulillah....

moga ini  susunan Allah yg terbaik buat masa ini sementelah kerajaan tak berduit ntuk offer posting di hospital, kemudiannya pengalaman bekerja 6hari seminggu di kedai farmasi yg bukak sampai 10:30 malam, susah nk ada masa utk DnT dan family.  

baru memulakan kerja baru di TTS, tapi rasa nk share apa yg terkesan di jiwa......

pengajaran 1: diberi mandat utk menguruskan gaji dan elaun president IKRAM, para murabbi fulltimer dan juga semua fulltimer lain. subhanallah. mmg insaf la tgk pengorbanan mereka dr dulu, dgn gaji yg org kata ckup2 makan je nk sara d whole family, nk bersenang lenang dgn ipad and other stuff mmg jauh sekali. tp xpernah dgr diorang merungut. ligat menguruskan itu ini. hurmm...kena check semula tahap pengorbanan dan takaful kita kepada islam di samping daya tahan dan himmah kita dlm membawa risalah ini. sbb tak kiralah brp umur kita, di mana kita dan apa pekerjaan kita....we shud have the same rhythm right? takkanlah satu jasad (organisasi), tapi jantung tachycardia (laju sgt degupan), anggota lain santai2 pulak. kena la bergerak sama laju!

pengajaran 2: bukan senang nk IKRAMisasikan jemaah kita. byk prosedur dan perkara2 yg perlu dibuat secara rasmi/berdaftar. tapi ni di peringkat atasan. maka, di lapisan paling bawah ie ahli usrah IKRAM dan naqibah IKRAM, kena sangat2 menjaga characteristik islamic+dakwah kita. jangan sia-siakan usaha generasi terdahulu. jangan lalai atau culas dalam kesaksian dan janji setia kita. jangan disibukkan pada nama, teknikaliti, financial etc...tapi berkurang pada ruh dan fikrahnya. kerana kita telah+sedang bersatu dan bergerak sebagai tentera aqidah dan fikrah...itulah dasar dan prinsip yang perlu dibina dan diterapkan dlm tarbiyyah kita. no less.

pengajaran 3: bahasa arab adalah bahasa dakwah yg universal. yg kna belajar Bahasa Arab dr anak2 usrah yg sdg ambil STAM, untuk dpt berinteraksi dgn tok syeikh2 arab yg datang ke pejabat IKRAM for meeting or jumpe President Akh Parid. what a good learning force =)

doakan semoga sy dpt mengutip sebanyak mungkin mutiara di pejabat IKRAM aka TTS, menyumbang sebanyak mungkin yg sy mampu dan diizinkan Allah, serta menjadi asbab utk terus thabat di msia hingga ke hujung nafas insyaAllah.

wassalam.

ya Allah, penuhkan hati-hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dgn keyakinan dan keindahan bertawakkal kpdMu,
hidup suburkan hati-hati ini dgn makrifatMu
matikan pemilik hati-hati ini sbg para saksi dlm perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Tuesday, August 31, 2010

lagenda si zuhud

Assalamualaikum dunia...

aku bakal kehilangan...seorang zuhud...yang merupakan teman, adik, usrahmate, mas'ulah dan pembakar semangatku utk terus tegar di jalan tarbiyyah ini sepanjang aku berada di uk. 

pulang ntuk kebaikan bukanlah sesuatu yg begitu menggembirakan hatinya...malah hatiku turut dilanda kesedihan dan kegusaran....lama aku memikirkan...mampukah aku tanpa kehadirannya di birmingham nanti. 

adikku ini suatu rahmat buat diriku yg baru mula mengubah haluan diri. memandangnya membuatkan ku ingat akan tuhan, belajar bersabar dan bersyukur. tidak banyak yang aku lakukan ntuk dirinya, lantaran rs inferiorku dgn akhlaknya. sehingga pd saat2 aku futur dgn ujian dunia, aku membiarkannya berdikari merawat teman2nya sendiri sambil membina diri. hanya sempat ku titipkan pesanan kpd kakak seperjuanganku; 

"kak...tlg tengokkan dia..dh lama sy tak manjakan dia.
[ie. dh lama tak share buku dgn dia, diskas dgn dia, bg perhatian kpd tarbiyyah dirinya]


dan kakak M begitu amanah menyantuni adikku ketika jaulah ke bumi ireland. mendengar rintihan hati adikku melalui feedback kakak M, cukup membuatkan aku terkapar demam. Itulah demam paling teruk yg pernah aku lalui di UK, kerana dihantui rasa bersalah yang amat kerana mengabaikan pembinaan adikku yg zuhud ini. 

alhamdulillah dgn keberkatan dr ilahi, segala susah payah travel and so on utk mengharungi detik2 tarbiyyah dan jln dakwah ini menatijahkan seorang adik kpd seorang teman, dan murabbi kepada jundullah. melihatkan rutinnya membuatkan ku terbayang kata2 syeikh al kailani mengenai sifat2 daie :

" Daie mempunyai sifat tajarrud yg sempurna dan melibatkan diri secara total ke dlm dakwah. Dengan demikian, daie itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kpd orang yg diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kpd mad'u. Dunia daie pula adalah luas tanpa had, tiada hawa nafsu. Yang ada dalam dunia daie hanyalah para mad'unya yg didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan kebesaran pangkatnya. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah yang menjadi mad'unya. apa yg dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kpd manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya di bawah ketentuan Allah."

Itulah sifatnya yg penuh dgn tawakkal, tapi giat dgn usaha sepenuh hati. 

Lalu siapakah makhluk Allah yg dpt ku jadikan qudwah dan pembakar semangatku di birmingham nnti sekembalinya dia ke tanahair? Berbagai restriction kurasakan menghimpitku. Dengan study dan kuarantin. Rasa mahu saja berputus asa kerana tiada teman pendamping. 


"Demi Allah, sekiranya di muka bumi ini hanya ada seorang sahaja lelaki yang beriman, maka dia tidak harus merasa rela dan redha kepada kekuasaan bathil. Walaupun dia mendapati dirinya keseorangan dan ketiadaan wasilah yang mencukupi, walaupun dia boleh menyembunyikan dirinya...tetapi sebenarnya dia hanya ada satu jalan sahaja iaitu menyeru seluruh manusia kpd cara hidup yg diredhai Allah, iaitu cara hidup islam. Dan daie wajib memulakan dgn mendidik individu bersungguh2 dan merancang utk mengubah keadaan..."


Ya, aku tidak patut merendahkan himmah...kerana aku bukanlah completely alone. tambahan lagi dgn kelahiran mutarabbinya yang bakal menyambut batton dakwah ini dgn izin Allah.  

"akak jgn patah smgt k. Kak Z ada tinggalkan 2 adik yg sedia tlg akak utk islam."


subhanallah. begitulah sms yg dihantar oleh mutarabbinya, yg juga adik dan temanku. walaupun kesedihanku tidak akan menghalang pemergian si zuhud, namun kegusaranku berkurang melihat sinar cahaya yg kemilau insyaAllah. 

Buat mutarabbi si zuhud dan semua adik2 yang masih dan akan meneruskan perjuangan di UK, ku persembahkan sebuah kisah buat tangisan kita bersama. huhuu.

"Malik bin Yukhmair adalah salah seorang murid Muadz bin Jabal r.a. yg paling setia. Dia mewarisi hampir semua kelebihan gurunya itu. Ketika Muadz hendak meninggal dunia, Malik menangis. Muadz bertanya: Kenapa kamu menangis? 
Dia menjawab: Demi Allah, aku menangis sama sekali bukan kerana kepentingan dunia yang telah aku peroleh dr jasamu, tetapi demi ilmu dan iman yang telah kau ajarkan kepadaku."  
Dengan nafas yang sudah putus-putus, Muadz masih mampu menjawab:
"Jangan khuwatir. Ilmu dan iman akan tetap berada di tempatnya. Siapa yg mencarinya, pasti akan mendapatkannya."

Semoga segala kebaikannya kita amalkan dan kita tambahkan lagi kefahaman diri ntuk terus menerangi dan memayungi tentera-tentera Allah generasi seterusnya. 

semoga adikku yg zuhud terus kuat dan thabat hingga bertemu syahid dan kepuasan syurgaNya. doakan kita tetap bersama di pengakhiran yg baik nan kekal abadi.