Monday, September 17, 2012

Penerusan

Assalamualaikum warahmatullah.

Subhanaka La 'Ilma Lana Illa Ma 'Allamtana Innaka Antal 'Alimul Hakim.

Maha Suci Engkau ya Allah, tiada ilmu pengetahuan bagi kami, melainkan apa yg Engkau ajarkan kami. Sesungguhnya Engkaulah ya Allah yg Maha Mengetahui yg Maha Bijaksana.

Setelah menunggu sekian lama dan merisaukan hati seorang ibu, alhamdulillah akhirnya saya dipanggil dan diterima juga bekerja dalam bidang yang dipelajari.

Semasa lapor diri di hospital berkenaan, saya agak terkejut apabila diterangkan yang houseman/provisional year saya tidak automatik tamat selepas setahun. Selain dari faktor lulus ujian forensic & submit a complete set of log books, saya juga perlu menunggu posting seterusnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selagi tiada arahan utk posting seterusnya, saya masih perlu bekerja di hospital yg sama sebagai floating houseman. Ini  penting supaya tiada gap dalam rekod saya yang bermaksud perkhidmatan berterusan.

Aik, gitu pulak. ingatkan boleh pilih, nk kerja or nk rehat kjap ke. huhu.

terlintas di fikiran, sama mcm jalan dakwah. sentiasa perlukan kesinambungan/penerusan/istimrariyah.

tapi di jalan dakwah ni, maksud penerusan/kesinambungan is quite different.

istimrar bermaksud terjamin sentiasa ada orang yang memikul beban dakwah, berusaha mewujudkan ahdaf dakwah (plan-plan dakwah seterusnya), mewariskan dakwah kepada orang lain, kualiti dan kuantiti bertambah.

pewarisan dakwah dan tarbiyyah pula bermaksud ......[nnti ku edit.mls pulak tulis gaya skema nih]