ya Allah janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri (kerana Engkaulah yg paling baik dlm menguruskan dan menentukan takdir hambaMu).
Alhamdulillah....
![]() |
| offer letter yg lebih best dr offer letter gi oversea =P |
Alhamdulillah....
moga ini susunan Allah yg terbaik buat masa ini sementelah kerajaan tak berduit ntuk offer posting di hospital, kemudiannya pengalaman bekerja 6hari seminggu di kedai farmasi yg bukak sampai 10:30 malam, susah nk ada masa utk DnT dan family.
baru memulakan kerja baru di TTS, tapi rasa nk share apa yg terkesan di jiwa......
pengajaran 1: diberi mandat utk menguruskan gaji dan elaun president IKRAM, para murabbi fulltimer dan juga semua fulltimer lain. subhanallah. mmg insaf la tgk pengorbanan mereka dr dulu, dgn gaji yg org kata ckup2 makan je nk sara d whole family, nk bersenang lenang dgn ipad and other stuff mmg jauh sekali. tp xpernah dgr diorang merungut. ligat menguruskan itu ini. hurmm...kena check semula tahap pengorbanan dan takaful kita kepada islam di samping daya tahan dan himmah kita dlm membawa risalah ini. sbb tak kiralah brp umur kita, di mana kita dan apa pekerjaan kita....we shud have the same rhythm right? takkanlah satu jasad (organisasi), tapi jantung tachycardia (laju sgt degupan), anggota lain santai2 pulak. kena la bergerak sama laju!
pengajaran 2: bukan senang nk IKRAMisasikan jemaah kita. byk prosedur dan perkara2 yg perlu dibuat secara rasmi/berdaftar. tapi ni di peringkat atasan. maka, di lapisan paling bawah ie ahli usrah IKRAM dan naqibah IKRAM, kena sangat2 menjaga characteristik islamic+dakwah kita. jangan sia-siakan usaha generasi terdahulu. jangan lalai atau culas dalam kesaksian dan janji setia kita. jangan disibukkan pada nama, teknikaliti, financial etc...tapi berkurang pada ruh dan fikrahnya. kerana kita telah+sedang bersatu dan bergerak sebagai tentera aqidah dan fikrah...itulah dasar dan prinsip yang perlu dibina dan diterapkan dlm tarbiyyah kita. no less.
pengajaran 3: bahasa arab adalah bahasa dakwah yg universal. yg kna belajar Bahasa Arab dr anak2 usrah yg sdg ambil STAM, untuk dpt berinteraksi dgn tok syeikh2 arab yg datang ke pejabat IKRAM for meeting or jumpe President Akh Parid. what a good learning force =)

doakan semoga sy dpt mengutip sebanyak mungkin mutiara di pejabat IKRAM aka TTS, menyumbang sebanyak mungkin yg sy mampu dan diizinkan Allah, serta menjadi asbab utk terus thabat di msia hingga ke hujung nafas insyaAllah.
wassalam.
ya Allah, penuhkan hati-hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dgn keyakinan dan keindahan bertawakkal kpdMu,
hidup suburkan hati-hati ini dgn makrifatMu
matikan pemilik hati-hati ini sbg para saksi dlm perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
ya Allah perkenankanlah permintaan ini.