Monday, October 25, 2010

have faith in Allah


Dengan menyebut asma' Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alif Lam Mim.
Allah tidak ada Ilah melainkan Dia yg hidup kekal lagi sentiasa berdiri sendiri.

Dan tunduklah semua muka kepada Tuhan yg hidup kekal,
 lagi sentiasa mengurus (makhlukNya).
Dan sesungguhnya telah merugilah orang yg melakukan kezaliman.

Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal soleh dan dia dalam keadaan beriman,
maka dia tidak khuathir akan perlakuan yg tidak adil (terhadapnya)
dan tidak pula akan pengurangan (haknya).

(Surah keluarga Imran: 1-2 dan Surah Thoha: 111-112)


self captured while driving alone pergi usrah. 


Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Ilah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal,
Dia adalah Tuhan yg memiliki arasy yang agung. 

[7x]

[Surah at Taubah: 129]


Friday, October 22, 2010

kerana dunia ini bulat

ada cerita ttg masa silam...

kisah dua akhawat yg memendam rasa...

sorang ke hulu...sorang ke hilir.....

dan aku berada di tgh2. kenapa? aku ni mmg baik sgt or suka sgt ke mendamaikan orang?

taklah.

sbb aku pon ada dua2 sifat dlm kedua2 akhawat tu.

sorang agak laju dan semangat. sampaikan kwn2 dia rs dia syadid sgt dan mcm meremehkan kelemahan org lain.sorang lagi masih bertatih2 nk berubah, ambil masa dan selesa dgn style sendiri dlm berdakwah pd kwn2.

aku...laju dlm certain expect, masih bertatih dlm certain expect. (bab2 lelaki n pakaian terutamanya)
so aku faham la dua2 pihak punya perasaan dan konflik diri.

yg menakutkan aku adalah sorang rs unsupported, walaupun nmpk je dia macho n bleh berlari laju.
sorang lagi pulak rs uncomfortable to work together dgn si dia.

aku cuba menjadi pendamai, dan penghibur hati...namun aku rasa aku lebih menjadi penghibur hati kerana aku tak tahu mcm mana nk eratkan hubungan mereka.

lagipun aku rasa takdelah penting sangat hubungan yg rapat tu. as long as kitorang happy menaikkn mutabaah amal sendiri dan buat kerja dakwah masing2. mane yg tak sama pendapat tu, diam n buat donno je lah. malas nk cari titik tengah, or nk fahamkn prinsip asal. redah n survive je lah mcm nyawa2 ikan.

sampailah setelah bbrp tahun selepas itu....

seorang akhawat ni futur sbb rs unsupported n too tired.

dan akhawat yg memendam rasa itu...sangat menyesal kerana tidak mengambil peluang2 yg ada ntuk menyelami perasaan akhawat lain, utk membantu bukan menyalahkan atau membiarkan, utk open up compare to memendam sbb at last dua2 pon tak faham each other dan xdpt nk saling menguatkan.

disitulah aku mengenal erti tafahumm. salah satu rukun usrah kita.

memahami sehingga dpt menasihati dan support each other dlm jln tarbiyyah dan permasalahan dakwah.

memahami dan menerima perbezaan dan kekuatan setiap orang tanpa rasa jengkel atau tidak puas hati, menutupi kekurangan dan kesalahan diri bukan menuding pd kesilapan orang lain juga.

ahh mudah sungguh bagi yg memerhati.

tak...Allah tak takdirkan aku sbg pemerhati saja2. aku perlu menjadi pemberi peringatan. aku perlu menjadi agen perubah.

aku masih tak henti2 berdoa semoga setiap akhawat yg mendapat sentuhan tarbiyyah ini sentiasa thabat dan sabar dgn mehnah2 dunia mahupun kerenggangan ukhuwwah.

dan aku terpaksa ajarkan pd adik2...jgn rs terpaksa berukhuwwah. sebaliknya bukak hati luas2 ntuk belajar menerima dan mencintai. utk selalu ada utk si dia. ukhuwwah itu bukan meminta, tp memberi. itu yg diajar dlm hadith2 nabi. xde hadith pon yg ckp kita perlu meminta org lain itu,ini dan ini. tp kitalah yg perlu itu,ini dan ini.

ukhuwwah juga bukanlah melarikan diri. kerana dunia ini bulat dan berputar, kita takkn selamanya berdiri di satu tempat. perlu terus berinteraksi dlm suasana tafahum dan takaful.

allah... aku rindukan NNA. teman usrah yg aku belajar dan praktikkn konsep ni. walaupon hasilnya hanya nmpk setelah hujung tahun ke 4 dan bila dah berjauhan di msia-uk. kami bermula dgn kaku, tak kenal, tak tahu nk masuk dan tak tahu nk tolong each other though dgr je dr orang lain masalah masing2. but alhmdulillah Allah tautkan ikatan kemesraan ini selagi dlm kesedaran iman dan tanggungjawab shahadah.

sbb itu adalah asas yg paling kukuh. yg takkn tergugat dgn aturan2 dunia yg sering berubah di bawah kekuasaan Allah.

wallahu'alam.

byk pulak menaip mlm ni. moga bermanfaat.

ya muqalibal qulub, thabbit qulubuna ala diinik.

kuatkah sang gunung?

Assalamualaikum warahmatullah.

Aseef jiddan kerana sekian lama menyepi...mmg menulis ini bukan sesuatu yg aku reti mahupun minati. Namun dakwah ini menuntut aku mentarbiyyah diriku menjadi serba boleh dan capable dlm pelbagai sudut. Lalu aku mencuba, belajar dan terus mencuba. Doakan dan gerakkan aku selalu ya.

Pagi tadi aku aku menerima sms berupa sepotong ayat dari surah al fathu.

"Dia (Allahlah) yg telah menurunkan ketenangan ke dlm hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yg telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [ayat 4]

benar...ketenangan itu hanya Allah yg mampu hadirkan. 3minggu pertama bergelar final year student dan kakak di birm, dgn pelbagai tugasan, agenda dan juga peristiwa yg beraneka ragam. aku runsing dan hampir lelah memikirkan...mampukah aku ya Allah...baru sebulan. bagaimana dapat aku tempuh setahun lagi di sini.mampukah aku dengan baki bbrp bulan  ntuk menyediakan diriku utk menjadi daie rabbani di msia yg sungguh mencabar, utk menjadi muslim pharmacist, utk membina angkatan mujahid yg akan meneruskan langkah kaki di msia mahupun di birm ini. ya Allah rs diri tak layak dan tak cukup bersedia.

teringat titipan ucapan hari lahir dr seorang yg aku kagumi.

"semoga afifah kuat, kukuh dan tenang." 

subhanallah. susahnya. ingin saja aku berlari sambil menjerit....itu bukan aku....aku takkan jadi kuat, kukuh dan tenang bila semuanya berlaku dlm satu masa. sehingga membuatkan aku tercungap2. melemparkan senyuman sambil menahan air mata. memberi sambil melawan kelesuan badan dan minda. bertekun sambil meyakinkan diri tiada guna utk berputus asa walaupun sempurna itu seperti masih jauh utk kugapai.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. segala puji bagi Allah yg Maha Pemberi. Dia yg mendatangkan ujian dan cabaran, tapi Dia jugalah yg memberikan jalan keluar dan method penyelesaian.

Aku hanya manusia kecil yg takkan menjadi sekukuh dan sekuat gunung. namun bukankah gunung sendiri akan terpecah sekiranya menerima amanah Quran ini dari Al Khaliq. Apa lebihnya kita dari gunung sehingga Allah mencaturkan kita sebagai penerima amanah dan pembawa risalah ini?

tentunya kerana manusia itu mempunyai hati. bekas utk diisi kalimah Allah. apabila dalam hati ada cahaya Allah, maka dari cahaya iman, lahirlah kekuatan. semakin menyala iman, semakin besarlah kekuatan. melebihi kekuatan fizikal dan logic akal. menimbulkan kemahuan dan kesungguhan yg tak kenal lelah.

dan kerana manusia mempunyai hati, maka dr hati itulah bercambahnya kasih sayang dan persaudaraan. ukhuwwah fillah dan kerjasama yg erat. saling melengkapi juga saling menasihati. menjadikan kita lebih kukuh dari sang gunung. walaupun kita secara individualnya sangat takut akan kemampuan diri, sangat takut atas kelalaian dan kekurangan kita. tapi bila kita bersatu, kita akan menjadi lebih teguh insyaAllah.

"kalau sekiranya Kami menurukan al quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kpd Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat utk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yg tiada tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yg ghaib dan yang nyata. Dialah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" [al hasyr:21]

alhamudulillah. aku bersyukur aku bukanlah gunung yg kaku dan cepat terpecah. akulah manusia yg diciptakan hati dan perlu bergerak dan menggerakkan, berbekalkan kekuatan iman dan ukhuwwah.
“Manhaj ini hanya dapat direalisasikan sekiranya manhaj tersebut didokongi oleh satu kumpulan manusia yang benar benar beriman dengannya, beristiqamah sedaya mungkin dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manhaj tersebut di dalam hati dan kehidupan orang lain.” Tidak dapat tidak, “Kita mestilah berusaha ke arah kebangkitan Islam sekalipun jarak amat jauh antara usaha kebangkitan Islam dengan masa mencapai tampuk kepimpinan dan kemenangan Islam. Usaha ke arah kebangkitan Islam merupakan langkah pertama. Perjalanan tidak akan bermula tanpa langkah pertama ini.”
 Dan aku sedar, aku masih terkial2 menjaga imanku, menyalakan iman orang lain, juga masih belajar memahami adik2 dan suara hati mereka. Adakalanya ada yg tersalah catur, terguris rasa, terlebih garam. aku mintak maaf. kerana aku jua masih belajar...dlm madrasah tarbiyyah ini. benarkan aku utk terus memperbaiki diriku, seperti mana aku berharap dikau turut belajar...utk kuat dan kukuh di jalan yg paling selamat ini.

" Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam keselamatan (islam) ini secara keseluruhan. dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu." [2:208]

Kadang2 aku rasakan hobi2 jahiliyyah yg masih ada dlm hatiku, perasaan2 tak enak atau kecintaan dan keegoan yg tak bertempat yg menyebabkan aku menjadi lemah. despite best dan tenangnya jalan ini. aku pohon pd Allah memberikan kekuatan dalaman kpdku, seperti mana aku meminta kekuatan kesatuan dan  ukhuwwah.

kak mag selalu ckp padaku. islam ni utk orang yg tamak. nk apa, mintak lah pada Allah. mintak banyak2 kali pd Dia. doaku semoga hatiku dan hati2 kita sentiasa bersih, kuat dan kukuh, bersatu dan saling menyinta krnNya. kerana amanah yg kita pikul ini memang dijanjikan berat.

"inna sanulqi alaika qaulan tsaqila" [al muzammil:5]

tapi dgn izin Allah, usaha dan doa kita...insyaAllah kita akan lebih kukuh dr gunung dlm menggalas amanah Allah.

Apabila Hasan Al Banna melaungkan:
Aku adalah pengembara yg mencari kebenaran. Aku adalah manusia yg mencari makna sebenar kemanusiaan. Aku adalah warganegara yg mengimpikan sebuah watan yg dihormati, merdeka, tenteram dan harmoni dibawah naungan islam yg murni.
Aku hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya utk Allah tuhan sekelian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpdku dan aku salah seorang yg menyerahkan diri.
Inilah aku, anda siapa?
ingin ku balas...akulah manusia kecil penuh kekurangan yg terkesan dgn dakwahmu dan dakwah Rasulullah s.a.w.......dan segala dayaku, kepenatanku, poketku, sayangku dan munajatku hanya utk mengabdikan diriku pd Allah dan utk manfaat makhluk sekelian alam.

p/s: tangan tak sampai nk peluk gunung, sebab tu Allah suruh peluk akhawat.

virtual hugs from me. wassalam.