Dari hal "USRAH" Hassan al Banna
Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak utk membentuk ikatan-ikatan perpaduan utk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan "usrah" atau "keluarga". Dengan terbentuknya apa yg dinamakan "usrah" atau "keluarga" spt itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yg tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yg ada pd mereka, bahkan akan dapatlah ditpertinggikan mutu "ukhuwwah" atau "persaudaraan" di antara sesama mereka sendiri, iaitu dgn jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dari peringkat perbualan dan pandangan teori kpd peringkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia utk menjadi batu-bata yg sihat lagi berguna kpd bangunan keluarga bentukan yg mulia ini, iaitu "usrah islamiyah" atau "keluarga islam".
Banyak juga di antara saudara-saudara "Ikhwan" kita bertanya: "Apakah yg hendak dibuat dlm pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah "usrah" menurut susunan dan peraturan ini?"
Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dgn perkara-perkara yg berikut:
Perkara (1) : Membentangkan Kesulitan:
Tiap-tiap seorang 'ikhwan' hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara-saudara yg lain turut mengambil berat utk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu, dan ini hendaklah dilakukan dalam suasana 'ukhuwwah' yg sejati dan dengan niat yg sebenar-benar ikhlas kerana Allah. Dengan demikian, dapatlah diperkuatkan lagi asas 'saling mempercayai' seperti mana juga dapat diperkukuhkan tali hubungan 'ukhuwwah'.
Perkara (2) : Bermuzakarah:
Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam, hendaklah menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yg diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Dalam satu-satu pertemuan usrah, janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengkin herdik kerana semuanya adalah dikira haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yg sempurna dan dengan cara saling menghargai fikiran yg datang dari semua pihak yg mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cadangan yg sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kpd "ketua usrah". Jangan dibuat keputusan mengenai sesuatu perkara dgn cara terburu-buru.
Perkara (3): Kajian Buku
Hendaklah saudara-saudara mengadakan suatu kajian yg berfaedah mengenai sesebuah kitab yg bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan ikhwan beralih pula utk menjayakan erti 'ukhuwwah'.
Perkara (4): Rencana Tambahan
utk mengukuhkan ikatan persaudaraan di anatara saudara-saudara 'ikhwan muslimin', maka mereka sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yg berikut:
1) mengadakan perkelahan yg bercorak kebudayaan utk melawat ke tempat-tempat yg bersejarah, gudang perusahaan dsbg.
2) mengadakan perkelahan-perkelahan riadah pd tiap-tiap bulan.
3) mengadakan perkelahan-perkelahan berdayung sampan
4) mengadakan perkelahan-perkelahan ke bukit-bukit, padang pasir, dan ke ladang-ladang.
5) mengadakan bermacam-macam perkelahan dgn menggunakan basikal.
6) berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
7) sembahyang subuh berjemaah di masjid
8) berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai-ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.
Wahai ANGKATAN BARU!
Siapkanlah dirimu utk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi. Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi seruling, yg bersenandung meratapi tepian yg sudah runtuh, mengenangkan masa silam yg telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yg engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.
Dada bumi cukup luas utk menerima kehadiranmu. Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.
Hadapilah tugas mahaberat ini dgn jiwa yg besar, dengan daya juang api semangat yg nyalanya kuat.
Pupuklah ruhul jihad, semangat revolusioner, radikal dan progresif dlm jiwamu, dan bertindaklah sbg rijal dgn perhitungan yg nyata dan pertimbangan yg matang. Perkayalah dirimu dgn meneladan kpd masa silam, di mana ada yg rebah dan ada yg bangun, ada yg jatuh dan terus berdiri lagi. Kamu tidak boleh menjadi 'plagiator' dari angkatan lama, dan tidak boleh pula menepuk dada serta menidakkan segala harga dan nilai, jasa dan karya angkatan lama. Mereka kaya dgn pengalaman, engkau kaya dgn cita-cita. Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!
Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan yg belum selesai, meneruskan pekerjaan besar, dan berterusan, dan keturunan yg satu kpd keturunan yg lain, angkatan kemudian angkatan. Kafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan, menghempas yg satu, menyusul yg lain, memecah yg pertama datang yg kedua. Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran.
(petikan dari Himpunan Risalah Hasan AlBana-Usrah)
Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi, dihapuskan dan dikuburkan.
Jika sekiranya kamu berharap kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya, menyerahkannya tempatnya kita…
Atau jika kamu harap akan dapat berbincang dengannya mengunakan bahasa diplomasi…
Ianya tak mungkin berlaku sekali-kali. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Dalam undang-undang Dakwah, yang ada hanya perkataan ‘mengubah-taghyir’ sahaja.
Jika sekiranya kamu berharap kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya, menyerahkannya tempatnya kita…
Atau jika kamu harap akan dapat berbincang dengannya mengunakan bahasa diplomasi…
Ianya tak mungkin berlaku sekali-kali. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Dalam undang-undang Dakwah, yang ada hanya perkataan ‘mengubah-taghyir’ sahaja.
Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya
Oleh itulah, Islam hari ini sangat-sangat perlu kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘taghyiriyyah-mengubah’ ini, memahami betul-betul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia dan tahu betul-betul dimana mereka dalam angkatan dakwah yang sedang berjalan ini. Mereka yang mengerti bahawa mereka adalah satu mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka sama-sama mengumandangkan nasyid:
Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.
Betul….mereka telah berusaha penat untuk menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mentarbiyyah kita, mendidik kita dan menarik kita keluar dari bahaya kebinasaan. Oleh itu, sepatutnya kita setia dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita seperti mana yang mereka lakukan.
Mereka telah menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya, kita pula perlu menanam supaya generasi yang datang dapat memakan buahnya.
Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan memperkatakan kebenaran secara terus terang.
(petikan dari Muntalaq)
wallahu'alam.
dari daie kecil yg sudah mula mengeluarkan buah, tapi ada juga tunas dan daun2 koyak yg masih memerlukan baja a.k.a. masih belum perfect tp perlu pass the batton dh~~~