Showing posts with label potensi logam. Show all posts
Showing posts with label potensi logam. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

kita bukan malaikat

Assalamualaikum warahmatullah.

nk siapkan kerja tapi mengantuklah pulak.otak jam sket. take 5 curhat kat blog insyaAllah.

dah 5 tahun lebih berada ni negara sejuk ni, alhamdulillah saya jarang demam teruk. tapi baru-baru ni demam about seminggu. lambat je rasa nk kebah. sbb jiwa yg tgh 'high temperature'....kalau dulu kisah SZ yg tak ditunaikan haknya, this time penangan ziarah mad'u yg jarak sejam je dr birm tapi atas kekangan final year commitment, xdpt langsung sy tunaikan hak mereka sedangkan mereka menanti-nanti penerusan tarbiyyah buat mereka. Badan sy pulak dah biasa dilatih utk bekerja, bila 'direhatkn' je automatik demam. geram jugak la. tapi begitulah cinta sy pd tggjwb ni. rs cinta yg bila perlu dipendam dan dikorbankan sedikit, badan dan hati jadi tak tenteram dan meronta2. so kena buat kerja rajin2 dan lunaskan cinta pada mad'u bila dibenarkan keluar dari kuarantin oleh mas'ulah dan naqibah.

disebabkan demam jugak, sy mengalami mimpi buruk setiap kali melelapkan mata. tak ingat apa yg dimimpikan, tapi mmg resah je bila bangun. ke sbb sy stress dgn demam yg membuatkn jadual kerja sy tertunda. subhanallah. moga Allah mempermudahkn urusan seterusnya dan memberi ampunan yg banyak atas hambaNya yg sakit ni.

alhamdulillah dgn izin Allah demam dah beransur pergi, cuma tiba-tiba hari ini saya mengalami satu mimpi. dan saya dapat ingat mimpi tersebut dgn jelas. ada hadith kata tak baik ceritakan mimpi buruk, tapi saya tak rasa nk klasifikasikan mimpi ni sbg mimpi buruk. dlm mimpi tu saya tertidur dan bila sedar je, saya sedang terbaring di kawasan perkuburan. Waktu tu rasa sangatlah seram sebab sorang2 dan malam2 gelap pulak tu, nampak batu nisan je yg putih bersinar-sinar. pastu teringat yg antara wasilah tarbiyyah adalah menziarahi kubur dua bulan sekali. Dlm mimpi tu barulah saya feel dan agree yg kita mmg kena pergi betul2 lawat kubur dan rasa takutnya mati sendiri2 disoal malaikat munkar nakir. Tak cukup dgn tengok movie atau dgr tazkirah je. Kena ada pengalaman yg live. Bila terjaga, saya bersyukur sangat saya masih diberi lagi kesempatan ntuk bertaubat, beristighfar dan memperbaiki amalan fardhi dan melakukan islah. Perasaan takut berada di ATAS kubur, harapnya dapatlah meningkatkan taqwa 'caution' saya terhadap Allah di setiap masa, mengelakkan saya buat dosa2 kecil secara berterusan, sebelum saya betul-betul ditempatkan di DALAM kubur.

"Faith is the best when you realize that Allah always accompanies you wherever you are." (Hadith Rasulullah s.a.w on accounts of Ath Thobari)

Selain demam direhatkan, saya risau jugak lah kalau-kalau ditimpa penyakit futur.

 "Paling minimum futur yang menjangkiti pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami." [halaqah muntijah blog]

selalunya untuk mengelakkan saya rasa dorman, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan dakwah yg dilakukan oleh orang lain, di tempat sendiri atau di serata dunia. sbb tu la pentingnya sharing, bukak mulut or menulis mengenai getar rasa seorang daie berhadapan dgn mad'u yg dicintai krnNya. bukan sekadar bercerita utk menyelesaikan masalah, rupanya menaikkan iman dan himmah akhawat lain yg mendengar insyaAllah.

tapi this year mmg surrender habis la untuk tlg2 dlm planning. semoga adik2 yg ada saling compliment each other dan saling mengukuhkan planning2 dakwah yg pernah dibuat dulu2 serta byk beristighfar dan bertawakkal kpd Allah. the power of "asking each other if they need any help", is the strongest ubat "ukhuwwah" yg mujarab, even what you can help is very small or minimal. its the thought and the response that counts. hehe.

wallahu'alam.

Doakan saya tak futur atau letih dgn dunia ni. Sesungguhnya makhluk yg tidak pernah futur adalah Malaikat spt dlm firmanNya:

"Dan kepunyaanNya lah segala yg dilangit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang disisiNya, mereka tiada merasa angkuh untuk menyembahNya dan tidak pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-henti." [Surah Al Anbiya': 19-20]

Walaupun kita memiliki pelbagai kelemahan dan kekangan, tidak sempurna ubudiah kita seperti malaikat, namun kita perlu yakin yang kita boleh menjadi lebih tinggi kedudukan disisi Allah daripada malaikat kerana Allah telah mengurniakan manusia akal utk berfikir, jiwa yg penuh hubb (kasih) dan tenaga utk bermujahadah membina capasiti besar yg terpendam dalam diri seorang daie.

My curhat ends here. berbaktilah kerana cinta 'pd Allah dan krn Allah', get a real hands on experience, ingat Allah banyak2, selalu2 sharing, do strenghten the bond within by listening n helping each other in dakwah, latihlah stamina jgn cepat penat, especially in planning and working at the same time. Moga Allah menolong kita semua dlm meraih redhaNya.




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan bahawa 'kami telah beriman, sedang mereka belum diuji lagi (keimanan mereka)." 
[Surah Al Ankabut; ayat 2. Mabit Musim Bunga 2011]

Saturday, January 29, 2011

Belakang parang DUA

Assalamualaikum warahmatullah.

Astagfirullah astagfirullah walhamdulillah. It’s been a long week for me to put up my faith, my hope, my amal,my knowledge, my emotion and my health into God-accepting way while keeping up with this dunya pace.

"Ya ayyuhallazina amanusta’inu bissobri wassolah. Innaallaha ma’al sobirin."

ayat153 dr surah al baqarah ni yg sy ulang2 di saat2 kritikal ni.

Eager to write, answering cik zahraa’s comment actually but I’ll reply it using my pharmacy life story. This week I was assigned to do hospital placement/shadowing in Birmingham’s Children Hospital.  One of the department that I should be visiting was Aseptic and Parenteral Nutrition Department. Bahasa mudahnye department yg uruskan bancuh2 ubat dan bekalan drip ntuk pesakit2 yg perlu ubat dlm formula yg pelik2, atau pesakit yg xboleh nk telan atau digest mknn so kna amek drip. However, this particular hospital does not make their own medicines anymore due to staff shortage and sterility procedure. tak dapat la sy nk tgk pape. The PN department order it from private manufacturer that would send the medicines and the drip to the hospital the next day. Therefore the pharmacists in this department and in the whole hospital are deskilled from doing aseptic preparation but more expert in making order/invoice paperwork.

DESKILL…it’s the word use for sth that u already learn in uni, u know how to do it, but someone else do it for you. Then without regular practice, in the long run your skill will fade away.

Bukan sahaja dlm bidang membancuh2 ubatan, malah memegang stereng kereta, hatta bercakap atau menulis in English pun boleh jadi kekok dan terkial-kial jika terlalu lama tidak menggunakan skills tersebut. [xpercaya, cuba la dok msia 3 bulan goyang kaki]

In relation to soalan cik zahraa pula, I was going to say that if we try to build up our skills and character to become a murabbi, but give up halfway to focus on other things in this dakwah path, we might end up losing the skills at all by the time we reach 30 or 40. At that time, if half of the murabbiah from this madrasah tarbiyyah are too busy with kids/family commitment, career etc, minor proportion might futur due to dunya pressure or die, then what’s left is just another minor proportion of murabbiyyah. The group/Jemaah will still be full with talented and creative people, who can’t be murabbi because at young age, he/she has given up from developing such skills, and when Jemaah and the younger generation are looking for more murabbi to help them bertatih dan berlari, he/she can’t quickly adapt to that roles, not used to it. Kesian pada generasi seterusnya, tercari2 orang nk hidupkn ruh usrah dan menjadi murabbi mereka, membina mereka dgn taujih2 tarbawi seperti mana kita sekarang memerlukan sentuhan itu ntuk berdiri teguh.

Selalu kita tengok peratusan kenaikan MC,MD and ME melalui jln DF dan tarbiyyah. Dari seorang, kepada 3, kemudian menjadi 9 hinggalah ratus ribu. Tapi cuba kita tgk peratus penurunan pulak jika kita antara org yg mengambil masa murabbi kita memikirkan permasalahan dan pembinaan character imaniyyah kita, sebaliknya kita hanya mahu duduk di takuk mutarabbi dan daie secara indirect.

“Inna al akhu ssidqin la budayya an yakuna murabbian”
“sesungguhnya akh yg benar tidak boleh tidak adalah seorang murabbi.”

Ok pharmacy setting semula. For my final year project, I’ll be doing hospital audit insyaAllah. Its kind of quality inspection of pharmacists’ job in hospital wards. By logic, pharmacists band 6 and above are expected to produce better quality compared to the pre-registered and junior pharmacists who are prone to make more mistakes. Band 6 tu mcm pangkat/tangga gaji dlm hospital la, kalau kat msia panggil P48, P52 etc. The question now is should the intensive care unit (ICU) be catered by band 6 pharmacists only?  On the other hand, there are some band 5 pharmacists, though younger but might be more expert and have high level of competency because of daily work in ICU compared to senior pharmacist that only doing a job in one specialist department and never take a shift in ICU for years. (kalau kerja kat ICU, mcm2 kes la kena handle, smua aspect tahu, smua healthcare team dia kena bekerjasama hence lebih meluas cara pandang dan cara kerja. Healthcare team tu termasuk la doctor, nurse, technician, dietitian, physiotherapist, pakar jantung etc)

Kesimpulannya, practice+experience makes perfect and improve quality, bukan masa tua tetiba jadi hebat. Obviously as an individual, we should amplify and use our  personal strengths for the betterment of this ummah. Nonetheless tanggungjawab menjadi murabbi itu masih terletak atas bahu kita yg perlu kita develop our own style and capacity bit by bit. Lets sharpen our skills dan bersabar utk Rabbku dan Rabb kamu.

La haula wa la quwwata illa billah.

Subhanaka la ‘ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antal 'alimun 'azim.

Banyakkan bersyukur, banyyakkan berdoa dan banyakkan mad’u jugak sbb ade yg belum nk terima skrg, tp sbnrnye skrg ni ade je ramai lagi orang lain yg nk dan tercari2 cahaya dan asuhan Al Quran. Kalau di satu tempat tu, normal je seorang naqibah yg masih student bawak satu usrah dlm lingkungan jarak 2-3 jam) plus another usrah online di kawasan yg kena naek flight baru sampai. Kita? Dah puas cuba ntuk boleh give up? Xmo lah eh?

“kita adalah angkatan musafir dalam hidup ini, menjadi penghubung barisan yg mendatang dgn mereka yg telah lalu. Mereka yg terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita, wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan” [syair dlm Pelukan Cendiakawan]

[sy suka jd murabbi kpd diri sendiri, aka sambil insafi dan baiki diri, sambil ajak org lain fikir dan sama2 beramal]


yg penuh kekurangan,
~ace~
Menunaikah syahadah. Passing on the message.

Wednesday, January 12, 2011

belakang parang

Assalamualaikum warahmatullah.

alhamdulillah alhamdulillah baru usai satu exam besar. masih banyak tanggungjawab academic, hal2 tarbiyyah dan pengurusan diri yg perlu diselesaikan. Begitu juga tuntutan ziarah atas nama ukhuwwah tanpa sempadan yg harus ditunaikan.

buat pit stop kat bilik housemate, sambil menyelak buku ISK keluaran Pustaka Buku Putih. subhanallah buku yg cukup concise dan padat, disertakan dgn rujukan asal dan soalan kefahaman juga. Moga Allah mengganjari sebanyak2nya kepada team yg berusaha mendokumentasikan sejarah perkembangan dunia islam untuk kita meneladani formula kebangkitannya.

dulu 'hidup' ku bermula dgn ISK, continuous usrah dan follow up. robot bernyawa yg diberi 'kehidupan' dan cahaya, kemudiannya mula cuba ntuk bergerak melebarkan cahaya islam ke sekeliling setelah memahami tujuan hidupnya.

tak banyak yg aku tahu. tak banyak yg aku mampu buat tika itu. melihat rakan2 sebaya di birmingham atau di kawasan2 lain yg cepat betul bergerak dan menyumbangkan itu ini, buat aku rasa sedih dgn diri sendiri.

saat itu, aku begitu membenci ISK dan hadis logam. kerana aku rasa aku tak mampu menjadi gerombolan qaedah sulbah. aku takkan pernah jadi logam terpilih lagi hebat, baik ketika jahiliyyah mahupun sesudah menghayati islam.  [note: benci tak semestinya tak cuba buat pape]

dalam batchku, adalah dua tiga orang yg menghadapi situasi yg lebih kurang sama sepertiku. kami tidak pandai present, tidak suka merancang, tidak tahu nk uruskan kerja2 teknikal, tidak reti menulis hatta buat laporan progam sekalipun. masak lagilah tak pandai. masih terngiang2 lagi soalan yg diajukan kepada seorang kakak mewakili luahan hati kami.

"Sahabat2 rasulullah s.a.w. dulu dah mmg hebat sejak sebelum islam. hampir semua sahabat terdiri dari orang yg berkarisma, baik akhlak, berani, pandai berhujah, cekap berniaga etc. Tentu2lah mereka menjadi hebat juga selepas beriman dgn risalah. Sedangkan kami, mmg orang biasa sahaja. Tak bolehkah selepas mengenali islam, kami maintain menjadi orang biasa2. Kami akan berikan moral support kepada logam2 hebat utk berhujah dan berdakwah. Tak perlulah latih kami ntuk jadi sesuatu yg mmg takde dlm diri kami."

itulah soalan di penghujung tahun kedua dlm universiti tarbiyyah setelah cubaan utk bergerak selama setahun kurang menampakkan hasil yg positif dr segi perkembangan diri. soalan yg berbunyi kecewa dan tidak optimistic. Sedangkan bila direfleks balik, soalan itu hanya muncul apabila mahu hasil yg segera. Jika itu yg kami mahukan, mengapa tekad memilih jalan tarbiyyah yg lambat ini? Kenapa tidak memilih pemberontakan atau apa2 cara lain yg hanya memerlukan seorang dua pemimpin yg hebat, selainnya hanyalah pengikut yg biasa2, kuat bersorak dan rajin mengiayakan. Tentunya itu kurang tepat dari segi sunnatullah/hukum alam dan juga manhaj yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jalan yg panjang inilah yg beransur-ansur mendidik dan memimpin kita utk melakukan sesuatu yg tak biasa dan tak terfikir dek akal, menjadi sesuatu yg terbiasa dan automatic terfikir utk masa depan islam. Menghadiahkan nikmat kepuasan melakukan kebaikan di jln Allah, nikmat kesusahan merancang dan melaksanakan, nikmat kesabaran dan indahnya tawakkal serta nikmat berukhuwwah dan fastabiqul khairat.

Yg penting, jangan cepat mengalah. Jangan cepat melatah melihat kehebatan orang lain dlm menyumbang ntuk islam. Jangan cepat teruja mahukan kesempurnaan pada proses dakwah dan hasilnya, sedangkan mungkin keberkatan Allah datang dari amal jamaie dan tarbiyyah diri kpd daie itu sendiri, lebih berharga daripada penerimaan mad'u yg cepat tapi kemudiannya tidak tercater dek daie.

Ustaz Alias pernah pesan: dalam menjadi pengikut dan pembela agama Allah ni, "kalau tiada rotan, akar pun berguna". Meaning that tak semestinya kena datang dari background yang hebat baru dapat hasilkan sesuatu yg hebat ntuk dakwah. [mcm kes sy yg ada negative thinking bila dgr hadith logam.huuhu]. Dan jangan pernah berkata aku tiada apa2 lagi yg boleh disumbangkan kpd islam, kerana dakwah kita belum lagi setara dgn Muhammad s.a.w, atau selama dan secreative dakwah Nuh a.s. Masih banyak potensi diri kita yg belum kita terokai, latih dan kembangkan. Sedangkan belakang parang pun jika diasah, boleh menjadi tajam. Inikan pula kita manusia yg begitu sempurna penciptaannya dan begitu rahsia masa depan dan takdirnya.

Madrasah tarbiyyah ini akan melahirkan kader kader yg optimis dgn diri sendiri (thiqah binnafs) kerana kita sentiasa optimist pd Allah (thiqah billah) dan optimist pd manhaj islam (thiqah bil manhaj). Kalut juga memikirkan ada lagi beberapa bulan sahaja utk memperbaiki itu ni dalam diri, tapi insyaAllah tarbiyyah diri tidak pernah berhenti...hatta telah menjadi khalifah Umar Al Khattab sekalipun. Medan dakwah ini sangat luas  utk kita kuasai, tanpa mengambil remeh tanggungjawab mentarbiyyah manusia lain dan usaha2 ke arah melengkapkan diri menjadi pentarbiyyah aka murabbi.

wallahu'alam.

nnti jika diizinkan allah nk cerita dan highlightkan jugak mengenai tawassul ijtimaie ie. menggunakan tenaga rotan2 yg hidup bertebaran di luar sistem tarbiyyah utk manfaat islam. tapi nntilah k. tak terlalu crucial berbanding optimisme diri sang daie yg perlu diterjemahkan kpd perasaan, thumuhat dan amal2 yg tersusun.

p/s: sejak dua menjak ni suka lak guna peribahasa melayu.