Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

marjan

Assalamualaikum.

Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhlukNya (Al Qayyum). Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman. Dan siapa mengerjakan amal-amal soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka dia tidak akan khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan (haknya). [Surah Toha: ayat 111-112, zikir mathurat kubra]

subhanallah. mindaku terus terfikir tentang dia ketika melagukan ayat ini. Dia yang baru datang menziarahiku pagi tadi. Dia yang lebih muda dariku, tetapi berpegang teguh dgn islam dan celupanNya sehingga menjadi qudwah buatku sepanjang perkenalan kami. (Dia tak salam dgn lelaki even waktu graduation day atas pentas)

Aku amat tertarik dgn akhlak dan prinsip dirinya. Dia yg sgt dahagakan ilmu kemudian jarang pula berlengah utk beramal. Dalam permasalahan seharian mahupun permasalahan tarbiyyah dan dakwah, dia selalu tampil memberikan pendapat yang neutral, atau kecenderungan yang sopan.

mcm mane tu ye?

pernah beberapa kali aku merungut itu ini dan berkata tentang sesuatu yang tidak aku sukai pada diri seorang daie lain yg bekerja bersama2 kami. tapi temanku ini tidak menambah-nambah mahupun menyokong aku berkata tidak baik. dia cuma diam dan mengangguk tanda memahami rintihanku. Bila giliran dia pula yang mengalami masalah/rintangan yang hampir sama, dengan orang yang sama pula tu...dia cuma memberi komen pendek: "Saya takkan bertindak begitu jika suatu hari nanti saya berada di position tersebut insyaAllah!"
Tahulah aku dia turut membenci perlakuan tersebut, tetapi tidak langsung memburukkan si pelakunya, atau mengungkit itu ini dari kisah2 lama. itulah yg ku maksudkan dgn kecenderungan yg sopan. tidak bercakap kasar, mahupun mengasari hatinya sendiri dgn ketidakpuasan hati terhadap orang lain.

bukankah akhlak itu apa2 yg kita tonjolkan di depan orang lain termasuk sahabat karib kita.

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui kekanganku untuk keluar ke program. Di datangkan sahabat seperjuangan yang baik akhlaknya, lemah lembut dgn ibuku dan pemberi semangat kepadaku.

"Akak, xpelah. as long as niat kita baik, Allah akan tolong mudahkan jalan2nya."

 Dan kami totally agree, walau dimana pun kita berada, rasa lemahnya kita dgn input yg sedikit, apa yg telah kita fahami, itulah yg kita amalkan dan dakwahkan. Dan Allah akan sentiasa mengatur hidup kita dlm bbrp fassa dan meletakkan mad'u dengan fokus-fokus tertentu di depan kita. Hanya sahaja jika kita menyedari dan meraih peluang2 yang ada sebanyak2nya bersandarkan kesabaran dan doa yg tidak putus2.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu dengan beransur-ansur.Maka bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan Tuhanmu dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa atau orang yang kufur ingkar di antara mereka.Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhandan bertasbihlah memujiNya, pada sebahagian yang panjang dari waktu malam." [Surah Al Insan: ayat 23-26]


 ujian kehidupan dan kesabaran membina character mad'u itulah yg banyak menjadi tarbiyyah kpd diri kita. samada dr kalangan famili, senior, junior atau kawan2 sebaya. semoga hubungan dengan Allah menjadi sumber kekuatan kita selain ilmu fiqh dakwah yg perlu diupdatedkan dan akhlak yang perlu dimurnikan setiap masa.

kuarantin till sept insyaAllah,
Afifah.
moga kuarantin ini bukanlah kuarantin perasaan, iman dan himmah. ameen.
balik utk kebaikan.

Thursday, March 24, 2011

kita bukan malaikat

Assalamualaikum warahmatullah.

nk siapkan kerja tapi mengantuklah pulak.otak jam sket. take 5 curhat kat blog insyaAllah.

dah 5 tahun lebih berada ni negara sejuk ni, alhamdulillah saya jarang demam teruk. tapi baru-baru ni demam about seminggu. lambat je rasa nk kebah. sbb jiwa yg tgh 'high temperature'....kalau dulu kisah SZ yg tak ditunaikan haknya, this time penangan ziarah mad'u yg jarak sejam je dr birm tapi atas kekangan final year commitment, xdpt langsung sy tunaikan hak mereka sedangkan mereka menanti-nanti penerusan tarbiyyah buat mereka. Badan sy pulak dah biasa dilatih utk bekerja, bila 'direhatkn' je automatik demam. geram jugak la. tapi begitulah cinta sy pd tggjwb ni. rs cinta yg bila perlu dipendam dan dikorbankan sedikit, badan dan hati jadi tak tenteram dan meronta2. so kena buat kerja rajin2 dan lunaskan cinta pada mad'u bila dibenarkan keluar dari kuarantin oleh mas'ulah dan naqibah.

disebabkan demam jugak, sy mengalami mimpi buruk setiap kali melelapkan mata. tak ingat apa yg dimimpikan, tapi mmg resah je bila bangun. ke sbb sy stress dgn demam yg membuatkn jadual kerja sy tertunda. subhanallah. moga Allah mempermudahkn urusan seterusnya dan memberi ampunan yg banyak atas hambaNya yg sakit ni.

alhamdulillah dgn izin Allah demam dah beransur pergi, cuma tiba-tiba hari ini saya mengalami satu mimpi. dan saya dapat ingat mimpi tersebut dgn jelas. ada hadith kata tak baik ceritakan mimpi buruk, tapi saya tak rasa nk klasifikasikan mimpi ni sbg mimpi buruk. dlm mimpi tu saya tertidur dan bila sedar je, saya sedang terbaring di kawasan perkuburan. Waktu tu rasa sangatlah seram sebab sorang2 dan malam2 gelap pulak tu, nampak batu nisan je yg putih bersinar-sinar. pastu teringat yg antara wasilah tarbiyyah adalah menziarahi kubur dua bulan sekali. Dlm mimpi tu barulah saya feel dan agree yg kita mmg kena pergi betul2 lawat kubur dan rasa takutnya mati sendiri2 disoal malaikat munkar nakir. Tak cukup dgn tengok movie atau dgr tazkirah je. Kena ada pengalaman yg live. Bila terjaga, saya bersyukur sangat saya masih diberi lagi kesempatan ntuk bertaubat, beristighfar dan memperbaiki amalan fardhi dan melakukan islah. Perasaan takut berada di ATAS kubur, harapnya dapatlah meningkatkan taqwa 'caution' saya terhadap Allah di setiap masa, mengelakkan saya buat dosa2 kecil secara berterusan, sebelum saya betul-betul ditempatkan di DALAM kubur.

"Faith is the best when you realize that Allah always accompanies you wherever you are." (Hadith Rasulullah s.a.w on accounts of Ath Thobari)

Selain demam direhatkan, saya risau jugak lah kalau-kalau ditimpa penyakit futur.

 "Paling minimum futur yang menjangkiti pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami." [halaqah muntijah blog]

selalunya untuk mengelakkan saya rasa dorman, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan dakwah yg dilakukan oleh orang lain, di tempat sendiri atau di serata dunia. sbb tu la pentingnya sharing, bukak mulut or menulis mengenai getar rasa seorang daie berhadapan dgn mad'u yg dicintai krnNya. bukan sekadar bercerita utk menyelesaikan masalah, rupanya menaikkan iman dan himmah akhawat lain yg mendengar insyaAllah.

tapi this year mmg surrender habis la untuk tlg2 dlm planning. semoga adik2 yg ada saling compliment each other dan saling mengukuhkan planning2 dakwah yg pernah dibuat dulu2 serta byk beristighfar dan bertawakkal kpd Allah. the power of "asking each other if they need any help", is the strongest ubat "ukhuwwah" yg mujarab, even what you can help is very small or minimal. its the thought and the response that counts. hehe.

wallahu'alam.

Doakan saya tak futur atau letih dgn dunia ni. Sesungguhnya makhluk yg tidak pernah futur adalah Malaikat spt dlm firmanNya:

"Dan kepunyaanNya lah segala yg dilangit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang disisiNya, mereka tiada merasa angkuh untuk menyembahNya dan tidak pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-henti." [Surah Al Anbiya': 19-20]

Walaupun kita memiliki pelbagai kelemahan dan kekangan, tidak sempurna ubudiah kita seperti malaikat, namun kita perlu yakin yang kita boleh menjadi lebih tinggi kedudukan disisi Allah daripada malaikat kerana Allah telah mengurniakan manusia akal utk berfikir, jiwa yg penuh hubb (kasih) dan tenaga utk bermujahadah membina capasiti besar yg terpendam dalam diri seorang daie.

My curhat ends here. berbaktilah kerana cinta 'pd Allah dan krn Allah', get a real hands on experience, ingat Allah banyak2, selalu2 sharing, do strenghten the bond within by listening n helping each other in dakwah, latihlah stamina jgn cepat penat, especially in planning and working at the same time. Moga Allah menolong kita semua dlm meraih redhaNya.




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan bahawa 'kami telah beriman, sedang mereka belum diuji lagi (keimanan mereka)." 
[Surah Al Ankabut; ayat 2. Mabit Musim Bunga 2011]

Wednesday, March 9, 2011

aku dan taqwa

Assalamualaikum.

Dari dulu sampai sekarang, aku selalu ada rasa rendah diri dengan adik2 aka mutarabbi yg lebih baek dan lebih bertaqwa dariku.

Namun ku tanamkan tekad: aku ingin berada disini untuk win-win. Aku memberi apa yg aku faham, dan aku belajar/adopt ape sahaja kelebihan dan kebaikan dari setiap adik yg ku jumpa.

Dan aku bercita2 utk membina orang supaya mereka 10x ganda lebih hebat dariku, supaya satu hari nnti bila diriku lemah, merekalah yg akan menarik kembali tanganku ke jln yg diredhai ini.

ok. ni sebenarnya pemikiran yg tak 100% tepat. Sebab ni pemikiran orang yg suka fikir ntuk futur bila ujian hidup makin susah. erkk.

realitinya pemikiran ntuk mendidik orang supaya lebih hebat dari diri kita penting supaya kita tidak hanya memberi 70% sahaja kpd generasi di bawah kita, kemudian generasi tersebut hanya mewariskan 50% sahaja kepada pelapis mereka, lalu berapa percent sahaja yg akan sampai kpd generasi ke 10 selepas kita? sedangkan di tangan merekalah tampuk Ustaziyatul Alam itu perlu diambil alih, jika kita tidak henti2 membina batu bata aqidah dari sekarang.

bukanlah meletakkan harapan terlalu tinggi, tetapi mengajar dan memberi inspirasi kpd setiap manusia yg kita temui, supaya setiap orang islam berkongsi idealisme yg sama dan mencari serta menunggu2 peluang untuk mempraktikkan dari kefahaman tersebut berdasarkan kesesuaian semasa.

berilah 'pancing', jangan sentiasa beri 'ikan' sahaja.

tapi aku sangat yakin dan bersyukur, dikala ini hatiku tidak pernah kering dengan santapan iman dari 'pancing' yg ku beri kpd adik2ku. kerana kita kini berkongsi 'ikan' yg sama.

Salah satu 'ikan' yg ku perolehi semula after tiga tahun setengah:






ingin menjadi mukmin yg 'diamnya zikir penuh dgn doa2, setiap langkah adalah ibadatnya' [lagu opict: alangkah indah] walaupun kini entah berapa je langkah yg mampu ku kerah ntuk org laen. 

ok, nk bagi pancing a.k.a. sumber: 



salam sayang fillah,
A.C.E.

Friday, October 22, 2010

kuatkah sang gunung?

Assalamualaikum warahmatullah.

Aseef jiddan kerana sekian lama menyepi...mmg menulis ini bukan sesuatu yg aku reti mahupun minati. Namun dakwah ini menuntut aku mentarbiyyah diriku menjadi serba boleh dan capable dlm pelbagai sudut. Lalu aku mencuba, belajar dan terus mencuba. Doakan dan gerakkan aku selalu ya.

Pagi tadi aku aku menerima sms berupa sepotong ayat dari surah al fathu.

"Dia (Allahlah) yg telah menurunkan ketenangan ke dlm hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yg telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." [ayat 4]

benar...ketenangan itu hanya Allah yg mampu hadirkan. 3minggu pertama bergelar final year student dan kakak di birm, dgn pelbagai tugasan, agenda dan juga peristiwa yg beraneka ragam. aku runsing dan hampir lelah memikirkan...mampukah aku ya Allah...baru sebulan. bagaimana dapat aku tempuh setahun lagi di sini.mampukah aku dengan baki bbrp bulan  ntuk menyediakan diriku utk menjadi daie rabbani di msia yg sungguh mencabar, utk menjadi muslim pharmacist, utk membina angkatan mujahid yg akan meneruskan langkah kaki di msia mahupun di birm ini. ya Allah rs diri tak layak dan tak cukup bersedia.

teringat titipan ucapan hari lahir dr seorang yg aku kagumi.

"semoga afifah kuat, kukuh dan tenang." 

subhanallah. susahnya. ingin saja aku berlari sambil menjerit....itu bukan aku....aku takkan jadi kuat, kukuh dan tenang bila semuanya berlaku dlm satu masa. sehingga membuatkan aku tercungap2. melemparkan senyuman sambil menahan air mata. memberi sambil melawan kelesuan badan dan minda. bertekun sambil meyakinkan diri tiada guna utk berputus asa walaupun sempurna itu seperti masih jauh utk kugapai.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. segala puji bagi Allah yg Maha Pemberi. Dia yg mendatangkan ujian dan cabaran, tapi Dia jugalah yg memberikan jalan keluar dan method penyelesaian.

Aku hanya manusia kecil yg takkan menjadi sekukuh dan sekuat gunung. namun bukankah gunung sendiri akan terpecah sekiranya menerima amanah Quran ini dari Al Khaliq. Apa lebihnya kita dari gunung sehingga Allah mencaturkan kita sebagai penerima amanah dan pembawa risalah ini?

tentunya kerana manusia itu mempunyai hati. bekas utk diisi kalimah Allah. apabila dalam hati ada cahaya Allah, maka dari cahaya iman, lahirlah kekuatan. semakin menyala iman, semakin besarlah kekuatan. melebihi kekuatan fizikal dan logic akal. menimbulkan kemahuan dan kesungguhan yg tak kenal lelah.

dan kerana manusia mempunyai hati, maka dr hati itulah bercambahnya kasih sayang dan persaudaraan. ukhuwwah fillah dan kerjasama yg erat. saling melengkapi juga saling menasihati. menjadikan kita lebih kukuh dari sang gunung. walaupun kita secara individualnya sangat takut akan kemampuan diri, sangat takut atas kelalaian dan kekurangan kita. tapi bila kita bersatu, kita akan menjadi lebih teguh insyaAllah.

"kalau sekiranya Kami menurukan al quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kpd Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat utk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yg tiada tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yg ghaib dan yang nyata. Dialah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" [al hasyr:21]

alhamudulillah. aku bersyukur aku bukanlah gunung yg kaku dan cepat terpecah. akulah manusia yg diciptakan hati dan perlu bergerak dan menggerakkan, berbekalkan kekuatan iman dan ukhuwwah.
“Manhaj ini hanya dapat direalisasikan sekiranya manhaj tersebut didokongi oleh satu kumpulan manusia yang benar benar beriman dengannya, beristiqamah sedaya mungkin dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan manhaj tersebut di dalam hati dan kehidupan orang lain.” Tidak dapat tidak, “Kita mestilah berusaha ke arah kebangkitan Islam sekalipun jarak amat jauh antara usaha kebangkitan Islam dengan masa mencapai tampuk kepimpinan dan kemenangan Islam. Usaha ke arah kebangkitan Islam merupakan langkah pertama. Perjalanan tidak akan bermula tanpa langkah pertama ini.”
 Dan aku sedar, aku masih terkial2 menjaga imanku, menyalakan iman orang lain, juga masih belajar memahami adik2 dan suara hati mereka. Adakalanya ada yg tersalah catur, terguris rasa, terlebih garam. aku mintak maaf. kerana aku jua masih belajar...dlm madrasah tarbiyyah ini. benarkan aku utk terus memperbaiki diriku, seperti mana aku berharap dikau turut belajar...utk kuat dan kukuh di jalan yg paling selamat ini.

" Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam keselamatan (islam) ini secara keseluruhan. dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu." [2:208]

Kadang2 aku rasakan hobi2 jahiliyyah yg masih ada dlm hatiku, perasaan2 tak enak atau kecintaan dan keegoan yg tak bertempat yg menyebabkan aku menjadi lemah. despite best dan tenangnya jalan ini. aku pohon pd Allah memberikan kekuatan dalaman kpdku, seperti mana aku meminta kekuatan kesatuan dan  ukhuwwah.

kak mag selalu ckp padaku. islam ni utk orang yg tamak. nk apa, mintak lah pada Allah. mintak banyak2 kali pd Dia. doaku semoga hatiku dan hati2 kita sentiasa bersih, kuat dan kukuh, bersatu dan saling menyinta krnNya. kerana amanah yg kita pikul ini memang dijanjikan berat.

"inna sanulqi alaika qaulan tsaqila" [al muzammil:5]

tapi dgn izin Allah, usaha dan doa kita...insyaAllah kita akan lebih kukuh dr gunung dlm menggalas amanah Allah.

Apabila Hasan Al Banna melaungkan:
Aku adalah pengembara yg mencari kebenaran. Aku adalah manusia yg mencari makna sebenar kemanusiaan. Aku adalah warganegara yg mengimpikan sebuah watan yg dihormati, merdeka, tenteram dan harmoni dibawah naungan islam yg murni.
Aku hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya utk Allah tuhan sekelian alam, tiada yg mempersekutuiNya. Inilah yg diperintahkan kpdku dan aku salah seorang yg menyerahkan diri.
Inilah aku, anda siapa?
ingin ku balas...akulah manusia kecil penuh kekurangan yg terkesan dgn dakwahmu dan dakwah Rasulullah s.a.w.......dan segala dayaku, kepenatanku, poketku, sayangku dan munajatku hanya utk mengabdikan diriku pd Allah dan utk manfaat makhluk sekelian alam.

p/s: tangan tak sampai nk peluk gunung, sebab tu Allah suruh peluk akhawat.

virtual hugs from me. wassalam.