Tuesday, October 9, 2012

murabbi yg tidak perfect

Assalamualaikum warahmatullah.

afwan lama terbiar blog ini.mungkin kerana anak usrah yg sedang ku bawa tidak memerlukan blog yg seberat ini. dan blog ini kutulis semata utk kamu, yg kian jauh. yg sekali sekala sahaja berkongsi cerita dgnku. membuatkan aku kekeringan, mau menulis apa....buat manfaat kita bersama biiznillah.






oleh kerana majalah jom isu no7 rancak bercerita perihal usrah, bulatan gembira, syurga dunia dan yg sama nama dgnnya...aku tergerak ntuk bercerita di sini mengenai pengalamanku semasa A-level di kyuem. waktu itu dakwah baru hendak bermula. baru fasa mengumpulkan saf utk solat subuh sesama pelajar perempuan. dpt la dlm 6-7 orang bersolat subuh scr berjemaah di bilik tv.sbb time tu smua mls2 nk gi surau,kna pakai proper.
[note: fasa awal dakwah is menegakkn solat berjemaah n mencari anasir soleh]

alhamdulillah berkat bulan ramadhan, kami membubarkan jemaah bilik tv dan bersolat subuh di surau bersama pelajar lelaki sbb dah alang2 pakai proper ke dewan makan utk sahur,terus la ke surau. alhamdulillah makin ramai yg  turut sama bersolat jemaah utk solat subuh yg disaksikan para malaikat.
[note: perlu ada sekumpulan tunggak yg istiqamah beramal soleh utk menarik lebih ramai lagi]

waktu itu aku masih junior, sedang mencari identiti dan arah hidup. suke la observe kakak2 yg ada di kolejku. huhu. pelik aku tgk sorang kakak nih. dia mcm beriya jugak la ajak aku buat baek, bercerita dan berkongsi ilmu agama. aku nmpk ada 'sth' yg dia nk bawa, nk share, tp ada bbrp perkara yg kurang qudwah la kat kakak nih yg buatkn aku kureng tertarik sket ngan dia.

subhanallah, by Allah's mercy... instead of mencari kakak yg terbaek dan terperfect yg boleh aku contohi dan rely on, Allah ilhamkn aku utk mencari 'sth' yg kakak tu cuba bawa, 'sth' yg bila aku belajar dan fahami, aku sedikit sebanyak dapat menerima kakak tersebut. 'sth' yg bila aku bergelumang dgnnya, buatkan aku mengenali lebih ramai kakak, yg hebat2 tapi ada celanya juga.

'sth' yg bila aku berpegang dgnnya, menuntut aku utk mengubah diriku supaya selari dgnNya. dan saat itu aku sedar, oh susahnya. padanlah kakak2 itu juga nmpk sedikit pincang, tp kelihatan bahagia memaksa diri mereka berubah.

dan masa pon terus berlalu, aku...melompat dari bulatan itu ke bulatan ini, kerna kakak2 dan rakan2 datang dan pergi.....setiap satunya dgn kebaikan yg ingin ku sedut, dan dgn kelemahan yg ingin ku tampung.....kerna aku bersama mereka bukan kerana hebatnya mereka, tetapi kerana 'sth' yg aku yakini.

'sth' yg ribuan generasi terdahulu lalui dan tetap tegar. 'sth' yg diatasnya ada yg gugur.

itulah jalan dakwah dan tarbiyyah.

asasnya iman yg mendalam, ilmu kefahaman yg solid, serta amal yg berterusan lg tersusun rapi.

mana mungkin seorang itu bisa berdiri sendiri....utk mencapai semua ini....maka dgn rahmat Allah, berpegang teguhlah kita pd tali Allah dan pada ikatan tajammuk haraki ini utk saling mengingatkn diri kpd Allah. [read: tajammuk=perkumpulan, haraki=pergerakan]

 “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Surah Keluarga Imran: ayat 103]

wallahu'alam.

salam ukhuwwah,
Afifah
yg penuh dgn kepincangan dan tidak pantas menjadi qudwah terbaik buatmu =(

1 comment: