Monday, January 31, 2011

berita buat ummah

Assalamualaikum warahmatullah.

Allahu Akbar Allahu Akbar wa lillah ilhamd.

2011 menyaksikan satu era baru kesedaran rakyat.

Di Tunisia, rakyatnya bangkit menjatuhkan kerajaan Ben Ali atas kemelut isu sosial dan politik yg sgt menekan di negara itu.

Seorang tokoh yg diancam di negaranya sendiri, kini bebas kembali setelah bertahun-tahun melarikan diri ke London. Beliau adalah Rashid Al Ganushi, pengasas dan pemimpin Harakah Nahdah Islamiyyah.

Kerajaan Tunisia yg zalim dan sangat sekular itu sebelum ini tidak membenarkan an Nahdah membentuk sebuah parti politik berasaskan agama Islam, kerana mengikut perlembagaan negara yg dibuat selepas merdeka dari tangan Perancis. Rashid Al Ganushi yg pernah mendapat sentuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimun ketika belajar di Mesir, telah dilarang oleh pihak berkuasa daripada memberi sebarang bentuk ceramah, khutbah atau motivasi setelah fikrah dakwahnya berkesan mempengaruhi rakyat, terutamanya golongan mahasiswa. Bahkan kemudiannya, Rashid dan tokoh-tokoh aktivis Islam ditangkap dan dipenjara atas tuduhan mengancam keselamatan negara menyebabkan beliau hidup dlm pelarian selama 21 tahun.

Rashid Al Ganushi menyifatkan kepulangan beliau bukanlah untuk mengisi kerusi president negara atau merebut apa2 jawatan rasmi, tetapi untuk memimpin gerakan an Nahdah dan rakyat Tunisia ke arah pilihanraya yg legal dan bersih untuk membina sebuah kerajaan yg adil dari segi kuasa, sosial, ekonomi, pendidikan dan juga kebebasan mengamalkan agama masing-masing.

""No to extremism, yes to moderate Islam!" and "No fear of Islam!" laung para penyokong an Nahdah ketika menyambut ketibaan Rashid Al Ganushi di lapangan terbang.

Reformasi yg lahir dari suara rakyat yg tertindas di Tunisia ini meletuskan kesedaran yang sama di negara-negara Arab berhampiran, seperti Algeria, Syria, Jordan, Yaman dan yang kini semakin berlarutan; di Mesir, bumi Anbiya.

Husni Mubarak, didesak rakyat Mesir supaya berundur seperti Ben Ali. Demonstrasi rakyat di Tahrir's Square di Kaherah dan tekanan berterusan kepada kerajaan kuku besi turut disokong penuh oleh pemimpin parti pembangkang Muhammad Mustafa El Baradei. Namun dikhuatiri El Baradei adalah salah seorang lagi sekutu Amerika berdasarkan propaganda dan sokongan media massa mainstream terhadap beliau. Sedangkan pada masa yg sama, ramai pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang ditangkap, menjadikan jemaah tersebut kehilangan tokoh-tokoh hebat yang berpotensi untuk mengisi vakum pimpinan negara Mesir selepas kerajaan sementara mengisyhtiharkan pilihanraya.

Ikhwanul Muslimin, yang diasaskan oleh Hasan Al Banna pernah bergerak secara rasmi sbg parti politik, kemudiannya diharamkan, anggota-anggotanya ditangkap, dan Hasan Al Banna sendiri ditembak mati selebihnya ramai yg berakhir di tali gantung. Namun demikian, perjuangan Ikhwanul Muslimin tidak pernah mati hingga ke hari ini. Ahlinya bertanding dalam pilihanraya Mesir sebagai calon bebas, dakwahnya masih terus menular di pelusuk negara. Terbaru, setelah mendapat persetujuan jemaah, ribuan anggota Ikhwanul Muslimin melibatkan diri dlm demonstrasi rakyat di Mesir, malah mengisyhtiharkan kehadiran mereka secara terang-terang melalui laman facebook. Mesir yg begitu anti IM, terus menutup laman tersebut, memutuskan saluran internet serta satelit bertujuan menutup juga menghalang suara-suara rakyat Mesir dari kedengaran.

Konflik besar di Mesir ini bakal membuka lembaran baru kepada perkembangan dakwah dan gerakan Islam jika diizinkan Allah dan didokong rakyat Mesir sendiri. Mungkinkah Yusuf Qardawi yang kini berlindung di Qatar, dapat kembali semula ke Mesir seperti Rashid al Ganushi? Apakah pula nasib ahli-ahli Ikhwanul Muslimin yg di dlm tahanan? Rakyat yg menderita? Semoga Allah membantu gerakan tersebut untuk menumbangkan sepenuhnya kezaliman pemerintah, membela hak asasi rakyat Mesir dan juga ummah keseluruhannya. Tambahan, Mesir adalah pintu kepada pembebasan Al Quds dan Palestin. Sekatan di sempadan Raffah oleh pihak berkuasa Mesir yg bersekongkol dengan Israel dan Amerika perlu dihentikan. Negara-negara Arab perlu disatukan, menjauhi sikap mementingkan diri dan membebaskan bangsa Arab dari cengkaman pengaruh ideologi secular Barat.

Kalian sedang berhadapan dengan masa kritis dalam sejarah umat kalian, masa yang kelak tidak terjadi lagi setelahnya, karena itu jadilah karakter yang dicintai dan diridhai oleh Tuhan kalian, dan perlihatkanlah yang terbaik dihadapan Allah dalam jiwa kalian, berikanlah teladan dari jiwa kalian pada setiap jaulah (perjalanan) dan harakah(gerak) kalian, hiasilah diri kalian dengan akhlak Islami, prinsip-prinsip dan nilai-nilainya di setiap  waktu dan kondisi. Tetaplah pada pendirian dan prinsip-prinsip kalian, berpegang teguhlah pada kebenaran, satukanlah barisan kalian, ikhlaslah karena Allah dalam niat kalian, dan serahkanlah hasilnya kepada Allah swt. [Prof Dr Mohammed Badie, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimun]

p/s: As much as I want the safety of Malaysian students in Mesir, but history shows that Hasan Al Banna's death gaves birth to the new awaken Syed Qutb. Mohamed Bouazizi bunuh diri mencetuskan kesedaran rakyat Tunisia.Kematian orang yg ditindas, akan menyebabkan jiwa-jiwa yang hanif tersedar. Namun aqidah yg kukuh, tarbiyyah islamiah yg jitu dan penggabungan diri dengan ikhlas ke dalam gerakan islam akan memainkan peranan penting dlm memastikan kesedaran dan proses perubahan/islah menjadi sesuatu yang realistik, bertahan lama dan tinggi impaknya dengan izin Allah. Semoga tampuk kepimpinan islam akan kembali dan kita menjadi sebahagian daripada golongan yang berusaha untuk mengembalikan dan memenangkan acuan Allah di atas muka bumi ini tidak kira di mana pun kita berada kerana islam itu solusi dan rahmat kpd seluruh alam, bukan negara Arab sahaja, bukan ntuk org Melayu sahaja.

Maha Suci Allah dari apa yg dipersekutukan.


Sumber Rujukan Online:

Saturday, January 29, 2011

Belakang parang DUA

Assalamualaikum warahmatullah.

Astagfirullah astagfirullah walhamdulillah. It’s been a long week for me to put up my faith, my hope, my amal,my knowledge, my emotion and my health into God-accepting way while keeping up with this dunya pace.

"Ya ayyuhallazina amanusta’inu bissobri wassolah. Innaallaha ma’al sobirin."

ayat153 dr surah al baqarah ni yg sy ulang2 di saat2 kritikal ni.

Eager to write, answering cik zahraa’s comment actually but I’ll reply it using my pharmacy life story. This week I was assigned to do hospital placement/shadowing in Birmingham’s Children Hospital.  One of the department that I should be visiting was Aseptic and Parenteral Nutrition Department. Bahasa mudahnye department yg uruskan bancuh2 ubat dan bekalan drip ntuk pesakit2 yg perlu ubat dlm formula yg pelik2, atau pesakit yg xboleh nk telan atau digest mknn so kna amek drip. However, this particular hospital does not make their own medicines anymore due to staff shortage and sterility procedure. tak dapat la sy nk tgk pape. The PN department order it from private manufacturer that would send the medicines and the drip to the hospital the next day. Therefore the pharmacists in this department and in the whole hospital are deskilled from doing aseptic preparation but more expert in making order/invoice paperwork.

DESKILL…it’s the word use for sth that u already learn in uni, u know how to do it, but someone else do it for you. Then without regular practice, in the long run your skill will fade away.

Bukan sahaja dlm bidang membancuh2 ubatan, malah memegang stereng kereta, hatta bercakap atau menulis in English pun boleh jadi kekok dan terkial-kial jika terlalu lama tidak menggunakan skills tersebut. [xpercaya, cuba la dok msia 3 bulan goyang kaki]

In relation to soalan cik zahraa pula, I was going to say that if we try to build up our skills and character to become a murabbi, but give up halfway to focus on other things in this dakwah path, we might end up losing the skills at all by the time we reach 30 or 40. At that time, if half of the murabbiah from this madrasah tarbiyyah are too busy with kids/family commitment, career etc, minor proportion might futur due to dunya pressure or die, then what’s left is just another minor proportion of murabbiyyah. The group/Jemaah will still be full with talented and creative people, who can’t be murabbi because at young age, he/she has given up from developing such skills, and when Jemaah and the younger generation are looking for more murabbi to help them bertatih dan berlari, he/she can’t quickly adapt to that roles, not used to it. Kesian pada generasi seterusnya, tercari2 orang nk hidupkn ruh usrah dan menjadi murabbi mereka, membina mereka dgn taujih2 tarbawi seperti mana kita sekarang memerlukan sentuhan itu ntuk berdiri teguh.

Selalu kita tengok peratusan kenaikan MC,MD and ME melalui jln DF dan tarbiyyah. Dari seorang, kepada 3, kemudian menjadi 9 hinggalah ratus ribu. Tapi cuba kita tgk peratus penurunan pulak jika kita antara org yg mengambil masa murabbi kita memikirkan permasalahan dan pembinaan character imaniyyah kita, sebaliknya kita hanya mahu duduk di takuk mutarabbi dan daie secara indirect.

“Inna al akhu ssidqin la budayya an yakuna murabbian”
“sesungguhnya akh yg benar tidak boleh tidak adalah seorang murabbi.”

Ok pharmacy setting semula. For my final year project, I’ll be doing hospital audit insyaAllah. Its kind of quality inspection of pharmacists’ job in hospital wards. By logic, pharmacists band 6 and above are expected to produce better quality compared to the pre-registered and junior pharmacists who are prone to make more mistakes. Band 6 tu mcm pangkat/tangga gaji dlm hospital la, kalau kat msia panggil P48, P52 etc. The question now is should the intensive care unit (ICU) be catered by band 6 pharmacists only?  On the other hand, there are some band 5 pharmacists, though younger but might be more expert and have high level of competency because of daily work in ICU compared to senior pharmacist that only doing a job in one specialist department and never take a shift in ICU for years. (kalau kerja kat ICU, mcm2 kes la kena handle, smua aspect tahu, smua healthcare team dia kena bekerjasama hence lebih meluas cara pandang dan cara kerja. Healthcare team tu termasuk la doctor, nurse, technician, dietitian, physiotherapist, pakar jantung etc)

Kesimpulannya, practice+experience makes perfect and improve quality, bukan masa tua tetiba jadi hebat. Obviously as an individual, we should amplify and use our  personal strengths for the betterment of this ummah. Nonetheless tanggungjawab menjadi murabbi itu masih terletak atas bahu kita yg perlu kita develop our own style and capacity bit by bit. Lets sharpen our skills dan bersabar utk Rabbku dan Rabb kamu.

La haula wa la quwwata illa billah.

Subhanaka la ‘ilma lana illa ma ‘allamtana innaka antal 'alimun 'azim.

Banyakkan bersyukur, banyyakkan berdoa dan banyakkan mad’u jugak sbb ade yg belum nk terima skrg, tp sbnrnye skrg ni ade je ramai lagi orang lain yg nk dan tercari2 cahaya dan asuhan Al Quran. Kalau di satu tempat tu, normal je seorang naqibah yg masih student bawak satu usrah dlm lingkungan jarak 2-3 jam) plus another usrah online di kawasan yg kena naek flight baru sampai. Kita? Dah puas cuba ntuk boleh give up? Xmo lah eh?

“kita adalah angkatan musafir dalam hidup ini, menjadi penghubung barisan yg mendatang dgn mereka yg telah lalu. Mereka yg terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita, wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan” [syair dlm Pelukan Cendiakawan]

[sy suka jd murabbi kpd diri sendiri, aka sambil insafi dan baiki diri, sambil ajak org lain fikir dan sama2 beramal]


yg penuh kekurangan,
~ace~
Menunaikah syahadah. Passing on the message.

Wednesday, January 12, 2011

belakang parang

Assalamualaikum warahmatullah.

alhamdulillah alhamdulillah baru usai satu exam besar. masih banyak tanggungjawab academic, hal2 tarbiyyah dan pengurusan diri yg perlu diselesaikan. Begitu juga tuntutan ziarah atas nama ukhuwwah tanpa sempadan yg harus ditunaikan.

buat pit stop kat bilik housemate, sambil menyelak buku ISK keluaran Pustaka Buku Putih. subhanallah buku yg cukup concise dan padat, disertakan dgn rujukan asal dan soalan kefahaman juga. Moga Allah mengganjari sebanyak2nya kepada team yg berusaha mendokumentasikan sejarah perkembangan dunia islam untuk kita meneladani formula kebangkitannya.

dulu 'hidup' ku bermula dgn ISK, continuous usrah dan follow up. robot bernyawa yg diberi 'kehidupan' dan cahaya, kemudiannya mula cuba ntuk bergerak melebarkan cahaya islam ke sekeliling setelah memahami tujuan hidupnya.

tak banyak yg aku tahu. tak banyak yg aku mampu buat tika itu. melihat rakan2 sebaya di birmingham atau di kawasan2 lain yg cepat betul bergerak dan menyumbangkan itu ini, buat aku rasa sedih dgn diri sendiri.

saat itu, aku begitu membenci ISK dan hadis logam. kerana aku rasa aku tak mampu menjadi gerombolan qaedah sulbah. aku takkan pernah jadi logam terpilih lagi hebat, baik ketika jahiliyyah mahupun sesudah menghayati islam.  [note: benci tak semestinya tak cuba buat pape]

dalam batchku, adalah dua tiga orang yg menghadapi situasi yg lebih kurang sama sepertiku. kami tidak pandai present, tidak suka merancang, tidak tahu nk uruskan kerja2 teknikal, tidak reti menulis hatta buat laporan progam sekalipun. masak lagilah tak pandai. masih terngiang2 lagi soalan yg diajukan kepada seorang kakak mewakili luahan hati kami.

"Sahabat2 rasulullah s.a.w. dulu dah mmg hebat sejak sebelum islam. hampir semua sahabat terdiri dari orang yg berkarisma, baik akhlak, berani, pandai berhujah, cekap berniaga etc. Tentu2lah mereka menjadi hebat juga selepas beriman dgn risalah. Sedangkan kami, mmg orang biasa sahaja. Tak bolehkah selepas mengenali islam, kami maintain menjadi orang biasa2. Kami akan berikan moral support kepada logam2 hebat utk berhujah dan berdakwah. Tak perlulah latih kami ntuk jadi sesuatu yg mmg takde dlm diri kami."

itulah soalan di penghujung tahun kedua dlm universiti tarbiyyah setelah cubaan utk bergerak selama setahun kurang menampakkan hasil yg positif dr segi perkembangan diri. soalan yg berbunyi kecewa dan tidak optimistic. Sedangkan bila direfleks balik, soalan itu hanya muncul apabila mahu hasil yg segera. Jika itu yg kami mahukan, mengapa tekad memilih jalan tarbiyyah yg lambat ini? Kenapa tidak memilih pemberontakan atau apa2 cara lain yg hanya memerlukan seorang dua pemimpin yg hebat, selainnya hanyalah pengikut yg biasa2, kuat bersorak dan rajin mengiayakan. Tentunya itu kurang tepat dari segi sunnatullah/hukum alam dan juga manhaj yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Jalan yg panjang inilah yg beransur-ansur mendidik dan memimpin kita utk melakukan sesuatu yg tak biasa dan tak terfikir dek akal, menjadi sesuatu yg terbiasa dan automatic terfikir utk masa depan islam. Menghadiahkan nikmat kepuasan melakukan kebaikan di jln Allah, nikmat kesusahan merancang dan melaksanakan, nikmat kesabaran dan indahnya tawakkal serta nikmat berukhuwwah dan fastabiqul khairat.

Yg penting, jangan cepat mengalah. Jangan cepat melatah melihat kehebatan orang lain dlm menyumbang ntuk islam. Jangan cepat teruja mahukan kesempurnaan pada proses dakwah dan hasilnya, sedangkan mungkin keberkatan Allah datang dari amal jamaie dan tarbiyyah diri kpd daie itu sendiri, lebih berharga daripada penerimaan mad'u yg cepat tapi kemudiannya tidak tercater dek daie.

Ustaz Alias pernah pesan: dalam menjadi pengikut dan pembela agama Allah ni, "kalau tiada rotan, akar pun berguna". Meaning that tak semestinya kena datang dari background yang hebat baru dapat hasilkan sesuatu yg hebat ntuk dakwah. [mcm kes sy yg ada negative thinking bila dgr hadith logam.huuhu]. Dan jangan pernah berkata aku tiada apa2 lagi yg boleh disumbangkan kpd islam, kerana dakwah kita belum lagi setara dgn Muhammad s.a.w, atau selama dan secreative dakwah Nuh a.s. Masih banyak potensi diri kita yg belum kita terokai, latih dan kembangkan. Sedangkan belakang parang pun jika diasah, boleh menjadi tajam. Inikan pula kita manusia yg begitu sempurna penciptaannya dan begitu rahsia masa depan dan takdirnya.

Madrasah tarbiyyah ini akan melahirkan kader kader yg optimis dgn diri sendiri (thiqah binnafs) kerana kita sentiasa optimist pd Allah (thiqah billah) dan optimist pd manhaj islam (thiqah bil manhaj). Kalut juga memikirkan ada lagi beberapa bulan sahaja utk memperbaiki itu ni dalam diri, tapi insyaAllah tarbiyyah diri tidak pernah berhenti...hatta telah menjadi khalifah Umar Al Khattab sekalipun. Medan dakwah ini sangat luas  utk kita kuasai, tanpa mengambil remeh tanggungjawab mentarbiyyah manusia lain dan usaha2 ke arah melengkapkan diri menjadi pentarbiyyah aka murabbi.

wallahu'alam.

nnti jika diizinkan allah nk cerita dan highlightkan jugak mengenai tawassul ijtimaie ie. menggunakan tenaga rotan2 yg hidup bertebaran di luar sistem tarbiyyah utk manfaat islam. tapi nntilah k. tak terlalu crucial berbanding optimisme diri sang daie yg perlu diterjemahkan kpd perasaan, thumuhat dan amal2 yg tersusun.

p/s: sejak dua menjak ni suka lak guna peribahasa melayu.

Friday, December 3, 2010

salji akan cair

Assalamualaikum.

sepatutnya saya tgh sibuk menaip proposal, but something came up yg rs sgt2 nk share. bagus jugak ade blog, since ym slalu terbiar offline je. no distraction diluar waktu break kak mag ckp. though kdg2 layan jugak la blackberry yg dok vibrate tu.

ha...ni lah yg nk cerita...

ade orang tegur saya dekat blackberry messenger...testing2.

erm siapa ya? setahu saya sister ni dah tak guna blackberry tersebut sbb dh tamat kontrak.
perlu berhati2 sebelum curhat or bertanya khabar yg tak sepatutnya.

subhanllah. rupa2nya sister tu hadiahkn blackberrynya kpd seseorang yg lebih2 memerlukan di msia.
utk lebih mudah membaca email2 perbincangan dakwah seluruh dunia.

dna orang tersebut pula hanya menerima setelah mendahulukan teman dakwahnya yg tak kurang aktif dan rancak mengendalikan tarbiyyah mahasiswa.

begitulah generasi dakwah yg ku kenali.
mereka menggunakan dan memberi apa yg mereka ada utk dakwah ini.

sebutlah apa sahaja yg diperlukan ntuk study dan buat dakwah dgn laju.
medical dictionary, laptop, hard disk...even sebuah hanzalah...

kini kumpul duit ntuk hadiahkn projektor dan blackberry kpd petugas2 dakwah ilallah yg memerlukan.

orang lain ade beratus2 pound dlm account, mereka yg kerja tp ade 17pound je di akhir bulan. belum tgk lagi ape yg mereka makan kalau di waktu bersendirian. bila mkn dgn mad'u je baru beriya sedikit.

skrg sgt sibuk ntuk pastikan mereka dpt cuti ketika ade program...melompat kesukaan bila ade rakan sekerja yg sanggup tukar jadual tugas dgn mereka....ntuk buat program???

orang lain seronok sbb sekolah tutup, or lecturer demam (haih, sy lah tu)...tp mereka seronok sbb bleh buat dakwah.

ok. i'm motivated now. tak sabar nk tunggu weeken. kna pulun siapkn kerja sebelum dpt enjoy buat dakwah.

xsabar nk grad juge. nk jadi mcm mereka. nk menyumbang lebih byk dr time jadi student. biiznillah. doakan sy thabat. [plus doakan sy stabil..sbb susah nk focus n tak rebel time solat, hence choose ntuk solat sendiri ntuk mencari rasa iman yg manis...but tak bagus dan salah sbnrnye]


p/ss: nk servis hanzalah tapi risau cost service dh 200. belum masuk cost ganti itu ini. ya Allah selamatkn kuda dakwah kami dgn rezki drMu. salji akan cair. duit akan mengalir. tp dakwah ini tetap perlu diteruskan dan dikembangkan. so dimanakah longgokan duit kita...pd dakwah atau pd makanan/pakaian etc.

ok lah..hp dah vibrate2 bout isk weeken nih. gtg.

wassalam.

Monday, November 29, 2010

Allah itu satu

Assalamualaikum warahmatullah.

pernah dengar fastabiqul khairat? berlumba-lumba buat kebaikan.

term ini sgt selalu saya gunakan. kerana apa...sbb sgt motivating dan menyalakan jiwa. tanpa rasa sedih, jealous or sakit hati dgn mana2 pihak.

sebaliknya...berfikir dan terus bergerak...menabur dan menunjukkan jalan kebaikan...mengatasi arus jahilliyyah yg menyeronokkan dan berlumba dgn para penegak kebenaran.

kerana itulah focus kita...

tapi tentu susah nk hadapi pelbagai jenis mad'u, soalan, diamnya mereka etc.

insyaAllah nk share sedikit bacaan yg sy kira perkara asas dlm menentukan gerak langkah kita:

EMPAT GOLONGAN MNSIA - dakwatunna, himpunan risalah Hassan Al Banna

1) Orang yang yakin

Orang yg meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita, tertarik dgn prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini.

-> Orang ini kita akan ajak supaya bersama kita, dan bekerja bersama kita supaya dgn ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. 


Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dgn amalan. 
Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia utk merealisasikannya dan berkorban deminya.


2) Orang yg sangsi:

Orang yg masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yg tidak meyakini betapa pentingnya apa yg kita katakan ini. Inilah orang yg tidak berpendirian dan sangsi.

-> Orang ini akan kita biarkan dgn kesangsiannya.
-> Namun kita nasihatkan orang ini untuk terus berhubung dgn kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita, atau melawat cawangan-cawangan kita, atau berkenalan dgn saudara-saudara kita. 


Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dgn kita.


3) Orang yg berkepentingan

Orang yg tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yg bakal kita perolehi hasil segala pengorbanan yg dicurahkan.

-> Bagi mereka ini kami katakan : MAAF, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran melainkan pahala yg Allah berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yg kami miliki. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah. 


4) Orang yg berprasangka

Orang ini prejudis dgn kita dan terlalu dikuasai prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dgn pandangan yg sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dgn kata-kata yg memburukkan kita.  Orang ini begitu degil dgn kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya.

-> Orang seperti ini kita doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. 
-> Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita, dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita.
-> Walau bagaimanapun kita tetap mengasihi orang ini. Kita berharap suatu hari nanti dia akan bersama kita dan yakin dgn dakwah kita. 




Wallahu'alam...

nk highlightkan banyaknya lagi kita perlu buat untuk meyakinkan manusia. termasuk membaca dan menggalakkan mad'u membaca atau meringkaskan bahan bacaan ntuk mad'u, menjaga diri dan adik2 dlm biah solehah

afwan, ni je yg sempat tulis sambil2 usrah online. bukan dari hati atau dari pengalaman...tapi dari pembacaan only. cume harapnya adelah yg antum boleh nmpk melalui amal di luar kaca blog ini. kalau bukan ana (yg sgt kurang amal ni), tengoklah dari amal dan gerak kerja orang lain, kwsn lain etc.

Tuesday, November 9, 2010

sleepless nights

Assalamualaikum dunia.

"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika allah menjadikan malam itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain allah yg akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?

"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya.
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari kurniaNya (pd siang hari) dan agar kamu bersyukur kpdNya."

[Al Qasas: 71-73]


susah betul ntuk tidur dan merehatkan minda sekarang ni. mungkin terlalu banyak kja final year yg perlu disiapkan dan jugak tuntutan dlm tarbiyyah yg sentiasa bergerak dan tak pernah sunyi dari cabaran2nya.

teringat kunjungan teman mesra dari negara jiran minggu lepas. kesibukanku, rasa nk putus asa dan jugak rasa terbebanku seakan hilang dikambus dgn cerita2 mereka yg begitu mencabar. walau usia mereka masih muda.

mereka pernah dihantar surat warning dari kedutaan supaya tidak mengikuti mana2 program agama anjuran org msia setelah ada yg menceritakan dari a to z kpd kedutaan di london.

lalu mereka terpaksa mengorak langkah sendiri, dan senyap2. tanpa boleh mengharapkan bantuan luar.

di negara asal mereka, setiap sms ditrace dan dibaca oleh pihak kerajaan. maka tiada istilah usrah, daurah dsbg yg boleh digunakan dlm sms. setiap pertemuan diatur dgn pelbagai nama samaran.

baru2 ini, seorang ikhwah menerima sms dr unknown number bertanyakan dimanakah gathering seterusnya, dan tiada siapa yg mengenali tuan empunya number. lantas semua daurah yang dirancang dibekukan sebagai langkah keselamatan dan berjaga2.

kerana dakwah dan tarbiyyah ini terlalu sayang utk dibiarkan mati atau ditangkap semua penggeraknya.

kita bukanlah hidup di zaman ghulam, yg dapat mengislamkan satu negara dgn kematian kita.

kita adalah umat Muhammad s.a.w. kita adalah umat yg diamanahkan ntuk membawa islam ini sehingga hari Kiamat nnti berbekalkan tarbiyyah Al Quran. mata rantai dakwah ini tidak boleh terputus. unless Allah dh murka dgn kita lalu menggantikan terus kita dgn kaum lain yg lebih sanggup memikul tugas khalifah dan abid dgn ikhlas,redha dan teliti.

sambil terkesima, aku terus bertanyakan lagi update mereka.

rupa2nya, disebalik halangan, gertakan dan penolakan yg diterima, kerja2 dakwah mereka tetap berjalan. usrah tak pernah tinggal. weeken lepas, teman2 mesra ku itu meluncur ke bandar mandi, dan istana baru. seolah2 mengendalikan daurah adalah tanggungjawab yg sama penting dgn menjawab soalan tutorial uni. seolah2 jarak, masa, tenaga dan wang ringgit itu perkara terakhir yg perlu difikirkan selepas mengambilkira kelangsungan tarbiyyah generasi seterusnya.

aku jadi sangat kaget. manusia apakah mereka ini. usia mereka masih muda. banyak lagi yg mereka baru pelajari. kenapa mereka sanggup buat itu semua?

dari sebesar2 isu keselamatan negara, sehinggalah sekecil2 isu ketawa dan jugak kelantangan suara ketika bergurau senda menjadi fokus tarbiyyah seharian mereka.

allahuakbar.

rasa diri ini sangat kecil ya Tuhan. rasa diri ini sangat cepat berkeluh kesah. rasa diri ini sangat sempit hanya memikirkan diri sendiri dan bbrp orang mad'u terdekat sahaja.

patutlah syukur dan sabar itu tiada sempadan dan limitnya.

"Maka nikmat yg manakah dari Rabbmu yang kamu dustakan?" [ar rahman]


limpahkan kami kesabaran dan kehendak yg kuat ya Rabb.
bertitik tolakkan "unconditional love" towards You ya Ilahi.

ana abdu.

Monday, November 1, 2010

interest related priority

assalamualaikum warahmatullah.

sementara menunggu usrah online start, nk share sedikit mengenai satu fiqh yg sy belajar dlm pharmacy, tp boleh dijadikan fiqh dakwah kita.

waktu belajar mengenai law n ethics in pharmacy, kami diajar mengenai mental capacity act (akta). sesiapa yg mempunyai capability ntuk menerima, memahami dan membuat keputusan, berhak menentukan samada mahu menerima rawatan atau tidak.

maka sebagai seorang doktor atau pharmacist, setiap rawatan yg hendak diberi perlu dipertimbangkan mengikut keperluan dan priority berikut.

3) medical interets - ada penyakit yg perlu dirawat atau dicegah ke, ada symptom yg boleh diubati ke,

2) personal interest - setuju dan mahu dirawat, tiada refusal atau phobia terhadap rawatan,

1) public interest - orang awam akan terjejas tak kalau kita tak ubati pesakit?

contoh A:

seorang gadis telah menelan ubat dgn sgt byk untuk membunuh dirinya setelah putus cinta. sekeping nota bunuh diri telah ditulis bersebelahan dgn katilnya. gadis tersebut dijumpai oleh keluarganya lalu dihantar ke hospital. ketika disorang ke wad kecemasan, gadis tersebut tersedar dr pengsan dan berulang2 kali mengatakan dia tidak mahu dirawat.

apakah yg anda akan lakukan?

a) merawat gadis tersebut kerana beliau memerlukan rawatan, serta tidak mahu dituduh kejam dan tidak buat kerja oleh ahli keluarga dan masyarakat?
b) tidak merawat gadis tersebut kerana beliau tidak mahu dirawat.

jawapannya: b.

by law, personal interest lebih diutamakan daripada medical interest.
even semua orang kt hospital tu tahu gadis tersebut memerlukan rawatan dan boleh dirawat.
tp kalau rawat jugak, doctors boleh disaman sbb against the patient will.
walaupon doctors akan rs sgt kesian or akan dipersalahkan oleh msrykt yg tak faham undang2 dunia perubatan.

contoh B:


seorang pemuda datang ke hospital dan disahkan mempunyai jangkitan virus yg berbahaya yg tersebar melalui udara. setelah mengetahui situasi, bahaya dan risiko virus tersebut, pemuda tersebut hanya ingin menelan paracetamol utk menurunkan suhu badannya, dan tidak mahu mengambil antibiotik yg diberikan apatah lagi bersetuju ntuk dimasukkan ke wad.

namun pemuda tersebut telah dipaksa ntuk menelan antibiotik dan juga dikuarantin di hospital sehinggalah disahkan bebas dari virus tersebut.

kenapa?

sebab sekiranya pemuda tadi dibiarkan balik ke rumah tanpa menjalani rawatan, pemuda tersebut akan menyebarkan virus yg berbahaya kpd semua orang yg berdekatan dgnnya. dan setiap orang yg berjangkit pula akan menyebarkan virus kpd orang lain. ini boleh menyebabkan seluruh negara dijangkiti virus.

maka public interest wins over personal interest.


hurmm dua kes je dulu lah. byk lagi yg lebih complicated dlm workshop minggu lepas.

cuba letakkn diri mad'u anda sbg pesakit.
walaupun anda adalah doctor dunia aka daie, anda hanya dibenarkan merawat mad'u yg tidak menolak dakwah rabbani ini, sungguhpun hajat di hati nk merawat smua mad'u dpn mata.
so kalau nmpk mad'u, kna yakinkan dulu yg dia perlukan rawatan ntuk kebaikan dirinya, sebelum terus je bagi rawatan dan ubat berbagai warna.
lps tu br blh belah,bedah,jahit,suntik dsbg. haha ngeri tak ntuk ckp sudi terima rawatan.

cuba letakkan diri anda sbg pesakit.
walaupun anda sudah bergelar daie, mungkin ada bbrp perkara yg anda masih mahu buat ikut cara anda sendiri lalu ditahan atau disuruh membuat sesuatu yg lain oleh daie doctor pd masa itu.
kerana pada masa itu, public interest lebih utama daripada perasaan atau kekecewaan anda.
eg: tukar tentatif jaulah yg telah dipost seminggu awal vs seluruh bas tak sempat solat atau solat tak tenang.
cumenye kalau ade mana2 sikap atau cara yg tidak best dlm menyuarakan pandangan tuh, jgnlah diikut ya. setiap daie masih juga seorang pesakit. kan?

soalan: yg mana satu yg kita akan consider sbg virus spt kes B?

tak berapa yakin dan takut dgn Allah dan Hari Akhirat
atau
budaya couple dan hedonisme (arus hiburan).

okies, perlu get ready dgn tudung ntuk berwebcam. selamat berfikir dan berbincang. moga menghasilkan kefahaman dlm beramal.

wassalam.