Monday, November 29, 2010

Allah itu satu

Assalamualaikum warahmatullah.

pernah dengar fastabiqul khairat? berlumba-lumba buat kebaikan.

term ini sgt selalu saya gunakan. kerana apa...sbb sgt motivating dan menyalakan jiwa. tanpa rasa sedih, jealous or sakit hati dgn mana2 pihak.

sebaliknya...berfikir dan terus bergerak...menabur dan menunjukkan jalan kebaikan...mengatasi arus jahilliyyah yg menyeronokkan dan berlumba dgn para penegak kebenaran.

kerana itulah focus kita...

tapi tentu susah nk hadapi pelbagai jenis mad'u, soalan, diamnya mereka etc.

insyaAllah nk share sedikit bacaan yg sy kira perkara asas dlm menentukan gerak langkah kita:

EMPAT GOLONGAN MNSIA - dakwatunna, himpunan risalah Hassan Al Banna

1) Orang yang yakin

Orang yg meyakini dakwah kita, mempercayai kata-kata kita, tertarik dgn prinsip-prinsip kita. Hatinya meyakini sepenuhnya kebaikan dakwah ini.

-> Orang ini kita akan ajak supaya bersama kita, dan bekerja bersama kita supaya dgn ini bilangan para mujahidin akan bertambah dan suara para pendakwah akan semakin berkumandang. 


Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dgn amalan. 
Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia utk merealisasikannya dan berkorban deminya.


2) Orang yg sangsi:

Orang yg masih belum memahami kebenaran atau masih tidak meyakini keikhlasan kita. Orang yg tidak meyakini betapa pentingnya apa yg kita katakan ini. Inilah orang yg tidak berpendirian dan sangsi.

-> Orang ini akan kita biarkan dgn kesangsiannya.
-> Namun kita nasihatkan orang ini untuk terus berhubung dgn kita. Kita nasihatkan agar dia membaca tentang kita secara langsung atau tidak langsung. Dia boleh mengkaji tulisan-tulisan kita, atau melawat cawangan-cawangan kita, atau berkenalan dgn saudara-saudara kita. 


Dengan izin Allah selepas itu dia akan merasa lebih yakin dgn kita.


3) Orang yg berkepentingan

Orang yg tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mengetahui faedah atau keuntungan yg bakal kita perolehi hasil segala pengorbanan yg dicurahkan.

-> Bagi mereka ini kami katakan : MAAF, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran melainkan pahala yg Allah berikan jika anda ikhlas dan syurga jika Allah tahu hati budi baik anda. Kami tidak punyai apa-apa kedudukan atau wang. Malah sebaliknya kami korbankan segala yg kami miliki. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah. 


4) Orang yg berprasangka

Orang ini prejudis dgn kita dan terlalu dikuasai prasangka buruknya terhadap kita. Orang ini melihat kita dgn pandangan yg sangat buruk. Mereka hanya memperkatakan tentang kita dgn kata-kata yg memburukkan kita.  Orang ini begitu degil dgn kesilapannya dan masih mahu mempertahankan salah fahamnya.

-> Orang seperti ini kita doakan semoga Allah berikan kita dan dia supaya sama-sama boleh melihat kebenaran kemudian diberikan kekuatan untuk mengikutinya dan boleh melihat kepalsuan kemudian diberikan kekuatan untuk menjauhinya. 
-> Kita mengajak dia jika dia mahu menerima ajakan kita, dan kita menyeru dia jika dia mahu menyahut seruan kita. Kita doakan kebaikan untuknya dan Allah adalah harapan kita.
-> Walau bagaimanapun kita tetap mengasihi orang ini. Kita berharap suatu hari nanti dia akan bersama kita dan yakin dgn dakwah kita. 




Wallahu'alam...

nk highlightkan banyaknya lagi kita perlu buat untuk meyakinkan manusia. termasuk membaca dan menggalakkan mad'u membaca atau meringkaskan bahan bacaan ntuk mad'u, menjaga diri dan adik2 dlm biah solehah

afwan, ni je yg sempat tulis sambil2 usrah online. bukan dari hati atau dari pengalaman...tapi dari pembacaan only. cume harapnya adelah yg antum boleh nmpk melalui amal di luar kaca blog ini. kalau bukan ana (yg sgt kurang amal ni), tengoklah dari amal dan gerak kerja orang lain, kwsn lain etc.

No comments:

Post a Comment