Assalamualaikum dunia.
"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika allah menjadikan malam itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain allah yg akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?
"Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari Kiamat, siapakah Ilah selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu yang kamu beristirehat padanya.
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
"Dan kerana rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari kurniaNya (pd siang hari) dan agar kamu bersyukur kpdNya."
[Al Qasas: 71-73]
susah betul ntuk tidur dan merehatkan minda sekarang ni. mungkin terlalu banyak kja final year yg perlu disiapkan dan jugak tuntutan dlm tarbiyyah yg sentiasa bergerak dan tak pernah sunyi dari cabaran2nya.
teringat kunjungan teman mesra dari negara jiran minggu lepas. kesibukanku, rasa nk putus asa dan jugak rasa terbebanku seakan hilang dikambus dgn cerita2 mereka yg begitu mencabar. walau usia mereka masih muda.
mereka pernah dihantar surat warning dari kedutaan supaya tidak mengikuti mana2 program agama anjuran org msia setelah ada yg menceritakan dari a to z kpd kedutaan di london.
lalu mereka terpaksa mengorak langkah sendiri, dan senyap2. tanpa boleh mengharapkan bantuan luar.
di negara asal mereka, setiap sms ditrace dan dibaca oleh pihak kerajaan. maka tiada istilah usrah, daurah dsbg yg boleh digunakan dlm sms. setiap pertemuan diatur dgn pelbagai nama samaran.
baru2 ini, seorang ikhwah menerima sms dr unknown number bertanyakan dimanakah gathering seterusnya, dan tiada siapa yg mengenali tuan empunya number. lantas semua daurah yang dirancang dibekukan sebagai langkah keselamatan dan berjaga2.
kerana dakwah dan tarbiyyah ini terlalu sayang utk dibiarkan mati atau ditangkap semua penggeraknya.
kita bukanlah hidup di zaman ghulam, yg dapat mengislamkan satu negara dgn kematian kita.
kita adalah umat Muhammad s.a.w. kita adalah umat yg diamanahkan ntuk membawa islam ini sehingga hari Kiamat nnti berbekalkan tarbiyyah Al Quran. mata rantai dakwah ini tidak boleh terputus. unless Allah dh murka dgn kita lalu menggantikan terus kita dgn kaum lain yg lebih sanggup memikul tugas khalifah dan abid dgn ikhlas,redha dan teliti.
sambil terkesima, aku terus bertanyakan lagi update mereka.
rupa2nya, disebalik halangan, gertakan dan penolakan yg diterima, kerja2 dakwah mereka tetap berjalan. usrah tak pernah tinggal. weeken lepas, teman2 mesra ku itu meluncur ke bandar mandi, dan istana baru. seolah2 mengendalikan daurah adalah tanggungjawab yg sama penting dgn menjawab soalan tutorial uni. seolah2 jarak, masa, tenaga dan wang ringgit itu perkara terakhir yg perlu difikirkan selepas mengambilkira kelangsungan tarbiyyah generasi seterusnya.
aku jadi sangat kaget. manusia apakah mereka ini. usia mereka masih muda. banyak lagi yg mereka baru pelajari. kenapa mereka sanggup buat itu semua?
dari sebesar2 isu keselamatan negara, sehinggalah sekecil2 isu ketawa dan jugak kelantangan suara ketika bergurau senda menjadi fokus tarbiyyah seharian mereka.
allahuakbar.
rasa diri ini sangat kecil ya Tuhan. rasa diri ini sangat cepat berkeluh kesah. rasa diri ini sangat sempit hanya memikirkan diri sendiri dan bbrp orang mad'u terdekat sahaja.
patutlah syukur dan sabar itu tiada sempadan dan limitnya.
"Maka nikmat yg manakah dari Rabbmu yang kamu dustakan?" [ar rahman]
limpahkan kami kesabaran dan kehendak yg kuat ya Rabb.
bertitik tolakkan "unconditional love" towards You ya Ilahi.
ana abdu.
No comments:
Post a Comment