Assalamualaikum dunia.
alhamdulillah nur ramadhan menyapamu lagi, dgn pesta ibadah, sedekah dan rancangan2 berunsurkan tazkirah di kaca tv utk menyeru manusia muslim supaya bertaqwa.
" wahai orang2 beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa spt mana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa." [2:183]
namun di sana sini masih ada kumpulan2 yang ingin menyalakan jiwa manusia dr kegelapan arah tuju, kepada satu tugas yg mulia. apa tidak cukupkah hanya dgn menjadi manusia bertaqwa?
taqwa itu tidak memadai andai tidak diarahkan kpd tujuan yg paling dituntut. sepertinya, seorang lelaki yg begitu menjaga kesempurnaan wudhu' tetapi tidak tahu kewajipan bersolat, ke manakah arah kiblat dan bilakah waktu solat yg paling afdhal.
"Wahai orang2 beriman, bertaqwalah kpd Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kpdNya dan berjihadlah di jalanNya, supaya kamu beroleh kejayaan." [5:35]
dan kerana itulah aku ingin menulis...spt penulis2 lain....dari sumber cahaya yg sama, dr kefahaman yg sama, dr petikan yg sama...buat menerangi kegelapan dunia...jikalau pun tidak dapat menyinari seluruh dunia dan seisinya, cukuplah jika dapat menyuluh cahaya rabbani kepada peribadi2 disekelilingku...dan menjadi nur buat hatiku yang mudah malap, juga sebagai kesaksianku dgn nikmat teknologi.
"...Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan al kitab, dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." [3:79]
Wa La haula wa la quwwata illa billah.
No comments:
Post a Comment