Thursday, July 21, 2011

marjan

Assalamualaikum.

Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Yang Hidup Kekal lagi sentiasa mengurus makhlukNya (Al Qayyum). Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang melakukan kezaliman. Dan siapa mengerjakan amal-amal soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka dia tidak akan khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan (haknya). [Surah Toha: ayat 111-112, zikir mathurat kubra]

subhanallah. mindaku terus terfikir tentang dia ketika melagukan ayat ini. Dia yang baru datang menziarahiku pagi tadi. Dia yang lebih muda dariku, tetapi berpegang teguh dgn islam dan celupanNya sehingga menjadi qudwah buatku sepanjang perkenalan kami. (Dia tak salam dgn lelaki even waktu graduation day atas pentas)

Aku amat tertarik dgn akhlak dan prinsip dirinya. Dia yg sgt dahagakan ilmu kemudian jarang pula berlengah utk beramal. Dalam permasalahan seharian mahupun permasalahan tarbiyyah dan dakwah, dia selalu tampil memberikan pendapat yang neutral, atau kecenderungan yang sopan.

mcm mane tu ye?

pernah beberapa kali aku merungut itu ini dan berkata tentang sesuatu yang tidak aku sukai pada diri seorang daie lain yg bekerja bersama2 kami. tapi temanku ini tidak menambah-nambah mahupun menyokong aku berkata tidak baik. dia cuma diam dan mengangguk tanda memahami rintihanku. Bila giliran dia pula yang mengalami masalah/rintangan yang hampir sama, dengan orang yang sama pula tu...dia cuma memberi komen pendek: "Saya takkan bertindak begitu jika suatu hari nanti saya berada di position tersebut insyaAllah!"
Tahulah aku dia turut membenci perlakuan tersebut, tetapi tidak langsung memburukkan si pelakunya, atau mengungkit itu ini dari kisah2 lama. itulah yg ku maksudkan dgn kecenderungan yg sopan. tidak bercakap kasar, mahupun mengasari hatinya sendiri dgn ketidakpuasan hati terhadap orang lain.

bukankah akhlak itu apa2 yg kita tonjolkan di depan orang lain termasuk sahabat karib kita.

Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui kekanganku untuk keluar ke program. Di datangkan sahabat seperjuangan yang baik akhlaknya, lemah lembut dgn ibuku dan pemberi semangat kepadaku.

"Akak, xpelah. as long as niat kita baik, Allah akan tolong mudahkan jalan2nya."

 Dan kami totally agree, walau dimana pun kita berada, rasa lemahnya kita dgn input yg sedikit, apa yg telah kita fahami, itulah yg kita amalkan dan dakwahkan. Dan Allah akan sentiasa mengatur hidup kita dlm bbrp fassa dan meletakkan mad'u dengan fokus-fokus tertentu di depan kita. Hanya sahaja jika kita menyedari dan meraih peluang2 yang ada sebanyak2nya bersandarkan kesabaran dan doa yg tidak putus2.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu dengan beransur-ansur.Maka bersabarlah kamu untuk melaksanakan ketetapan Tuhanmu dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa atau orang yang kufur ingkar di antara mereka.Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhandan bertasbihlah memujiNya, pada sebahagian yang panjang dari waktu malam." [Surah Al Insan: ayat 23-26]


 ujian kehidupan dan kesabaran membina character mad'u itulah yg banyak menjadi tarbiyyah kpd diri kita. samada dr kalangan famili, senior, junior atau kawan2 sebaya. semoga hubungan dengan Allah menjadi sumber kekuatan kita selain ilmu fiqh dakwah yg perlu diupdatedkan dan akhlak yang perlu dimurnikan setiap masa.

kuarantin till sept insyaAllah,
Afifah.
moga kuarantin ini bukanlah kuarantin perasaan, iman dan himmah. ameen.
balik utk kebaikan.

Saturday, May 14, 2011

3 perkara yg tak disukai =(



Assalamualaikum warahmatullah.
copy paste saja. tapi sgt relevan dgn diriku. harap relevan dan bermanfaat utk antunna juga. 

pagi ini mentari masih bersinar, awan gemawan masih mewarnai dada langit dan udara masih dapat kita hirup seadanya. Alhamdulillah syukur… Apapun yang akan berlaku, asalkan kita dekat dengan Allah, lurus, tulus dan telus dalam hati, kesilapan kita akan diperbaiki. Bukankah kesilapan ini bukti yang kita masih manusia? Lalu kita akan selalu dan sentiasa memperperbaharui taubat. Come what may…  pahit, kita belajar bersabar, manis… kita melatih diri bersyukur.

Hari ini dan hari-hari seterusnya pasti ada air mata dan ketawa, ada mudah dan payah, ada patah dan tumbuh, modal kita cuma satu, hadapilah segalanya sebagai hamba Allah. Mengaku lemah, untuk diperkukuhkan-Nya, mengaku jahil untuk diberikan ilmu, mengaku miskin untuk diperkayakan-Nya. Kita beruasaha melurus segala tadbir, agar mampu menerima setulus segala takdir. Sentiasa mengharapkan yang terbaik, tetapi terus bersedia untuk hadapi yang terburuk.

Pesan ku buat diri dan sahabat-sahabat, kekalkan taubat. Istighfar dan selawat jadikan basahan bibir. Bila terlintas dan terjebak dengan dosa, bertaubat dan terus ‘hukum’ diri dengan melaksanakan satu kebaikan walaupun yang kita tidak suka. Ingat, orang yang sentiasa berlatih untuk berjaya ialah dia yang melaksanakan sekurang-kurangnya 3 perkara yang tidak disukainya (walaupun sangat perlu) dalam satu hari.

Apakah 3 perkara itu? Mungkin minta maaf kepada orang yang kita tidak sukai, mungkin membuat aktiviti yang selama  ini kita tangguhkan atau membuat panggilan kepada orang yang kita berhutang (sudah lebih masa tetapi belum berbayar). Carilah, carilah 3 perkara itu. Mungkin yang bersangkut dengan masa, harta, manusia atau dengan Allah. Ah, matahari telah cerah… mari kita melangkah. Tinggalkan segala resah. Pamitkan segala gelisah.

Hidup untuk memberi, bukan untuk membenci… siap siaganya untuk memberi senyuman, kebaikan, sedekah, kata-kata yang baik atau sekadar mendoakan.Memberi itu lebih membahagiakan daripada menerima. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Jadilah tangan yang di atas, tangan yang selalu dan banyak memberi!

Ya, mentari kehidupan masih ada. Hari ini… esok? Belum tentu kita masih ada!

sy mungkin lebih byk dosa dr org lain, sbb sy lagi lame hidup. so mungkin lagi selalu kena 'hukum' diri dan buat perkara yg tak disukai.  huhu. btw, cari perkara yg DIRI SENDIRI tak suka buat, atau perkara yg tak disukai oleh orang lain....bukannya tak disukai PADA org lain k.  
hidup kalau mencari salah orang dan menuding jari memang byk dan cepat je. tapi kalau bab membetulkn silap sendiri, kenapa masih slow dan bertangguh? ke tak prasan pon kelemahan diri? sbb tu le kna cari sisters dan membina tafahhum ie saling mengenali, memahami dan berlapang dada menerima nasihat/komen org lain. syaitan dicampak keluar dr syurga sbb ego. manusia yg nk masuk syurga, mestilah buang dan buang sifat ego tu. susahhhnya. waaa. 
hurmm relevan ke dgn mode nk masuk exam ni? heee. insyaAllah relevan kan? a part from study dan jawab soalan yg susah, mesti byk benda lagi yg termasuk dlm kategori tak disukai tapi perlu buat sepanjang bulan may ni. tepuk bahu, check buku amal sendiri. heee.
nnti nk cerita ttg pengalaman dgn seorang sister, but since kna buat dlm bentuk cerita...payah sket la for me yg tak pandai bercerita dlm tulisan. so hold dulu lps abes exam nnti insyaAllah.
ya Allah hidupkan dan matikan aku dgn iman, bangkitkan aku dgn iman, masukkan daku ke dlm syurgaMu dgn iman.
ya Allah kurniakan daku iman yg sempurna, hati yg fokus, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar dan cara hidup yg lurus. 

Tuesday, May 3, 2011

cahaya terang benderang

Assalamuailaikum.

sy tanye seseorang: patut ke tukar blog ni kepada PELITA YG MALAP? sbb that's my condition now.

beruzlah utk mencari ketenangan dan secangkir iman. surely need to put a stop to this condition!

bila? entah? bila2 pun boleh.
tapi boleh ke sampai bila2?

itu persoalan besar yg menghantui. boleh ke sampai bila2? when i'm not taking any medicines or therapy.

http://en.wikipedia.org/wiki/Social_anxiety_disorder

serotonin imbalance yg bg sy a bit of migraine, a bit of depression, and alot of anxiety.

afwan adik2, sgt tak qudwah. tp sgt struggle juga melawan kesan ketidakseimbangan hormon dlm badan dgn berbentengkan iman.

article ni sgt kena dgn keadaan saya sekarang;
Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa...cukup-sekadar-untuk-melihat-mentari

doakan sy diteguhkan hati. penat melawan rasa ingin bunuh diri stiap kali sujud dan mohon ampun pd Allah.

 islam inhibits my suicidal thought~~~
~~~coz i wanna be in a land called paradise and i wanna go to the valley of The King~~~

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.   Al-Maidah : 16

 till then.

Tuesday, April 26, 2011

Angkatan Baru

 Dari hal "USRAH" Hassan al Banna

 Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak utk membentuk ikatan-ikatan perpaduan utk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan "usrah" atau "keluarga". Dengan terbentuknya apa yg dinamakan "usrah" atau "keluarga" spt itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yg tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yg ada pd mereka, bahkan akan dapatlah ditpertinggikan mutu "ukhuwwah" atau "persaudaraan" di antara sesama mereka sendiri, iaitu dgn jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dari peringkat perbualan dan pandangan teori kpd peringkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia utk menjadi batu-bata yg sihat lagi berguna kpd bangunan keluarga bentukan yg mulia ini, iaitu "usrah islamiyah" atau "keluarga islam".




 Banyak juga di antara saudara-saudara "Ikhwan" kita bertanya: "Apakah yg hendak dibuat dlm pertemuan-pertemuan kita tiap-tiap minggu selaku sebuah "usrah" menurut susunan dan peraturan ini?"

Perkara ini mudah sahaja; kerana alangkah banyaknya kewajipan kita sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan-pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dgn perkara-perkara yg berikut:

Perkara (1) : Membentangkan Kesulitan:

Tiap-tiap seorang 'ikhwan' hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian saudara-saudara yg lain turut mengambil berat utk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu, dan ini hendaklah dilakukan dalam suasana 'ukhuwwah' yg sejati dan dengan niat yg sebenar-benar ikhlas kerana Allah. Dengan demikian, dapatlah diperkuatkan lagi asas 'saling mempercayai' seperti mana juga dapat diperkukuhkan tali hubungan 'ukhuwwah'.

 Perkara (2) : Bermuzakarah:

Hendaklah saudara bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam, hendaklah menatap risalah-risalah arahan dan taklimat yg diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Dalam satu-satu pertemuan usrah, janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengkin herdik kerana semuanya adalah dikira haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yg sempurna dan dengan cara saling menghargai fikiran yg datang dari semua pihak yg mengambil bahagian di dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak mendapatkan penjelasan lanjut mengenai cadangan yg sedang ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kpd "ketua usrah". Jangan dibuat keputusan mengenai sesuatu perkara dgn cara terburu-buru.
 Perkara (3): Kajian Buku

Hendaklah saudara-saudara mengadakan suatu kajian yg berfaedah mengenai sesebuah kitab yg bermutu. Apabila sudah membuat kajian begitu, maka hendaklah saudara-saudara angkatan ikhwan beralih pula utk menjayakan erti 'ukhuwwah'.

Perkara (4): Rencana Tambahan

utk mengukuhkan ikatan persaudaraan di anatara saudara-saudara 'ikhwan muslimin', maka mereka sendiri hendaklah memandang mustahak perkara-perkara yg berikut:
1) mengadakan perkelahan yg bercorak kebudayaan utk melawat ke tempat-tempat yg bersejarah, gudang perusahaan dsbg.

2) mengadakan perkelahan-perkelahan riadah pd tiap-tiap bulan.
3) mengadakan perkelahan-perkelahan berdayung sampan
4) mengadakan perkelahan-perkelahan ke bukit-bukit, padang pasir, dan ke ladang-ladang.
5) mengadakan bermacam-macam perkelahan dgn menggunakan basikal.
6) berpuasa seminggu sekali atau dua minggu sekali.
7) sembahyang subuh berjemaah di masjid
8) berikhtiar seboleh-bolehnya bermalam beramai-ramai seminggu sekali atau dua minggu sekali.




Wahai ANGKATAN BARU!

Siapkanlah dirimu utk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi. Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi seruling, yg bersenandung meratapi tepian yg sudah runtuh, mengenangkan masa silam yg telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yg engkau gantikan. Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri.

Dada bumi cukup luas utk menerima kehadiranmu. Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.

Hadapilah tugas mahaberat ini dgn jiwa yg besar, dengan daya juang api semangat yg nyalanya kuat.

Pupuklah ruhul jihad, semangat revolusioner, radikal dan progresif dlm jiwamu, dan bertindaklah sbg rijal dgn perhitungan yg nyata dan pertimbangan yg matang. Perkayalah dirimu dgn meneladan kpd masa silam, di mana ada yg rebah dan ada yg bangun, ada yg jatuh dan terus berdiri lagi. Kamu tidak boleh menjadi 'plagiator' dari angkatan lama, dan tidak boleh pula menepuk dada serta menidakkan segala harga dan nilai, jasa dan karya angkatan lama. Mereka kaya dgn pengalaman, engkau kaya dgn cita-cita. Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!

Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan yg belum selesai, meneruskan pekerjaan besar, dan berterusan, dan keturunan yg satu kpd keturunan yg lain, angkatan kemudian angkatan. Kafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan, menghempas yg satu, menyusul yg lain, memecah yg pertama datang yg kedua. Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran.

(petikan dari Himpunan Risalah Hasan AlBana-Usrah)


Kebatilan wajib diubah oleh da’i. Ubah ertinya hendaklah diperangi, dihapuskan dan dikuburkan.
Jika sekiranya kamu berharap kebatilan itu sendiri meninggalkan tempatnya, menyerahkannya tempatnya kita…
Atau jika kamu harap akan dapat berbincang dengannya mengunakan bahasa diplomasi…
Ianya tak mungkin berlaku sekali-kali. Cara ini tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Dalam undang-undang Dakwah, yang ada hanya perkataan ‘mengubah-taghyir’ sahaja.
Kita Hubungkan Generasi Lalu Dengan Generasi Seterusnya
Oleh itulah,  Islam hari ini sangat-sangat perlu kepada satu kumpulan da’i yang memiliki kefahaman ‘taghyiriyyah-mengubah’ ini, memahami betul-betul kewajiban membawa petunjuk kepada manusia dan tahu betul-betul dimana mereka dalam angkatan dakwah yang sedang berjalan ini. Mereka yang mengerti bahawa mereka adalah satu mata rantai yang menghubungkan angkatan dahulu dengan angkatan yang akan datang nanti. Mereka sama-sama mengumandangkan nasyid:

Kita ini adalah angkatan musafir di dalam hidup ini
Menjadi penghubung barisan yang mendatang dengan mereka yang telah lalu
Mereka yang terdahulu telah menunjukkan jalan ini kepada kita
Wajib pula kita menunjukkan jalan kepada generasi depan.
Betul….mereka telah berusaha penat untuk menyampaikan akidah tauhid kepada kita, mentarbiyyah kita, mendidik kita dan menarik kita keluar dari bahaya kebinasaan. Oleh itu, sepatutnya kita setia dalam melaksanakan tugas dakwah yang telah diserahkan kepada kita seperti mana yang mereka lakukan.
Mereka telah menanam pohonnya, kita yang menikmati hasilnya. Seterusnya, kita pula perlu menanam supaya generasi yang datang dapat memakan buahnya.
Penanaman itu memerlukan kita bergaul dengan orang ramai, berbicara dengan mereka dan memperkatakan kebenaran secara terus terang.
(petikan dari Muntalaq)

wallahu'alam.
dari daie kecil yg sudah  mula mengeluarkan buah, tapi ada juga tunas dan daun2 koyak yg masih memerlukan baja a.k.a. masih belum perfect tp perlu pass the batton dh~~~

Thursday, March 24, 2011

kita bukan malaikat

Assalamualaikum warahmatullah.

nk siapkan kerja tapi mengantuklah pulak.otak jam sket. take 5 curhat kat blog insyaAllah.

dah 5 tahun lebih berada ni negara sejuk ni, alhamdulillah saya jarang demam teruk. tapi baru-baru ni demam about seminggu. lambat je rasa nk kebah. sbb jiwa yg tgh 'high temperature'....kalau dulu kisah SZ yg tak ditunaikan haknya, this time penangan ziarah mad'u yg jarak sejam je dr birm tapi atas kekangan final year commitment, xdpt langsung sy tunaikan hak mereka sedangkan mereka menanti-nanti penerusan tarbiyyah buat mereka. Badan sy pulak dah biasa dilatih utk bekerja, bila 'direhatkn' je automatik demam. geram jugak la. tapi begitulah cinta sy pd tggjwb ni. rs cinta yg bila perlu dipendam dan dikorbankan sedikit, badan dan hati jadi tak tenteram dan meronta2. so kena buat kerja rajin2 dan lunaskan cinta pada mad'u bila dibenarkan keluar dari kuarantin oleh mas'ulah dan naqibah.

disebabkan demam jugak, sy mengalami mimpi buruk setiap kali melelapkan mata. tak ingat apa yg dimimpikan, tapi mmg resah je bila bangun. ke sbb sy stress dgn demam yg membuatkn jadual kerja sy tertunda. subhanallah. moga Allah mempermudahkn urusan seterusnya dan memberi ampunan yg banyak atas hambaNya yg sakit ni.

alhamdulillah dgn izin Allah demam dah beransur pergi, cuma tiba-tiba hari ini saya mengalami satu mimpi. dan saya dapat ingat mimpi tersebut dgn jelas. ada hadith kata tak baik ceritakan mimpi buruk, tapi saya tak rasa nk klasifikasikan mimpi ni sbg mimpi buruk. dlm mimpi tu saya tertidur dan bila sedar je, saya sedang terbaring di kawasan perkuburan. Waktu tu rasa sangatlah seram sebab sorang2 dan malam2 gelap pulak tu, nampak batu nisan je yg putih bersinar-sinar. pastu teringat yg antara wasilah tarbiyyah adalah menziarahi kubur dua bulan sekali. Dlm mimpi tu barulah saya feel dan agree yg kita mmg kena pergi betul2 lawat kubur dan rasa takutnya mati sendiri2 disoal malaikat munkar nakir. Tak cukup dgn tengok movie atau dgr tazkirah je. Kena ada pengalaman yg live. Bila terjaga, saya bersyukur sangat saya masih diberi lagi kesempatan ntuk bertaubat, beristighfar dan memperbaiki amalan fardhi dan melakukan islah. Perasaan takut berada di ATAS kubur, harapnya dapatlah meningkatkan taqwa 'caution' saya terhadap Allah di setiap masa, mengelakkan saya buat dosa2 kecil secara berterusan, sebelum saya betul-betul ditempatkan di DALAM kubur.

"Faith is the best when you realize that Allah always accompanies you wherever you are." (Hadith Rasulullah s.a.w on accounts of Ath Thobari)

Selain demam direhatkan, saya risau jugak lah kalau-kalau ditimpa penyakit futur.

 "Paling minimum futur yang menjangkiti pekerja Islam ialah malas. Dan yang paling parah ialah berhenti atau diam daripada aktif dalam amal Islami." [halaqah muntijah blog]

selalunya untuk mengelakkan saya rasa dorman, saya akan sentiasa mengikuti perkembangan dakwah yg dilakukan oleh orang lain, di tempat sendiri atau di serata dunia. sbb tu la pentingnya sharing, bukak mulut or menulis mengenai getar rasa seorang daie berhadapan dgn mad'u yg dicintai krnNya. bukan sekadar bercerita utk menyelesaikan masalah, rupanya menaikkan iman dan himmah akhawat lain yg mendengar insyaAllah.

tapi this year mmg surrender habis la untuk tlg2 dlm planning. semoga adik2 yg ada saling compliment each other dan saling mengukuhkan planning2 dakwah yg pernah dibuat dulu2 serta byk beristighfar dan bertawakkal kpd Allah. the power of "asking each other if they need any help", is the strongest ubat "ukhuwwah" yg mujarab, even what you can help is very small or minimal. its the thought and the response that counts. hehe.

wallahu'alam.

Doakan saya tak futur atau letih dgn dunia ni. Sesungguhnya makhluk yg tidak pernah futur adalah Malaikat spt dlm firmanNya:

"Dan kepunyaanNya lah segala yg dilangit dan di bumi dan malaikat-malaikat yang disisiNya, mereka tiada merasa angkuh untuk menyembahNya dan tidak pula merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-henti." [Surah Al Anbiya': 19-20]

Walaupun kita memiliki pelbagai kelemahan dan kekangan, tidak sempurna ubudiah kita seperti malaikat, namun kita perlu yakin yang kita boleh menjadi lebih tinggi kedudukan disisi Allah daripada malaikat kerana Allah telah mengurniakan manusia akal utk berfikir, jiwa yg penuh hubb (kasih) dan tenaga utk bermujahadah membina capasiti besar yg terpendam dalam diri seorang daie.

My curhat ends here. berbaktilah kerana cinta 'pd Allah dan krn Allah', get a real hands on experience, ingat Allah banyak2, selalu2 sharing, do strenghten the bond within by listening n helping each other in dakwah, latihlah stamina jgn cepat penat, especially in planning and working at the same time. Moga Allah menolong kita semua dlm meraih redhaNya.




"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan bahawa 'kami telah beriman, sedang mereka belum diuji lagi (keimanan mereka)." 
[Surah Al Ankabut; ayat 2. Mabit Musim Bunga 2011]

Sunday, March 13, 2011

jejak citamu semula!

Bismillahirrahmanirrahim. 


semalam sempat sembang2 bersama kawan lama ntuk compensatekn usrah yg dicancel.huuu. copy paste sket: 


Seorg murabbi yg baik akan nampak apa "sakit" pada mutarabbinya.
Ada "sakit" di bhgn akhlak,ada di bhgn was2,ada "sakit" pengorbanan" dan pelbagai lagi.


Seorang mutarabbi yg sihat ilmu n amal,tapi sakit part drivernya...
umpama satu kereta,cukup fit,cukup minyak..tapi driver demam,
manakan jauh pjalanan yg dpt ditempuh.pendek je jaraknya..


Jadi x perlu baiki kereta,x payah tambah minyak..
kita rawat driver,
jgn terus marah,jgn tukar..
Kenal driver dulu,n insyaAllah baiklah journeynya....



hurmm teringat satu lagu ni...


Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabar akan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya...
[dari lagu 'jejak cita' - devotees]


Dakwah Fardiah (DF) memang bukanlah kerja simple. Nk tunggu orang angkat fon, bukak mulut, break the ice, comfortable n serasi dan sudi menerima dari kita melalui mcm2 cara yg telah kita usahakan lillahitaala.


Dan insyaAllah dakwah fardiah akan lebih mudah jika murabbi juga mengenali dan memperbaiki 'sakit' masing2. Seimbangkan qadhaya dlm usrah atau muhasabah harian sebelum tidur dgn one part about our ownself, another part baru mengenai mad'u yg disantuni. 


Sebaik2 manusia bukanlah yg paling perfect di dunia, tetapi yg kerap muhasabah dirinya, cepat sedar kesalahan serta selalu monitor diri utk tidak mengulangi perkara yg sama;  supaya tidak memudaratkan iman dan amalnya, juga tidak memudaratkan orang2 disekelilingnya. 


Tidak ditemui seorang pun penghuni syurga melainkan berkat kesabarannya di dunia. Sabar dgn ujian yg menimpa diri, sabar dgn orang di sekeliling, sabar dgn perancangan Allah yg lebih hebat. 




So we patiently wait, for that faithful day
It’s not far away, but for now we say
When I get older, I will be stronger ~~~


Mujahid kecil yg mengalami luka2 sejak awal lagi...insyaAllah akan menjadi pahlawan agung penuh seni satu hari nanti. 




Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa
[jejak cita]


self less? yup. because we belong to Him, for Him we serve and from Him we ask help. 

"Radhi tu billahi Rabba, wabil Islami deena, wabi muhammadin nabiyya wa rasula"

Kami redha (suka,lapang hati,gembira,tak marah2) dgn Allah sebagai Rabb (pengawal kami), dengan Islam (ketundukan) sebagai cara hidup kami (dlm detik hati, akhlak dan perbuatan seharian), dan dgn Muhammad sbg Nabi dan Rasul (yg kami contohi). 


wallahu'alam. 

yg 'sakit' juga, sdg mencari sambil memberi ubat. moga cepat 'sembuh' biiznillah. lets istighfar sepenuh hati =)

Thursday, March 10, 2011

berharap bila perlu

"Aku (Allah) adalah bersama sangkaan hambaKu terhadapKu." [hadith Qudsi riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi]

Sesuatu yg terlintas dlm fikiran dan hati kita berkaitan masa hadapan, ia dinamakan jangkaan dan penantian.

Sekiranya yg dinanti itu perkara yg disukai, ia dikenali sebagai raja' (berharap) dan jika sebaliknya ia dikenali sebagai khauf  (rasa takut).

Berharap dan takut hanya berlaku pada perkara yg masih tidak dapat dipastikan. Justeru ia tidak berlaku kepada perkara yg pasti.


 eg 1: tidak boleh dikatakan "Aku berharap matahari terbit dan aku takut jika ia terbenam." kerana sememangnya keadaan matahari terbit dan tenggelam telah ditetapkan berlaku.
tetapi boleh dikatakan "Aku berharapkan turunnya hujan dan aku takut berlakunya kemarau."


eg 2: Kita pasti dunia adalah sementara dan tempat beramal, sedangkan Akhirat adalah kekal dan tempat menuai hasil/menerima balasan dari amal di dunia. Maka tidak wujud rasa berharap untuk dunia berubah menjadi kekal, atau takut2 hari Akhirat muncul. Sebaliknya, hendaklah berharap kepada keampunan Allah dan takut kepda murkaNya kerana masih tidak pasti akan berlaku.


Berharap bermaksud perasaan lega dan tenang kerana menunggu kedatangan sesuatu yg disukai. Tetapi apa yang ditunggu itu mestilah melalui jalan yg membuahkan hasil. Sekiranya jalan yg dilalui itu tidak diketahui samada berhasil atau tidak, ia dinamakan impian atau angan-angan kerana menunggu sesuatu tanpa melalui jalannya (usaha).


Oleh itu, sifat berharap hanya benar kepada sesiapa yg menanti kedatangan sesuatu yg dicita-citakan setelah melakukan usaha yg termampu terlebih dahulu. Pengharapan seorang hamba kepada keampunan Allah menggerakkannya untuk menanam benih iman, menyirami dgn air ketaatan, menyucikan hatinya drpd duri akhlak yg buruk seterusnya menunggu kurniaan Allah iaitu agar dikekalkan dlm keadaan baik sehingga mati dalam husnul khatimah yg membawa kpd keampunan Allah.

"Orang yang cerdik ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal utk hari selepas mati, manakala orang yg lemah ialah orang yg membiarkan dirinya mengikuti nafsunya dan mengimpikan drpd Allah dgn berbagai impian." [hadith Rasulullah s.a.w. riwayata at Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah]

Ar Raja' yakni berharap diperlukan oleh dua jenis manusia sebagai penawar.

Yg pertama: Orang yg berputus asa sehingga dia meninggalkan ibadat.

Yg kedua: Orang yg dikuasai oleh perasaan takut sehingga memudaratkan diri dan keluarganya sendiri.

Manakala si pelaku maksiat yg terpedaya dan yg berangan-angan utk mendapat keampunan Allah tanpa mengerjakan ibadat, dia perlu menggunakan sifat khauf (takut) sebagai penawar untuk merawat dirinya. Ketika itu, sifat berharap hanya akan menjadi racun baginya. Seperti mana madu merupakan penawar kepada orang yg berada dlm kesejukan, tetapi mudarat kepada orang yg kepanasan.

"Maka (serentak dgn memberi petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yg marak menjulang, yg tidak menderita kerana bakarannya melainkan orang yg sungguh celaka. Yang telah mendustakan (kebenaran dan berpaling engkar." [Surah Al Lail: ayat 14-16]

Apabila hati merasa mesra dan cenderung kepada nafsu, ia sepatutnya digerunkan dgn ancaman dari Allah dan rasulNya, tetapi jika apabila kegusaran itu berlebihan, hati sepatutnya ditenangkan semula (dgn rahmat Allah) agar kembali stabil.

"Sesungguhnya iblis berkata kepada Tuhannya: Dengan kemuliaan dan keagungan Engkau, aku bersumpah tidak akan berhenti menyesatkan anak Adam selama mana mereka bernyawa. Lalu Allah berfirman: Sesungguhnya demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku tidak akan berhenti memberi keampunan kepadanya selagi mana dia memohon keampunan dariKu." [hadith riwayat Imam Ahmad]

dipetik dari Ringkasan Kitab 'Jalan Mereka Yang Menuju Allah, Jilid 2, Bab 28 Berharap dan Takut.
Karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al Maqdisi. Terbitan Pustaka Salam.