"Aku (Allah) adalah bersama sangkaan hambaKu terhadapKu." [hadith Qudsi riwayat Bukhari, Muslim dan at Tirmizi]
Sesuatu yg terlintas dlm fikiran dan hati kita berkaitan masa hadapan, ia dinamakan jangkaan dan penantian.
Sekiranya yg dinanti itu perkara yg disukai, ia dikenali sebagai raja' (berharap) dan jika sebaliknya ia dikenali sebagai khauf (rasa takut).
Berharap dan takut hanya berlaku pada perkara yg masih tidak dapat dipastikan. Justeru ia tidak berlaku kepada perkara yg pasti.
eg 1: tidak boleh dikatakan "Aku berharap matahari terbit dan aku takut jika ia terbenam." kerana sememangnya keadaan matahari terbit dan tenggelam telah ditetapkan berlaku.
tetapi boleh dikatakan "Aku berharapkan turunnya hujan dan aku takut berlakunya kemarau."
eg 2: Kita pasti dunia adalah sementara dan tempat beramal, sedangkan Akhirat adalah kekal dan tempat menuai hasil/menerima balasan dari amal di dunia. Maka tidak wujud rasa berharap untuk dunia berubah menjadi kekal, atau takut2 hari Akhirat muncul. Sebaliknya, hendaklah berharap kepada keampunan Allah dan takut kepda murkaNya kerana masih tidak pasti akan berlaku.
Berharap bermaksud perasaan lega dan tenang kerana menunggu kedatangan sesuatu yg disukai. Tetapi apa yang ditunggu itu mestilah melalui jalan yg membuahkan hasil. Sekiranya jalan yg dilalui itu tidak diketahui samada berhasil atau tidak, ia dinamakan impian atau angan-angan kerana menunggu sesuatu tanpa melalui jalannya (usaha).
Oleh itu, sifat berharap hanya benar kepada sesiapa yg menanti kedatangan sesuatu yg dicita-citakan setelah melakukan usaha yg termampu terlebih dahulu. Pengharapan seorang hamba kepada keampunan Allah menggerakkannya untuk menanam benih iman, menyirami dgn air ketaatan, menyucikan hatinya drpd duri akhlak yg buruk seterusnya menunggu kurniaan Allah iaitu agar dikekalkan dlm keadaan baik sehingga mati dalam husnul khatimah yg membawa kpd keampunan Allah.
"Orang yang cerdik ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal utk hari selepas mati, manakala orang yg lemah ialah orang yg membiarkan dirinya mengikuti nafsunya dan mengimpikan drpd Allah dgn berbagai impian." [hadith Rasulullah s.a.w. riwayata at Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah]
Ar Raja' yakni berharap diperlukan oleh dua jenis manusia sebagai penawar.
Yg pertama: Orang yg berputus asa sehingga dia meninggalkan ibadat.
Yg kedua: Orang yg dikuasai oleh perasaan takut sehingga memudaratkan diri dan keluarganya sendiri.
Manakala si pelaku maksiat yg terpedaya dan yg berangan-angan utk mendapat keampunan Allah tanpa mengerjakan ibadat, dia perlu menggunakan sifat khauf (takut) sebagai penawar untuk merawat dirinya. Ketika itu, sifat berharap hanya akan menjadi racun baginya. Seperti mana madu merupakan penawar kepada orang yg berada dlm kesejukan, tetapi mudarat kepada orang yg kepanasan.
"Maka (serentak dgn memberi petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yg marak menjulang, yg tidak menderita kerana bakarannya melainkan orang yg sungguh celaka. Yang telah mendustakan (kebenaran dan berpaling engkar." [Surah Al Lail: ayat 14-16]
Apabila hati merasa mesra dan cenderung kepada nafsu, ia sepatutnya digerunkan dgn ancaman dari Allah dan rasulNya, tetapi jika apabila kegusaran itu berlebihan, hati sepatutnya ditenangkan semula (dgn rahmat Allah) agar kembali stabil.
"Sesungguhnya iblis berkata kepada Tuhannya: Dengan kemuliaan dan keagungan Engkau, aku bersumpah tidak akan berhenti menyesatkan anak Adam selama mana mereka bernyawa. Lalu Allah berfirman: Sesungguhnya demi kemuliaan dan keagunganKu, Aku tidak akan berhenti memberi keampunan kepadanya selagi mana dia memohon keampunan dariKu." [hadith riwayat Imam Ahmad]
dipetik dari Ringkasan Kitab 'Jalan Mereka Yang Menuju Allah, Jilid 2, Bab 28 Berharap dan Takut.
Karangan Imam Ahmad bin Qudamah Al Maqdisi. Terbitan Pustaka Salam.