Assalamualaikum warahmatullah.
alhamdulillah alhamdulillah baru usai satu exam besar. masih banyak tanggungjawab academic, hal2 tarbiyyah dan pengurusan diri yg perlu diselesaikan. Begitu juga tuntutan ziarah atas nama ukhuwwah tanpa sempadan yg harus ditunaikan.
buat pit stop kat bilik housemate, sambil menyelak buku ISK keluaran Pustaka Buku Putih. subhanallah buku yg cukup concise dan padat, disertakan dgn rujukan asal dan soalan kefahaman juga. Moga Allah mengganjari sebanyak2nya kepada team yg berusaha mendokumentasikan sejarah perkembangan dunia islam untuk kita meneladani formula kebangkitannya.
dulu 'hidup' ku bermula dgn ISK, continuous usrah dan follow up. robot bernyawa yg diberi 'kehidupan' dan cahaya, kemudiannya mula cuba ntuk bergerak melebarkan cahaya islam ke sekeliling setelah memahami tujuan hidupnya.
tak banyak yg aku tahu. tak banyak yg aku mampu buat tika itu. melihat rakan2 sebaya di birmingham atau di kawasan2 lain yg cepat betul bergerak dan menyumbangkan itu ini, buat aku rasa sedih dgn diri sendiri.
saat itu, aku begitu membenci ISK dan hadis logam. kerana aku rasa aku tak mampu menjadi gerombolan qaedah sulbah. aku takkan pernah jadi logam terpilih lagi hebat, baik ketika jahiliyyah mahupun sesudah menghayati islam. [note: benci tak semestinya tak cuba buat pape]
dalam batchku, adalah dua tiga orang yg menghadapi situasi yg lebih kurang sama sepertiku. kami tidak pandai present, tidak suka merancang, tidak tahu nk uruskan kerja2 teknikal, tidak reti menulis hatta buat laporan progam sekalipun. masak lagilah tak pandai. masih terngiang2 lagi soalan yg diajukan kepada seorang kakak mewakili luahan hati kami.
"Sahabat2 rasulullah s.a.w. dulu dah mmg hebat sejak sebelum islam. hampir semua sahabat terdiri dari orang yg berkarisma, baik akhlak, berani, pandai berhujah, cekap berniaga etc. Tentu2lah mereka menjadi hebat juga selepas beriman dgn risalah. Sedangkan kami, mmg orang biasa sahaja. Tak bolehkah selepas mengenali islam, kami maintain menjadi orang biasa2. Kami akan berikan moral support kepada logam2 hebat utk berhujah dan berdakwah. Tak perlulah latih kami ntuk jadi sesuatu yg mmg takde dlm diri kami."
itulah soalan di penghujung tahun kedua dlm universiti tarbiyyah setelah cubaan utk bergerak selama setahun kurang menampakkan hasil yg positif dr segi perkembangan diri. soalan yg berbunyi kecewa dan tidak optimistic. Sedangkan bila direfleks balik, soalan itu hanya muncul apabila mahu hasil yg segera. Jika itu yg kami mahukan, mengapa tekad memilih jalan tarbiyyah yg lambat ini? Kenapa tidak memilih pemberontakan atau apa2 cara lain yg hanya memerlukan seorang dua pemimpin yg hebat, selainnya hanyalah pengikut yg biasa2, kuat bersorak dan rajin mengiayakan. Tentunya itu kurang tepat dari segi sunnatullah/hukum alam dan juga manhaj yg diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Jalan yg panjang inilah yg beransur-ansur mendidik dan memimpin kita utk melakukan sesuatu yg tak biasa dan tak terfikir dek akal, menjadi sesuatu yg terbiasa dan automatic terfikir utk masa depan islam. Menghadiahkan nikmat kepuasan melakukan kebaikan di jln Allah, nikmat kesusahan merancang dan melaksanakan, nikmat kesabaran dan indahnya tawakkal serta nikmat berukhuwwah dan fastabiqul khairat.
Yg penting, jangan cepat mengalah. Jangan cepat melatah melihat kehebatan orang lain dlm menyumbang ntuk islam. Jangan cepat teruja mahukan kesempurnaan pada proses dakwah dan hasilnya, sedangkan mungkin keberkatan Allah datang dari amal jamaie dan tarbiyyah diri kpd daie itu sendiri, lebih berharga daripada penerimaan mad'u yg cepat tapi kemudiannya tidak tercater dek daie.
Ustaz Alias pernah pesan: dalam menjadi pengikut dan pembela agama Allah ni, "kalau tiada rotan, akar pun berguna". Meaning that tak semestinya kena datang dari background yang hebat baru dapat hasilkan sesuatu yg hebat ntuk dakwah. [mcm kes sy yg ada negative thinking bila dgr hadith logam.huuhu]. Dan jangan pernah berkata aku tiada apa2 lagi yg boleh disumbangkan kpd islam, kerana dakwah kita belum lagi setara dgn Muhammad s.a.w, atau selama dan secreative dakwah Nuh a.s. Masih banyak potensi diri kita yg belum kita terokai, latih dan kembangkan. Sedangkan belakang parang pun jika diasah, boleh menjadi tajam. Inikan pula kita manusia yg begitu sempurna penciptaannya dan begitu rahsia masa depan dan takdirnya.
Madrasah tarbiyyah ini akan melahirkan kader kader yg optimis dgn diri sendiri (thiqah binnafs) kerana kita sentiasa optimist pd Allah (thiqah billah) dan optimist pd manhaj islam (thiqah bil manhaj). Kalut juga memikirkan ada lagi beberapa bulan sahaja utk memperbaiki itu ni dalam diri, tapi insyaAllah tarbiyyah diri tidak pernah berhenti...hatta telah menjadi khalifah Umar Al Khattab sekalipun. Medan dakwah ini sangat luas utk kita kuasai, tanpa mengambil remeh tanggungjawab mentarbiyyah manusia lain dan usaha2 ke arah melengkapkan diri menjadi pentarbiyyah aka murabbi.
wallahu'alam.
nnti jika diizinkan allah nk cerita dan highlightkan jugak mengenai tawassul ijtimaie ie. menggunakan tenaga rotan2 yg hidup bertebaran di luar sistem tarbiyyah utk manfaat islam. tapi nntilah k. tak terlalu crucial berbanding optimisme diri sang daie yg perlu diterjemahkan kpd perasaan, thumuhat dan amal2 yg tersusun.
p/s: sejak dua menjak ni suka lak guna peribahasa melayu.
salam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletesaya rindu kamu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huhu..tersentap..
ReplyDeletetapi kan kak,kita boleh tak nak pilih bidang kerja ape yg kita nak buat (i.e nak buat kerja2 teknikal je)..
sbb kita tahu kita mmg tak mampu utk sampaikan..
bukan tak prnh cuba :(
allahua'lam..
best la, baca penulisan k.fifah..^_^ suka..walaupun ada prkara2 y sy xfhm lgi, xpe..nt sy cari2 la/kutip mana2..insylh..truskan mnulis...
ReplyDeletesalam. cik bunga, sy jawab dlm latest entry takpe ke. jgn sentap2 eh. i learnt it from a hard way. bukan saje sentap, malah jatuh terlungkup pon pernah. hope your path is easier.
ReplyDeletehusna...segan pulak awk bc. boleh je tanye kalau xsure/xfhm. nnti bebila sy buat entry ntuk husna pulak insyaAllah. hee. kna bertaaruf lebih sket dulu. [still segann nih]